Akaun Facebook PM Dipenuhi Hashtag #najibletakjawatan


Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah dibanjiri dengan komen "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri lain.

Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen telah dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama: #najibletakjawatan.

Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 40,673 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan. Post ini juga mendapat 17,932 'likes'.

Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag "#WeSupportYouNajibRazak" . Kebanyakan spam "#WeSupportYouNajibRazak" datang dari fake akaun ataupun akaun hantu.