Pages

komli

Monday, 28 December 2015

Rasa tercabar!

Tolong ajarkan cara buat kotak pada sidebar boleh?


Tolong ajarkan cara buat kotak pada sidebar boleh?. Aku dah cari dekat google tutorial buat kotak sidebar. Dan semua yang dikongsikan oleh rakan-rakan blogger, aku dah cuba buat, tapi tak satu pun menjadi. Aku tak pasti di mana silapnya. Pening kepala di buatnya.

Aku mahukan kotak pada setiap yang ada di sidebar blog ceritaejoy. Sebabnya, nampak macam tak kemas pulak kalau takda kotak tu. Dah cuba usaha, tapi tak berjaya. Jadinya nak minta bantuan rakan-rakan, yang mana boleh tolong settelkan masalah saya ni.

Terima kasih ya!

Trend perniagaan masakini.


Trend perniagaan masakini. Zaman sekarang ni, apa yang takda dekat pasaran? Rasa aku, hampir semua benda dah dijualkan oleh peniaga. Dan pelbagai variasi yang terhasil daripada produk yang sama. Dan kita sebagai pembeli, sudah pasti memiliki banyak pilihan di dalam mencari produk yang kita ingini.

Baik, yang sebenarnya, bukan itu yang aku nak ceritakan. Ceritaejoy lebih kepada, saingan yang berlaku di dalam usaha menghasilkan produk jualan peniaga. Bila dah terlalu banyak produk yang sama di pasaran, peniaga perlu memikirkan cara lain, bagaimana untuk melariskan barang jualan mereka. Dari sini, kita boleh tengok idea-idea kreatif yang terhasil kepada produk masing-masing.



Aku ambil contoh, tudung. Dah terlalu ramai yang jual tudung. Jadi, untuk bersaing di dalam pasaran, peniaga tudung perlu memikirkan idea kreatif, bagaimana untuk menjadikan tudung mereka unik, sekaligus menarik pelangan untuk membeli.


Jadi tak hairanlah, makin hari, makin banyak produk “kreatif” yang terhasil. Persaingan sihat sememangnya amat menyeronokan! Tetapi bukan itu yang aku nak kongsikan. Ceritaejoy kali ini, lebih focus kepada persaingan tidak sihat. Yang pada aku, menjadi salah satu daripada Trend perniagaan masakini.


Aku bukanlah mahu bercerita kosong. Sebaliknya ianya berlaku di depan mata aku sendiri. Kerap kali juga aku melihat dan mendengar, peniaga-peniaga ini (rakan-rakan aku juga) “menjatuhkan” produk lain demi untuk menjual produk mereka. 


Mungkin ini adalah salah satu Trend perniagaan masakini, tapi pada aku, bila kita cuba menjatuhkan produk orang lain, itu bukanlah saingan yang sihat. Antara ayat yang “biasa” aku dengar adalah:



“Barang-barang aku semua terbaik. Kualiti memang tiptop. Confirm puas hati. Tak payahlah beli produk tu, produk aku ni, sama kualiti macam dekat tv tu. Aku berani guaranteelah. Cantik pun cantik. Beli dengan aku je. Aku bagi special price”

Itu ayat peniaga yang “compare” produk mereka dengan produk yang ada nama. Ada juga kias-kias bahasa, yang compare barang mereka dengan produk rakan-rakan lain. Aku malas la nak kongsikan ayat-ayat yang mereka gunakan, cukuplah kiasan aku tu, dapat di fahami semua.


Pada aku, bila ada usaha menjatuhkan orang lain, ia adalah suatu benda yang negative. Tapi biasalah, orang mesti cakap, biasalah, zaman sekarang kena macam tu, kalau tak, tak boleh hiduplah. Pada aku mudah je, ubah cara kita berfikir dan ayat copywriting kita. Biarpun produk sama, tapi jika ayat yang digunakan betul, pasti pelangan beli produk kita. Yang penting tak perlu nak jatuhkan orang lain.


Lagi 1, pembeli ni suka hadiah. Asal dengar ada “free gift” je, berebut-rebut orang nak beli. Jadi, nak jadi unik daripada orang lain, berilah hadiah kepada pembeli. Macam contoh tudung tu tadi, beli tudung dapat keronsang. Aku pun suka nak beli. Kan? Hehehe.


Yang sebenarnya, produk jualan jatuh no 2. No 1 adalah ilmu perniagaan tu. Belajar dulu ayat copywriting, baru mula meniaga. Tak perlu nak jatuhkan peniaga lain. Bersainglah secara sihat. Baru syok. Kan? 

Sunday, 27 December 2015

Cara Mendapatkan Account Google Adsense

cara mudah dapatkan google adsense

Cara Mendapatkan Account Google Adsense. Aku ada terima 1 email dari seorang rakan blogger. Rakan ini bertanyakan mengenai, bagaimana untuk mendapatkan akaun adsense. Rasanya semua sedia maklum, yang adsense adalah salah satu cabang buat duit dengan blog. Dah ramai blogger yang berjaya jana income dengan adsense ini. Boleh search Buat Duit Dengan Adsense.

Terus terang aku katakan, walaupun aku sudahpun mempunyai akaun adsense untuk blog ceritaejoy, tetapi aku masih belum berjaya menghasilkan apa-apa income darinya. Aku akui, aku masih lagi kurang ilmu mengenai google adsense ini. Di tambah pula dengan “kekurangan masa” aku bersama dengan blog ceritaejoy.


Baiklah, pada aku, tiada cara mudah untuk dapatkan akaun adsense. Mungkin rakan-rakan blogger lain ada caranya, tapi kalau tanya pada aku, itulah jawapan yang aku akan berikan. Manakan tidak, seingat aku, lebih daripada 5 kali aku “di reject” ketika dalam proses memohon akaun adsense. Hingga ada satu2 masa tu, aku jadi malas+bosan nak apply. Tetapi, alhamdulilah, ada seorang  rakan blogger yang membantu. Terima kasih tak terhingga kepada Wayne harraz.

Apa pun, aku cuba juga kongsikan Cara Mendapatkan Account Google Adsense mengikut daripada apa yang aku baca dan praktikkan. Dan juga ilmu-ilmu yang aku dapat daripada rakan-rakan blogger yang lain. Tapi kadang-kadang, google adsense ni pening sikit, kita pertama kali apply, terus lulus. Ada tu, blog dah mantap, tapi sikit punya payah nak lulus. Haish!

Cara Mendapatkan Account Google Adsense.

1. Pertama sekali, untuk dapatkan akaun google adsense adalah, mestilah mempunyai blog yang berusia 6 bulan ke atas. Maksudnya, korang dah berblog lebih daripada 6 bulan. Rasanya, bagi blog baru, agak sukar untuk mendapatkan kelulusan adsense. Tapi macam yang aku cakap tadi, kadang-kadang adsense ni pening jugak. Ada yang baru ada blog, dia apply, terus dapat kelulusan. Itu rezeki masing-masing la yer.

2. Blog yang siap sepenuhnya. Maksudnya, blog korang boleh dikatakan, “ini baru blog”. Sebenarnya, ramai blogger yang tak perasan yang blog mereka belum siap sepenuhnya lagi. Masih lagi “under construction” , dan bila apply google adsense, terus di tolak. Oleh yang demikian, pastikan blog korang siap sepenuhnya, dan barulah apply yer.

3. Update blog sekurang-kurangnya 2 entri 1 hari. Ahha! Ini yang aku baca daripada perkongsian rakan blogger Indonesia. Ini untuk menunjukan yang korang memang benar-benar serius dalam dunia blogging dan bagi menyakinkan pengiklan untuk beriklan di blog anda. Ikut logic, kalau kita rajin update blog, maka pembaca juga akan rajin singgah ke blog kita. Dan semakin banyak pembaca yang singgah, maka potensi mereka untuk melihat iklan yang ada adalah besar. Dan bila ianya berlaku, maka ianya akan menguntungkan pengiklan. Jadi, sila update blog korang dengan lebih kerap dan cuba elakkan blog korang penuh dengan sawang. Hehehe.

4. Baiklah, antara cara lain untuk Mendapatkan Account Google Adsense adalah dengan meletakkan privacy policy dan disclaimer di blog korang. Ini adalah cara untuk korang tunjukkan pada pengiklan, blog korang punya kelas yang tersendiri. Baru nampak professional sikit. Hehehe. Ahha! Jangan tak tahu ya, dengan meletakkan 2 perkara ini, ianya mampu menjadi benteng pertahanan kepada anda. Benteng daripada apa? Daripada penyalahgunaan cerita di blog korang. Ha.

5. Jangan pernah putus asa. Bila sekali di tolak, korang apply semula. Setiap kali blog korang di reject, google adsense akan menyatakan sebab-sebabnya. Perbetulkan dan kembali apply. Direject semula? Jangan risau, teruskan apply dan apply. InsyaAllah, pasti ada rezekinya nanti. Ya.

Rasanya inilah yang boleh aku kongsikan diantara Cara Mendapatkan Account Google Adsense. Sekali lagi aku nak cakap, aku bukanlah raja adsense. Blog ceritaejoy ini sendiri dah lebih daripada 5 kali di reject. Dan ilmu yang aku kongsikan ini, boleh dikatakan basic je. Aku cadangkan korang ke blog sifu hasrul hassan dan Wayne harraz. Mereka boleh dikatakan pakar dan sudahpun Berjaya dapat income daripada adsense.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Monday, 21 December 2015

Layakkah Wad Melor Hospital Jitra Dapat 5 Bintang?

cerita Hospital Jitra


Layakkah Wad Melor Hospital Jitra Dapat 5 Bintang?. Aku nak luahkan sedikit rasa terkilan aku. Aku tahu, kematian itu sudah di tentukan oleh yang maha esa. Namun, entri ini adalah luahan rasa terkilan aku, yang merasakan, wad ini tidak layak memperolehi 5 bintang, atas apa yang aku lihat melalui mata kepala aku sendiri.

Arwah ibuku telah di tempatkan di wad ini pada tanggal 7 disember 2015. Arwah kemudiannya di tukar ke hospital alor setar pada tanggal 14 disember 2015. Dan pada tarikh inilah, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alfatihah buat arwah ibuku, zainab bte saad.

Baiklah, apa yang buatkan aku terkilan sehingga aku merasakan wad melor hospital jitra ini tidak layak memperolehi 5 bintang? Ceritaejoy macam ni, layanan yang diterima oleh arwah ibuku langsung tidak setaraf dengan apa yang diperolehi wad ini. Aku kurang faham dengan status 5 bintang yang ada pada pintu masuk wad ini. Dari segi apa yang membolehkan ia memperolehi 5 bintang?


Ibuku langsung tidak bermaya untuk bangun. Dan dia dibiarkan tanpa ada apa-apa usaha daripada jururawat yang bertugas di sana! Isteri aku, dia membantu untuk bersihkan luka dan nanah yang ada di kaki. Dan jururawat yang ada di situ, hanya lalu ulang alik, tanpa langsung ada niat untuk membantu.

Aku pulang berjumpa ibuku pada tanggal 11 hingga 13 disember 2015. Hanya 2 hari. Dan 2 hari inilah yang memperlihatkan aku kepada pelbagai perkara di wad melor hospital jitra ini. Kata wife aku, luka dan nanah itu langsung tak berusik. Arwah ibu aku masuk wad ini 7 disember. Ini bermakna 5 hari di biarkan tanpa ada apa-apa langkah untuk membersihkannya.

Wife aku ada bertanyakan kepada jururawat di situ, kenapa tidak bersihkan luka yang ada pada tubuh ibuku. Alhamdulilah, mereka mendengarnya, tetapi apa yang berlaku seterusnya sungguh mendukacitakan! Mereka datang dengan hanya membawa kapas! Tujuannya adalah untuk membersihkan luka tersebut. Hanya kapas?? Kata wife aku, mereka sepatutnya bawa keperluan lengkap untuk membersihkan luka dan bukannya bawa kapas semata-mata.

Jururawat di wad melor hospital jitra ini seperti langsung tidak mengendahkan ibu aku. Ya! mereka sebaliknya, meminta adik beradik aku untuk tinggal dan menjaga segala keperluan ibuku. Aku tidak menyalahkan perkara ini. Memang benar kami perlu menjaga ibu kami, tetapi tolonglah bantu! Dan bukannya sekadar melihat sahaja!

Ibu aku boleh dikatakan agak berisi. Dan ketika ingin memandikan ibu aku, wife aku tidak mampu untuk mengangkatnya secara sendirian. Dan tahu apa yang terjadi?? Semua jururawat di sana hanya memandang sahaja tanpa ada usaha untuk membantu. Dan yang hebatnya, mereka ulang alik di katil yang menempatkan ibu aku tu! Akhirnya, setelah tidak mampu untuk mengangkatnya, wife aku cuma lapkan sahaja badan ibu aku. Bayangkan perkara yang sama terjadi kepada kedua orang tua kamu semua. Apa yang kamu rasakan?

Aku kemana? Kenapa tidak membantu? Ya, ada 1 lagi undang-undang pelik dengan wad melor hospital jitra ni. Kanak-kanak di larang masuk! Dan disebabkan oleh itu, aku terpaksa menjaga kedua orang anak aku di luar wad. Aku pelik lagi hairan dengan peraturan ini. Kenapa tak boleh bawa budak masuk. Ini wad biasa! Bukan Unit Rawatan Rapi, Unit Pembedahan, Unit Kecemasan, Kemalangan dan Trauma, Dewan Bersalin atau Unit Perubatan Saraf.

Puas aku merayu kepada jururawat, untuk bawa anak-anak aku berjumpa dengan ibuku. Kerana arwah terlalu ingin berjumpa dengan mereka. Dan jururawat di sana tetap dengan jawapan, tak boleh bawa budak masuk. Bayangkan kalau permintaan itu datangnya daripada seseorang yang punya nama dan berpengaruh, aku sangat pasti, segala macam peraturan yang ada boleh diubah.

Mulanya aku akur dengan peraturan pelik tersebut, tetapi pada hari terakhir aku di kedah, sebelum pulang ke melaka, aku nekad untuk bawa anak-anak aku masuk dalam wad melor hospital jitra ni. Aku tak kisah, nak jadi apa, jadila. Aku tahu aku kena bawa juga mereka berjumpa dengan nenek mereka. Alhamdulilah, ibu aku sempat berjumpa dengan cucunya, dan sempat juga bergurau dengan mereka. Dan itu adalah perjumpaan terakhir anak-anakku dengan nenek mereka. Perjumpaan terakhir. Perjumpaan terakhir.

Aku terlalu sedih, kenapa jururawat di sana memperlakukan ibuku seperti itu. Bukankah tanggungjawab mereka untuk menjadi pesakit. Terlalu sibukkah hospital jitra ini? Hinggakan mereka tidak cukup tangan untuk menjaga pesakit yang ada? Ikhlas aku katakan, hospital ini boleh dikatakan lengang berbanding dengan hospital besar.

14 disember 2015,  ibuku dipindahkan ke hospital alor setar. Sampai sahaja di sana, ibu terus diletakkan dalam zon merah! Zon merah! Bukan kuning atau hijau! Ini menunjukkan, ada sesuatu yang serius di situ. Seminggu di wad melor hospital jitra, ibuku hanya di tempatkan di wad biasa! Kenapa bila sampai hospital alor setar, arwah terus di tempatkan di zon merah??

Aku tahu, semua ini adalah ketentuan darinya. Dan ini juga adalah penyebab kepada kematian ibuku. Tetapi biarlah ianya dengan cara yang elok! Bukannya dengan cara sambil lewa! Entah pada siapa mahu aku adukan perkara ini. Supaya yang berikutnya, tidak memperolehi pengalaman yang sama seperti aku. Cukuplah. Cukuplah dengan yang lepas.

Al fatihah buat ibuku Zainab Bte Saad.

20 August 1961 - 14 Disember 2015.

Sunday, 20 December 2015

Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.


Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad. Aku tidak terkilan kerana aku sempat berjumpa dengan arwah ibuku di hospital. Aku dah rancang cuti minggu ni, tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi ibuku. Cuma aku terkilan kerana tidak cium dia sewaktu di hospital tempoh hari dan perkataan "maaf" tersangat mahal untuk keluar dari mulut aku!

 Ikhlas aku katakan, aku sebenarnya, masih merasakan ibuku masih hidup. Walhal, aku bersama adik beradik yang lain membantu mengangkatnya ke atas tempat mandian jenazah. Sejuk tubuh badan ibuku. Sejuk. Aku juga yang mencium dahinya. Perkara yang tidak aku lakukan semasa dia hidup!! Aku juga yang membantu mengangkatnya ke tempat untuk mengkafannya. Aku lihat 1 tubuh kaku. Yang seperti tidur wajahnya. Itulah Ibuku, zainab bte saad.


Aku juga yang membantu mengkuburnya. Aku lihat sekali lagi, tubuh kaku yang sedang aku masukkan ke dalam liang lahad ini adalah tubuh ibuku. 1 tubuh yang terlalu menyayangi anak-anaknya. 1 tubuh yang terlalu istimewa. Yang kini pergi menghadap yang maha esa. Entah berapa banyak dosa-dosa aku kepadanya. Kenapa aku tidak meminta maaf darinya!!!


Sebelum aku pulang semula ke melaka, aku sempat membawa anak-anakku berjumpa dengannya. Riang wajah ibuku. Sempat juga ibuku berpesan agar menjaga anak-anakku dengan baik. Aku tak nampak apa-apa yang pelik pada diri ibuku. Aku sempat juga bersalam dengannya. Tetapi tidak menciumnya!! Kerana aku tak nampak apa-apa yang pelik! Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.


Tapi, tanggal 14 disember 2015, Ibuku pergi menghadap ilahi. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Terlalu banyak keperitan yang beliau alami. Terlalu banyak penghinaan yang beliau perolehi. Kini beliau bersama dengan yang maha esa. Si mulut kotor dan pengfitnah masih kekal di atas dunia. Tetap kekal dengan dosa-dosa mereka.


Aku tahu, ibuku kini bahagia di sana. Aku tahu, Allah adalah sebaik-baiknya perancang. Dalam usia ibuku yang masih muda, di ambil nyawanya. Kerana ada sesuatu yang kami tidak tahu, tetapi Allah maha mengetahui. Aku tahu, ibuku sudah tidak mampu menahan segala keperitan di dunia. Kini, ibuku di sisi Allah. Tiada yang mampu dilakukan oleh si hati hitam, demi untuk menyakiti ibuku. Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.


Mati itu pasti. Setiap yang hidup, pasti mati. Ibuku, aku terlalu menyayangi mu. Benar, aku tidak tahu menunjukkan rasa kasih dan sayangku, tapi aku tahu, dirimu lebih mengenali anakmu. Aku minta maaf di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. Aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata ini semasa dirimu masih hidup. Tapi sedarlah ibuku, aku terlalu menyayangi mu. Akan ku kirimkan bekal buatmu, untuk kehidupan mu di sana.


Tunggulah kami di kehidupan sana ibuku. Mereka tidak suka kita sekeluarga bahagia di dunia. Mereka benci melihat keluarga kita bergelak ketawa bersama. Mereka terlalu iri hati. Dengan nama Allah, sampai masanya, himpunkan kami bersama-sama di alam sana. Agar kami mampu merasa kembali akan bahagianya kehidupan di dalam keluarga kami.


Amin. Amin. Amin ya rabbal alamin.


Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.


20 August 1961 - 14 Disember 2015.

Tuesday, 8 December 2015

Phanhin regent R2 prachinburi, thailand


Phanhin regent R2 prachinburi, thailand. Aku ni, suka sebenarnya nak ambil gambar, nak buat review sana sini, sama macam blogger-blogger yang lain. Tapi itulah, skill tu kurang lagi. Tapi takpe, kalau kita tak mulakan, sampai bila-bila pun pasti tak jadi.

Baiklah, aku nak cerita sikit pasal hotel yang aku duduk selama 5 hari ni, sewaktu aku di hantar bekerja ke prachinburi, thailand, minggu lepas. Trip ke tanah thai ni, sebenarnya benda biasa je bagi pekerja dekat sini. Macam balik kampung je. Kalau trip ke jepun tu memang luar biasa. hehehe.



Baiklah. Ini adalah pertama kali aku sampai ke prachinburi. Jadinya banyak yang aku tak tahu. Terutamanya mengenai hotel Phanhin regent R2 prachinburi ni. Benda pertama yang bermain di minda aku adalah, best tak kolam mandi hotel ni. Kemudiannya, apakah tarikan utama yang ada dekat sekeliling hotel ni.


Tetapi! Segalanya musnah. Korang nak tau, hotel ni langsung takda swimming pool. Ha? Terperanjat jugak aku bila aku tanyakan dekat pekerja hotel tu, swimming pool dekat area mana ek? Mudah je dia jawab, takda. Erks.


Yang ada hanyalah susunan bilik. Itu je. Yang lain takda. Tak sama macam hotel-hotel yang pernah aku pergi sebelum ni. Agak mengecewakan di situ. Jadinya, bila takda benda nak cerita pasal Phanhin regent R2 prachinburi ni, aku cerita pasal bilik dia sahaja lah yer.




Ini adalah pandangan bahagian hadapan bilik di Phanhin regent R2 prachinburi. 


Dekat luar ada kerusi, bolehlah duduk santai-santai hisap rokok, sambil cecah biskut dengan air teh *sebab partner aku dok buat setiap pagi* Bilik dia sebelah tu je. Hehehe.


Masuk je dalam bilik, ada sofa L. Ok, serius selesa gila sofa ni. Aku siap bantai tidur dekat sofa L tu. Hahaha.


Ini suasana dalam bilik di Phanhin regent r2 prachinburi ni. Aku duduk dekat bilik superior ye. Ada 2 jenis bilik dekat sini. Lagi 1, deluxe.


Dekat sebelah katil, ada meja menulis. Kalau blogger, bolehlah duduk situ update blog korang. hehehe.


Ini pulak bahagian dapur, tak boleh memasak pun, tapi ada ketuhar. Bolehlah nak panaskan makanan. Dekat luar tu ada taman kecil, dan yang bestnya, ada mesin basuh dekat luar tu. Ahha!


Ahha. Ni pandangan bahagian luar. Pokok tu macam hidup segan mati tak mahu. Dekat sebelah kiri tu ada mesin basuh. Lepas tu. kalau nak mengintai bilik sebelah pun boleh, sebab rendah sangat. Ish!


Bahagian bilik air, rasanya sama je dengan kebanyakkan hotel. Aku suka dengan bilik air yang menggunakan cermin yang besar. Ala, biasalah, mesti nak kena posing kan kalau duduk dalam bilik air. Jangan cakap korang tak buat yer.


Pandangan dari bahagian dalam pula. Uish..syoknya..


Ada pintu yang membahagikan ruang di antara bilik mandi. Aku paling tak suka kalau pintu ni bertutup *biasanya pekerja yang membersihkan bilik akan tutup pintu ni*. Korang nampak tak bathtub tu? Hehehehe.


Ahha! Inilah rupa bathtub tu. Hahahaha. Aku pantang kalau jumpa takung air yang macam ni. Nak berendam saja. Wahahaha.


Orait. Kalau korang nak nampak luar, korang bukak la tirai tu. Tapi hati-hati, jangan kena intai sudah. hehehehe.

Ok, inilah serba sedikit pasal bilik dekat Phanhin regent R2 prachinburi, thailand. Macam yang aku ada ceritakan tadi, hotel ni takda swimming pool dan juga tarikan di sekelilingnya. Jadi, kalau korang planing nak berjalan, ini bukanlah hotel yang sesuai. Tapi macam aku, aku datang untuk bekerja, jadinya, mana-mana pun boleh. Ok?

Tapi ini mungkin adalah diantara pilihan yang ada jika korang berkunjung ke prachinburi, thailand. Ada 1 hotel "top" dekat sini, Kantary 304, tapi ada masanya, hotel ni full booked, jadi, nak taknak, kenalah check in dekat Phanhin regent R2 prachinburi ni kan. Jika ianya berlaku, korang bolehlah tengok dekat laman web dia di Phanhin Regent executive.

Monday, 7 December 2015

Katak tidur dalam kasut!

The most poisonous frog

Katak tidur dalam kasut! Di antara banyak-banyak haiwan, aku paling tak suka dengan katak. Aku pun tak tau kenapa mesti katak. Dan aku sangat-sangat berharap, aku tak terima soalan menanyakan kenapa aku tak suka katak.

Kalau dah bercerita pasal aku tak suka katak, dah confirmlah segala macam perkara melibatkan katak aku tak suka kan? Dalam banyak-banyak perkara, aku paling tak suka katak tidur dalam kasut aku. Arghhh!!



Benda-benda macam ni, boleh buat aku hilang akal sekejap. Korang bayangkan, mood korang pagi-pagi nak g kerja tu dah ok dah, dah baik dah. Time korang nak pakai kasut, korang rasa cam ada benda lembut dalam kasut korang tu, bila korang ketuk-ketuk kasut tu, keluar seekor haiwan yang tengah kembangkan badan dia. Korang rasa??

Hey! Boleh stresslah aku pepagi macam tu. Selesa sangat kot tidur dalam kasut? Awat tak duduk bawah tempurung je? Atau bawah longkang sambil menyanyi minta hujan. Siap ada koir lagi. Kan best berjemaah macam tu, kenapa mesti tidur dalam kasut aku??

Arghh! Aku paling tak suka dengan keadaan macam tu, lagi pulak jadi waktu pagi. Confirm hilang mood aku 1 hari. Yang menjadi masalahnya sekarang adalah, kasut aku letak dekat rak kasut. Dan kasut yang aku biasa pakai aku letak dekat bahagian yang paling atas sekali. Itu pun dia boleh jadikan port tidur dia! Arghh!

Aku kena buat countermeasure macam ni. Aku kena cepat-cepat cari cara untuk elakkan katak tidur dalam kasut aku. Aku nak letak pagar berduri dekat rak kasut aku. Huh! Tapi bila aku fikir balik, dah macam menyeksa dia pulak. Aduh!

Aku nak letak garam? Atau belerang? Atau lada hitam? Tak pun cili padi? Ha! Power tak idea aku? Hahahaha. Dah! Aku tensen katak tidur dalam kasut aku. Sungguh aku tensen. Kau hilangkan mood aku di pagi hari. Ko tunggu aku siapkan report why-why sheet aku ni. Bila aku dah jumpa jalannya nanti, ko pasti kena cari tempat tidur lain.

Wahahaahahaha.

Lirik lagu all of me john legend.

john legend

Lirik lagu all of me john legend. Lagu ini, pertama kalinya aku dengar, waktu tengah drive kereta. Kemudianya, kali kedua aku dengar, waktu aku tengah sibuk cari klip video dekat youtube. Aku ni jenis yang suka dengan music unplugged. Dan lagu ini dimainkan oleh nanasheme. Kali ketiganya, aku dengar waktu aku dekat tanah thai. Bosan asyik tengok movie tanpa lansung memahami apa yang mereka bualkan, aku search youtube dan dengar lagu ini dinyanyikan oleh No cash. Hebat! Jadinya, aku dok ulang-ulang nyanyi lagu ni.

Hari ini, di ketika ini, aku nak kongsikan Lirik lagu all of me john legend dekat blog ceritaejoy. Jadi, korang pun bolehlah sama-sama menyanyi dengan aku kan? Hehehe. Jom layan lagu all of me ini.


All of me john legend

[Verse]

What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind
I’m on your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright

[Bridge]

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind

[Chorus]

Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
Cause I give you all, all of me
And you give me all, all of you

[Verse]

How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down, I’m around through every move
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, I my head for you

[Bridge]

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind

[Chorus]

Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
Cause I give you all of me
And you give me all, all of you

Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard

[Chorus]

Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all, all of me

And you give me all, all of you

Pencarian Blog Terkemas 2015!

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Kemana aku menghilang??

Sunday, 29 November 2015

Benarkah Yus jambu meninggal dunia?


Benarkah Yus jambu meninggal dunia?. Pagi tadi, sewaktu aku sarapan di cafe, sambil-sambil makan tu, sempat juga la tengok rancangan dekat tv3. Dalam rancangan tu, mereka berceritakan mengenai pelawak yus jambu. Aku sebenarnya, masih kurang pasti apa yang mereka bualkan, sebabnya aku fokus nak makan je, tapi dari riak dan penggunaan bahasa yang mereka gunakan, semacam ada sesuatu yang tak kena.

Sudahnya, ada seorang rakan sekerja yang makan dekat sebelah aku cakap. "Eh, yus jambu meninggal dunia la". Aku yang ngah sedap layan kue tiau goreng dengan telur mata, berhenti sekejap. Ha? Betul ke? Aku pun stopla sekejap makan, buka FB, cari berita tu betul ke tak. Lepas belek-belek kisah cinta tak kesampaian, cerita-cerita motor, dan ucapan selamat pagi dekat wall, aku jumpa berita ni dekat status Abang afdlin shauki.


Al-fatihah! Memang benar yus jambu meninggal dunia. Mengikut berita yang di sampaikan, beliau meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung. Ini adalah petikan berita daripada BH Online:

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.

Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus.

"Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," katanya kepada BH Online. 

Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

Gambar terakhir yus jambu sebelum meninggal dunia.

Dalam pada aku mencari berita dan cerita mengenai kisah Yus jambu meninggal dunia, aku terjumpa dengan 1 gambar yang di katakan gambar terakhir arwah sebelum beliau meninggal dunia.

Melalui cerita yang disampaikan, arwah tersangat letih ketika itu, dan di katakan juga, terdapat "kalimah Allah" pada dahinya. Apa pun, itu adalah kuasa Allah. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada arwah pak yus. Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah.

Gambar yang dikatakan gambar terakhir arwah.

Thursday, 26 November 2015

Gangguan Usus Pada Bayi!!


Gangguan Usus Pada Bayi!!. Aku ada kongsikan masalah yang aku hadapi baru-baru ni. Ianya mengenai kisah anak bongsu aku yang meragam dan serba tak kena. Ada aku ceritakan dalam cerita ini : Minta bantuan pada semua blogger. Aku memang sedia maklum dengan Masalah Kembung Perut Bayi.

Aku dah cuba macam-macam Petua Kembung Perut Bayi, tapi semuanya tak berkesan. Dari situ aku syak macam ada yang tak kena. Sebab apa, bila tidur malam, bayi aku kerap menangis, dan setiap kali menangis, dia akan merengkukkan kaki dia. Ha! Tak pelik ko?



Bila semua benda tak menjadi, aku ambil langkah terakhir, jumpa pakar kanak-kanak. Yang sebenarnya, wife aku ni tak berapa suka jumpa doktor *walaupun sebelum ni dia bekerja di sebuah hospital swasta sebagai pembantu seorang doktor pakar! Hish!*. Tapi bila semua benda tak menjadi, aku paksa juga dia untuk bawa anak kami jumpa doktor pakar.

Awalnya, semuanya berjalan lancar. bayi kami seronok bermain. Terjerit sana sini! Macam takda apa yang berbeza. Sewaktu dalam pemeriksaan doktor, dia ada kasitau, yang sesetengah bayi mengalami Masalah Pada Usus Besar! Aku macam tak amik port sangat sebenarnya bila doktor tu bercerita panjang.

Tapi lepas buat pemeriksaan ultrasound *yang check perut tu* doktor tu cakap terdapat Gangguan Usus Pada Bayi!! Ha? Gangguan apa pulak ni? Doktor tu terangkan yang usus kecil dah tersumbat dalam usus besar!

Apa benda tu? Kenapa boleh jadi macam tu? Adoi! Aku sempat juga search dalam ternet, tapi tak jumpa apa-apa info pun pasal benda ni. Adoii! Serabutnya! Bila kami balik semula ke klinik, doktor pakar tu advice kami untuk masukkan bayi kami ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut.

Ceritaejoy macam ni, apa sahaja yang melibatkan wad dan memerlukan anak-anak kami tinggal di sana adalah suatu perkara besar bagi wife aku! Dia tidak akan sesekali membenarkan perkara seperti itu terjadi. Melainkan kes-kes besar yang memerlukan rawatan segera. Kalau ianya masih ada jalan lain, dia akan usahakan untuk itu. Berbeza dengan aku yang banyak berkata Ya! pada semua perkara. 

Dan atas alasan itulah, wife aku sekeras-kerasnya tak mahu bayi kami masuk wad. Aku guna logik akal, ada ke rawatan traditional yang boleh betulkan usus? Dan masalah itu terjadi pada bayi! Bukan orang dewasa!

Haish! Semak sungguh pemikiran aku ni. Bayi kami pulak hilang selera makan. Jadinya badan lemah. Nak senyum pun payah. Hmm. Beriya-iya aku hagah anak aku tu, dia buat derk je. Hmm. Yelah, badan tak sedap, ayah dia pulak ajak main-main, memang tak kena la kan. Adoi!
Aku masih cari lagi penyebab kepada Gangguan Usus Pada Bayi ni. Yelah, kita kena tahu, apa yang menyebabkan benda ni jadi, mesti ada sebab dan pasti juga ada jalan penyelesaiannya. Korang bayangkan, doktor pakar tu cakap, kalau ubat tak mampu betulkan balik usus bayi kami ni, diarang akan bedah dan potong sedikit usus tu! Ha?? Kalau korang??

Sekarang, aku dengan wife tengah usaha cari penawar. Semalam, kami ada jumpa seorang pakcik ni. Kata orang dia memang pakar dalam bahagian urut dan anggota badan manusia. Dah tua dah. Duk area bukit katil. Bila dia pegang je bayi kami, ayat pertama dia, "Ha, usus berbelit ni, duk belakang hati". Ha? 

Dia cakap cara kami angkat bayi tu salah. Itu yang bagi Gangguan Usus Pada BayiDia ada ajarkan cara yang betul. Lepas tu dia "betulkan" usus bayi kami. Uish! Aku tengok pun macam erks! Lepas tu dia suruh kami pegang perut anak kami tu, memang betul, kalau sebelum ni, ianya sedikit keras, tapi yang ini lembut betul. Patutlah ramai yang datang untuk mengurut dan betulkan urat.

Apa pun, kami kena datang 3 kali. Jadinya, semalam dah pergi, tinggal harini dan esok. Ahad, kalau bayi kami sihat dan cergas seperti biasa, syukur kepadamu ya Allah, Jika masih sama, aku akan kembali paksa wife aku untuk hantar anak kami ke hospital.

Semoga segala yang buruk di jauhkan daripada kami. Amin.

Tuesday, 24 November 2015

Mengaku tidak bersalah!


Mengaku tidak bersalah! Saya mengaku tidak bersalah dan minta di bicarakan! Pesalah hanya mengangguk tanda memahami dengan apa yang bicarakan oleh hakim. Persoalannya sekarang, adakah terlalu ramai manusia yang memegang status gila di dalam kelompok manusia kini??

Makin pelik aku dengan sikap manusia sekarang. Bila tertangkap dek kerana kesalahan yang dilakukan, dengan mudah je cakap mereka tidak bersalah. Dah tu, yang ada mangsa tu apa? Takkan suka-suka je mangsa tu nak sakit?


Ada kes tu pulak, siap ada video rakaman, siap ada saksi, pun dibantainya tidak mengaku bersalah. Minta di bicarakan. Nak bicara apa? Apa yang kau nak buktikan? Kau nak kasitau yang kau cuba untuk mempertahankan diri? Daripada siapa? Kalau cuba untuk mempertahankan diri, dah tentu-tentu kau pun kena pukul, tapi dalam kes ni, kau yang memukul. Haish!

Malas la nak usik cerita mereka yang normal tiba-tiba je mengaku gila. Siap ada kes lampau lagi. Dah bunuh orang, tertangkap, masuk mahkamah, terus jadi gila, terus tak paham dengan apa yang hakim cakap, habis tu, yang sebelum ni, kau hidup sorang-sorang ke? Bahasa apa pulak yang kau guna? Takkan tiba-tiba je terus tak paham apa orang cakap?

Manusiakan, kalau dalam situasi genting, apa pun mereka sanggup buat. Janji diri boleh lepas. Ada je idea mereka. Tapi takpelah, semua pun manusia hidup, lambat laun meninggal juga. Lepas tu, cuba la cakap, yang korang tak bersalah. Kalau la boleh lepas kali ni. Kan?

Makin kuat kerisauan aku dalam kehidupan sekarang ni. Yelah, banyak orang gila! Silap-silap mereka ni ada dekat sekeliling kita je. Harini normal, esok dah gila, ada oi orang macam ni. Huhuhu. Menakutkan.

Sentiasalah memerhatikan gerak geri orang disekeliling kita. Bukan nak kata tak percaya dengan orang, cuma berwaspada. Bila dah berlaku sesuatu, nak risau-risau pun dah tak guna, jadinya, biarlah kita sentiasa berada di dalam keadaan waspada.

InsyaAllah.

Tolong! Minta bantuan pada semua blogger!


Tolong! Minta bantuan pada semua blogger! Huhu, petang-petang macam ni, serabut kepala aku dibuatnya. Mana tak serabut, macam-macam hal berlaku dalam sekelip mata! Arrghh! Sungguh aku tension!

Tapi fokus aku bukan pada semua masalah tu. Masalah utama aku sekarang adalah anak bongsu aku! Tolong! Tolong!

Ceritaejoy macam ni, dah 2 hari anak aku meragam. Semua tak kena, letak tak nak, makan taknak, nak berdukung je, pastu kerap menangis.


Bila tidur malam, dia akan pusing 1 tilam queen tuh! Pastu dia tidur "merengkuk"! Macam-macam gaya dia buat.

Bukan aku taknak tanya, tapi anak aku baru berumur 6 nak masuk 7 bulan kut! Kalau dia pandai cakap, senang sikit kerja aku.

Dah bawa jumpa doktor. Doktor pun tak tahu nak cakap apa. Wife ada tanya kawan dia yang kerja dekat GH.

Dia kata mungkin anak aku sakit perut! Perut dia mengeras, sebab tu dia meragam!

Arghh! Tolong! Tolong!

Bayi kan, bila sakit, memang takda selera nak makan. Bila tak makan, confirmlah takda tenaga! Bila takda tenaga, memang terbaring jelah, tidur.

Hati siapa yang tak risau kan?

Minggu depan, kalau diizinkan Allah, terbang lagi aku ke negara jiran. Atas urusan kerja.

Kalau keadaannya masih sama seperti sekarang, macamana aku nak pergi? Adoii!

Tolonglah rakan-rakan blogger sekalian. Yang ada pengalaman berhadapan masalah seperti ini. Tolonglah daku yang sedang buntu ini. Hmmm.

Monday, 23 November 2015

Semua orang pun akan cakap benda yang sama!


Bila sampai waktu di mana semua pekerja bakal memperolehi imbuhan (bonus) maka di waktu inilah kita akan melihat semua pekerja memperlihatkan "kesibukan" mereka.

Dan yang lebih menarik perhatian aku adalah, bila mana ada daripada mereka akan menunjukkan kerja mereka adalah di antara yang paling berat di antara kerja orang lain.


Mereka yang berada di bahagian "part supply", pasti akan beritahu, kerja mereka yang paling susah dan sukar.

Mereka yang bekerja di bahagian "production" pula akan beritahu kerja mereka yang paling susah di antara yang susah.

Sama halnya juga dengan pekerja-pekerja lain.

Dalam hal ini, siapa yang sering menjadi bahan ejekan dan cemuhan?

Jika di tempat aku, sudah pastilah mereka yang bekerja di bahagian pejabat. Ya! Mereka yang bekerja di pejabat sering menjadi bahan cemuhan, kerana dianggap sebagai kerjaya yang mudah.

Yelah, duduk office, sejuk, tak kotor, tapi sering dapat gred "A". Siapa yang tak jeles kan?

Aku ni mudah je. Bila ada orang cakap, kau bolehlah, kerja senang, "hisap kuat", bolehlah dapat yang best-best dari bos.

Aku akan cakap, bukan macam tu, kau kalau nak dapat pun boleh, tapi upgradelah diri. Cuba buat bahagian management pulak. Pergi "review" kerja dengan top management, buat slide dan present, setup produk baru, ha.

Yang bestnya, aku selalu dapat jawapan, Ahh, malaslah aku, baik kerja macam ni, tak sakit kepala nak fikir, datang kerja, hasilkan produk, tau-tau hujung bulan dapat gaji.

Kalau dah diri sendiri cakap macam tu, tak usahlah pertikaikan apa yang orang lain dapatkan? Sendiri yang taknak upgrade diri, bila orang lain dapat lebih, mulalah nak sakit hati.

Dalam kes ni, siapa yang perlu di persalahkan?

Saturday, 21 November 2015

Blog reviews : Akmallrazlan



Blog reviews : Akmallrazlan. Tinggal 2 blog lagi yang perlu aku review. Lama sungguh masa yang aku ambil untuk siapkan kesemua review. Sekali lagi aku nak minta maaf kepada semua peserta, jika ada bahasa aku yang menguris hati kalian. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa. :)

Baiklah, hari ini, aku nak ajak semua, mengenali dengan lebih dekat blog akmallrazlan. Ahha! Menggunakan template simple dengan warna yang juga simple, putih. hehehe. Aku sebenarnya suka dengan blog semacam ini. Mudah dan rilek je minda kita. Ha. itu pada aku lah. ada sesetengah orang suka blog yang sarat. Itu masing-masing ya. Kalau tengok pada banner blog ini pun simple juga. 


Blog dengan niche personal ini banyak berkisarkan cerita peribadi dan perjalanan kehidupan semasa penulisnya. Aku boleh kata blog ini sudah lama berada di dalam dunia blogging malaysia. Sebabnya dah 5 tahun beliau menulis. Lama juga tu pada aku. Mesti banyak ilmu blog yang ada dekat akmallrazlan ni kan?

Orait. Aku sebenarnya, masih kurang jelas dan mengenali dengan mendalam mengenai kerjaya sebenar pemilik blog ini. Tetapi daripada keyword "Akmall Razlan Atelier", kebanyakkan ceritanya adalah mengenai jahitan. Dan ada juga cerita mengenai pemilik blog ini buka kedai untuk kerja menjahit. Wow! hebatkan? Adakah beliau salah seorang pereka fesyen? Mana tahu kan? Hehehe.

Entry terbaru beliau mengenai kerisauan penulis kepada kesihatan ayah beliau. Yelah, siapa yang tak risaukan? Kalau aku pun, aku akan risau juga. Baiklah, aku nak ajak semua ke blog Akmallrazlan di http://ift.tt/21b3JKM. Mana tahu korang berminat dengan hasil jahitan beliau ke, kan? Hehehe. Jom-jom.

Friday, 20 November 2015

Aku dah tak tahan.

ceritaejoy

Aku dah tak tahan. Sungguh aku dah tak tahan. Geram! Sakit! Tak boleh tidur malam. Semua ada ha. Dah macam-macam buat, tapi tak juga jalan. Huh! Aku dah naik geram nengoknya!

Aku ingat boleh tahan, tapi makin lama, macam makin teruk. Ingat boleh jadi macam rambo! Potong sana, jahit sini! Fuh! Itu cerita filem kot! Mana boleh jadi dalam dunia realiti macam ni.

Rasanya dah banyak pil aku makan. Effectnya sekejap je. Bila habis functionnya, dia datang balik. Adoi! Takkan nak makan lagi? Kang lain pula jadinya nanti!


Adoi! Tolonglah!

Harini aku nekad. Ala, aku dah banyak baca cerita orang dekat blog mereka. Semua pun cakap benda yang sama. Memang apa yang ramai orang kongsikan, tak memberi apa-apa makna pun. Kan?

Betul lah! Bila dah sampai tak tahan macam ni, semua benda jadi tergendala. Baru rasa bersemangat nak buat duit dengan Jobdirumah. Nampaknya terpaksalah tangguhkan dulu.

Buat duit dengan nuffang? Orang kata nuffnang penipu. Mula aku tak percaya, tapi dah 2 kali aku kena. Takpelah, aku tengok lagi kali yang ketiga. Biarkan dulu.

Buat duit dengan adsense? Untunglah, sekarang dah ada adsense untuk blog bahasa melayu. Tapi kena juga ingat, bukan senang oo nak apply. Aku sampai naik kecewa, tapi itulahkan, di pengakhirannya, lulus juga. Alhamdulilah.

Arghh! Perlupakan semua itu. Erks, betul ke tatabahasa aku tu. Arghh..biarlah, aku dah tak tahan.

Semuanya akan aku settlekan hari ini. Biarlah apa nak jadi pun, aku dah tak kisah. Aku dah lama bersabar.

Kita akan ke gelanggang perhitungan. Buku bertemu ruas!

Ayuh! Aku dah tak sabar lagi nak settlekan semuanya hari ini. Biar semua orang tahu!

Huh! Doktor liza, appointment kita harini pukul 0930 ya! Dah tak boleh tahan dah Sakit Gigi Geraham Atas ni. Tak boleh tidur malam. Ubat tahan sakit sampai dah nak habis. Petua macam-macam dah buat. Tak juga jalan. Huhuhu. 

Blog reviews : The Kaki Wayang!

The Kaki Wayang!

Blog reviews : The Kaki Wayang!. Sungguh! Pertama kali datang ke blog ini, aku dah mula tertarik. Ianya adalah pada banner blog ini. Cantik dan kreatif! Kalau tak silap aku, ini adalah rancangan kartun Pada zaman dahulu. Aku sebenarnya, kurang tengok citer kartun ni, tapi disebabkan anak sulung aku minat cerita ni, di ajaknya aku tonton sekali. Itu yang aku tahu tu. hehehe.



Baiklah, jom kenali dengan lebih rapat dan mendalam dengan blog ini. Kalau kita tengok pada nama dekat bahagian atas, kita akan nampak ayat ini, "The kaki wayang". Kalau kita tengok pada URL, kita akan terbaca http://ift.tt/1LXmbMK. Yang sebenarnya, apakah niche blog ini? Terpaksalah aku tanyakan dengan Pakcik google. Ahha! nak tahu blog ini mengenai apa? Ini jawapannya:



"Pelbagai informasi, berita terkini, berita sukan, agama, hiburan, lawak, gadget dan tips SEO terbaik hanya di Blog Paling Hangat di Malaysia."

Jadinya, blog ini berkongsikan pelbagai cerita ya! Hehehe. Orait, blog ini ada banyak Edisi tau. Ada edisi sentap, edisi sengal, edisi hangat, edisi terkini, uish! Banyak sungguh edisi ni.


Hey! Terbaca Edisi Hangat! Muallaf Ini Muallaf Paling kaya Di Malaysia. Tertipu sekejap aku dengan gambar tu. Gila kentang! Siapa yang tak pusing mata bila tengok resit bank dengan tulisan baki : RM7,000,987.35!! Hoi! Banyaknya! dermalah sikit dengan aku. hehehehe.


Hahaha. Aku jadi pening sekejap bila masuk blog ni. Sebabnya ada banyak perkongsian menarik dekat sini. Ada macam-macam cerita. Memang kenalah dengan nama blog information. Sungguh banyak informasi dalam blog ni. ha!


Sebenarnya, ada banyak cerita menarik dekat blog ni. Takkan aku nak kongsikan semuanya dekat blog ceritaejoy kan? Jadinya, korang kenalah beramai-ramai ke blog The kaki wayang di http://ift.tt/1LXmbMK. Jom-jom!

Thursday, 19 November 2015

Ada masanya ok, ada masanya tak.

Manusia kan, lahir dengan pelbagai sifat dan keadaan. Tak lupa juga dengan pelbagai situasi. Korang mesti pernah mengalami perkara ni, yang mana, ada masanya orang di sekeliling korang jadi sangat ngam dengan korang. Tapi ada masanya, mereka jadi macam benci atau meluat sangat dengan korang.

Ha, pernah tak korang rasa? Ke ini lumrah alam? Ada masanya, dia bagi kita rasa selesa dengan orang sekeliling. Ada masanya dia bagi kita rasa asing dengan orang yang dah bertahun lamanya dengan kita.

Pelik lah aku. Harini, aku rasa macam tak ngam dengan orang sekeliling aku. Rasa macam nak menyendiri je. Malas nak campur orang.

Yang sebenarnya, aku memang rasa benda ni dah lama dah.Dari dulu sampai sekarang. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Rasa pelik dengan diri sendiri. Hmm.

Wednesday, 18 November 2015

Bila seorang Doktor cakap dia tak tahu!


Sakit gigi menyerang aku lagi! Sungguh, tak boleh nak fokus dengan setiap kerja yang aku buat sekarang. Sakit gigi geraham oi! Tau jelah macamana sakit dia. Puas juga aku cari petua sakit gigi geraham. Tapi itulah, mana nak cari semua benda tu sekarang? Ish!

Mula tadi, rasa macam boleh tahan je sakit dia, tapi jap tadi, macam makin berdenyut pulak. Tak boleh jadi ni, kena g amik ubat juga ni. Aku pun berjalanlah ke klinik berdekatan. Niat dekat hati memang nak ambil ubat tahan sakit jelah, yelah, klinik biasa, bukan boleh buat apa-apa pun. Itulah yang boleh dia bagi.



Bila sampai klinik, pembantu klinik tanya aku, nak jumpa doktor atau ambil ubat je. Aku cakaplah, nak jumpa doktor. Yelah, dah alang-alang sampai klinik, jumpa jelah doktor. Bayar kut! Kan? Bila aku masuk je dalam klinik, doktor tu pandang aku.

Aku cakaplah, doktor, saya sakit gigi. Doktor tu mudah je jawab, kalau sakit gigi, kena pergi klinik gigi la, kami tak tahu nak buat apa. Ala, aku tau dah jawapan tu, saja je ambil masa nak jumpa doktor. Aku cuma cakap, kalau macam tu bagi saya ubat tahan sakit jelah.

Alang dah ada peluang jumpa doktor kan, aku tanyalah sakit bahagian dada aku ni. Aku sekarang ni kerap sakit dekat sebelah kanan dada aku ni. Kadang-kdang tu, sampai naik kebas. Ha! Jadinya aku tanyalah doktor tu:

"Doktor, saya selalu sakit dada sebelah kanan ni, kenapa ya?"

Korang tau apa yang doktor tu cakap? Dia cakap:

"Saya tak tahu"
Hey! Ko doktor ke apa? Takkan itu je jawapan yang ko boleh bagi aku? Besar biji mata aku pandang dia. Ha? Tak tahu?

Bila dia perasan aku tenung muka dia dengan tempoh masa yang lama, baru dia jawab. Saya tak tahu kalau kamu cuma cakap sakit sebelah kanan. Kamu kena cerita bila sakit, macamana sakit, dah berapa lama sakit.

Owh la doktor, aku taulah nak cerita tu semua. Tapi kamu sebagai doktor, tak bolehlah main cakap tak tahu! Dan kemudiannya senyap untuk tempoh masa yang lama. Kan? Aku ni sebagai penyakit, pun boleh jadi sangsi dengan doktor macam ni.

Betul ke dia ni doktor? Takkan main cakap tak tahu je. Apa salahnya kalau beri jawapan yang membawa kepada banyak cerita daripada pesakit. Kan?

Hish. Gigi dahla sakit, jumpa pulak dengan doktor macam ni. Bertambahlah sakit. Apa la nasib.

Blog reviews : Journey of My Life.



Blog reviews : Journey of My Life. Baiklah, tinggal lagi 4 blog sahaja lagi untuk aku siapkan review. Mungkin harini dan esok siaplah tu kan? Sekali lagi aku nak minta maaf kalau ada di kalangan kalian yang kurang senang dengan review aku ni. Aku pun manusia juga, ada masanya buat salah. Ya.

Baiklah, pagi ini, kita sambung pula dengan blog mykamila dari blog http://ift.tt/1WgOf80. Yang sebenarnya aku masih kurang faham lagi dengan huruf-huruf belakang pada URL. Macam ni, "sg", jadinya dari singapura ke? Uiii, kalau betulla, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy ya. Perasan! Hahaha.


Uish, masuk je dalam blog ni, terus terbaca Doa pergi bekerja. Seikhlasnya, tak pernah pun aku baca doa ini selama hampir 10 tahun aku bekerja! Uish! Baiklah, mohon kebenaran dari tuan blog untuk kongsikan doa itu di blog ceritaejoy ya!

Doa Sebelum Pergi Bekerja


Ok, jadinya, semua dah tahu kan? Lepas ni, sebelum bergerak ke tempat kerja, bolehlah amalkan doa ini ya. InsyaAllah, terhindar daripada segala perkara yang tidak diingini. InsyaAllah.

Baiklah, menggunakan template yang simple pada aku, dengan susunan yang kemas. Banyak juga bermain dengan warna hijau. Ha, banyak bercerita mengenai kursus nikah. Wah, bakal ke jinjang pelamin ke ni? Hehehe. tahniah!

Teringat kisah aku dengan wife dulu. Yelah, majlis perkahwinan ni bukan kecil. Macam-macam kena buat. Itulah, inilah. Penat! Tapikan, ada benarnya juga kata-kata ustaz, perkahwinan ini sebenarnya mudah kalau ianya mengikut cara islam yang betul. Kan?

Ha! Aku suka baca cerita pasal canada tu. Hmm, ingatkan dulu, dapatlah peluang ke sana, tapi hmm, negara jauh-jauh ni, biasalah, bos-bos je yang pergi. InsyaAllah, ada rezeki mewah, sampailah kita ke sana kan? Buat masa sekarang, ikut business trip syarikat jelah. Wehehe. Baiklah! Jom semua! Kita serang blog mykamila di http://ift.tt/1WgOf80. Selain daripada boleh tambah rakan baru, boleh juga berkongsi-kongsi pendapat. Ayuh semua!

Tuesday, 17 November 2015

Blog reviews : Adnan-daughter.

Qaseh ku..

Blog reviews  : Adnan-daughter. Baiklah. Aku rasa aku kenal pemilik blog ni. hehehe. Tapi lupa macamana boleh kenal. Hahahaha. Muda lagi tau owner blog ni, baru 23 tahun. Aku waktu usia macam ni, tak tahu tengah buat apa. Hehehe.

Baiklah, blog dengan template dari ThemeXpose. Aku bukan apa la, kebanyakkan template yang pernah aku gunakan untuk blog ceritaejoy adalah template dari sini. Ha, hebat kan? Susunan dalam blog tak perlulah diperkatakan lagi. Kerana kebanyakkan templatenya adalah berbentuk SEO dan Responsive. Ha.

Blog dengan niche perkongsian, banyak bercerita mengenai kisah dan pengalaman hidup. Ha, walaupun baru berumur 23 tahun, jangan ingat pemilik blog ni tak banyak pengalaman mengenai kehidupan ya!



Seingat aku, pemilik blog ni seorang yang peramah dan tak sombong. Jadinya, kita takkan rasa kekok walaupun baru kenal dengan dia. Hmm, ada review produk kecantikan lah. Rahsia mengekalkan keayuan. Atau tak rahsia mengekalkan kehandsomeman? Kalau ada, boleh jual dengan lelaki yang handsome dan perasan handsome. Wahahaha.

Hmm, apa lagi ye nak cerita pasal blog ni? Seorang yang suka join segmen juga ni. Tak hairanlah rakan-rakan ramai. Ish. Ish. Banyak ilmu yang korang boleh pelajari dengan beliau. Dan apa yang aku boleh katakan, bagi mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia blog, bolehlah dapatkan tips daripada beliau.

Cara nak dapatkan tips? Senang je, kenalah singgah ke blog Adnan-daughter di http://ift.tt/1kDPJIE. Jangan risau, pemilik blog ni tak sombong, cuba tanyakan soalan pada beliau, insyaAllah, mudah di jawabnya olehnya. Hehehehe. Ok-ok, jom kita kesana sekarang! Yeah!

Blog reviews : ciklapunyabelog.

CIKLAPUNYABELOG

Blog reviews : ciklapunyabelog. Baiklah, kita teruskan lagi segmen blog reviews untuk kali ke 15. Fuh! Macam tak percaya, dah 15 blog yang aku review. Harapnya, semua senang hati lah dengan cerita aku. Yelah, takut juga ada yang kurang senang dengan kata-kata yang aku gunakan. Jika ada, harap dimaafkan lah yer. :)

Hey..hey..hey, ini belog, cikla yang punya..Hahahaha..Teringat pulak dekat cerita ahmad albab. Ini harta, ahmad albab yang punya. Wahahahaha. Orait, jom kenal-kenal dulu dengan cikla. Nama dekat blog adalah CikLa Shahril. Berumur 33 tahun dan anak jati selangor. Ha. Sama titlenya dengan aku, part time blogger. Sudah berkahwin dan mempunyai anak. *ini melalui bacaan aku pada blog cikla ya*.




Aku suka dengan header blog ni. Kreatif! Aku suka juga dengan ayat pada banner tu. Kalau diterjemahkan guna google translate, bunyinya lebih kurang macam ni la:


" Aku tidak pernah mampu untuk menjadi sempurna, tapi aku boleh jadi yang terbaik"

Ahha! Terbaik kan? Kalau difikirkan balik, memang benar manusia tidak mampu menjadi terlalu sempurna. Tetapi kita mampu dan boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. Ianya mungkin di dalam bidang kerjaya ataupun blog. Hmm, nampak tak kelebihannya kalau korang rajin singgah dekat blog rakan-rakan blogger yang lain?

Susunan di dalam blog ini juga boleh dikatakan kemas dan memudahkan pembaca mencari apa yang mereka inginkan di blog ini. Ahha! Terbaca pasal Jeruk Pak Ali. Jangan tak tahu ya, jeruk ini dikatakan Jeruk Paling Sedap Di Penang. Ha. Jadinya, kalau korang jalan-jalan ke penang, jangan lupa beli jeruk ni ya! hehehe.

Ok. bahagian awal blog ini banyak menceritakan pasal makanan je. Perut aku ni belum terisi ni. Hadoi. Dapat makan pepahat pun ok ni. ha! Pernah dengar pasal pepahat? Kalau korang nak tahu apa ke bendanya tu, korang kena singgah ke blog cikla di http://ift.tt/1WgOhg9. Sungguh tak rugi kalau ke sana ya! :)
Powered by Jasper Roberts Consulting - Widget