15 Fakta Masyarakat Tidak Tahu Betapa Bahayanya Rokok Elektronik



LAPAN jam selepas seseorang itu berhenti merokok, paras nikotin dan kandungan karbon monoksida di dalam darahnya turun mendadak sehingga separuh dan kandungan oksigen kembali ke paras normal.
Dalam tempoh 24 jam selepas itu pula, karbon monoksida yang juga racun jangka kepada paru-paru disingkirkan daripada tubuh bersama mukus. Kandungan lain dalam rokok pula mula dikeluarkan dari organ pernafasan itu

Malah hanya dalam tempoh dua hari, tiada lagi kandungan nikotin dalam badan selain keupayaan deria rasa dan bau pulih seperti sedia kala. Ini kerana merokok menyebabkan lidah menjadi kebas.

Begitulah betapa pantasnya tubuh membersihkan dirinya sebaik seseorang membuat keputusan untuk menghentikan tabiat merokok yang mendedahkan mereka kepada 7,000 jenis racun merbahaya yang menyumbang kepada penyakit kanser.

Bagi mereka yang ingin membebaskan diri daripada tabiat buruk itu, terdapat banyak kaedah yang diguna pakai ketika ini antaranya terapi gantian nikotin menggunakan cara tampalan, menyedut, gula-gula getah atau pengambilan ubat.

Anda Menghadapi Masalah Sakit Sendi, Sakit Lutut, Sengal2 Otot
Klik sini : Pro Kas - Pain Relief

Namun sejak akhir-akhir ini, wujud satu lagi kaedah yang semakin popular di kalangan perokok tegar iaitu rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin pada paras lebih rendah bagi mengawal ketagihan terhadap rokok.

Rokok elektronik ialah alat yang menggunakan kuasa bateri dan membolehkan nikotin yang berada dalam bekas katrij yang dimasukkan dalam alat berkenaan, disedut oleh penggunanya. Tiada asap sebenar dikeluarkan sebaliknya ia hanyalah wap hasil pemanasan nikotin bersama beberapa bahan tidak merbahaya.

Ada kenyataan mengatakan rokok elektronik lebih membahayakan kesihatan seseorang berbanding rokok biasa namun sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sallehudin Abu Bakar, kenyataan yang mengatakan rokok elektronik lebih merbahaya berbanding rokok biasa tidak begitu tepat jika kandungan kimia antara kedua-duanya dibuat perbandingan.

Berbeza dengan rokok biasa yang mengandungi 5,000 hingga 7,000 bahan kimia, rokok elektronik hanya mempunyai empat bahan iaitu nikotin cecair yang dicampurkan dengan tiga bahan yang biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan iaitu propylene glycol, polyethylene glycol dan glyserin sayuran.

Malah katanya, rokok elektronik dihasilkan oleh seorang ahli farmasi di China pada 2003 yang mempunyai matlamat untuk membantu perokok tegar yang sangat sukar meninggalkan tabiat merokok.
Tiga bahan tadi dicampurkan bagi memberikan kesan asap seperti rokok. Apabila ia dipanaskan, ia menukarkan nikotin dalam bentuk cecair menjadi wap. Namun paras nikotin yang ada dalam rokok elektronik memang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah, katanya.

Beliau berkata, rokok elektronik boleh menjadi bahaya kepada penggunanya apabila nikotin yang bercampur dengan kandungan asid nitrik dalam udara, bertukar menjadi bahan kanser iaitu nitrosamines yang khusus datang daripada tembakau.

Menurut Dr Sallehuddin, misalnya apabila seseorang menghisap rokok elektronik di kawasan sibuk dengan asap kenderaan, udara berkenaan penuh dengan asid nitrik dan apabila bercampur dengan wap nikotin, ia boleh mendedahkannya kepada kanser.

Jika hisap di rumah pula dan berdekatan dengan dapur gas, kesannya juga tetap merbahaya kepada pengguna rokok elektronik apabila asapnya bercampur dengan wap nikotin dan kandungan nitrik asid yang ada dalam udara.

Sekiranya menggunakan rokok elektronik dalam tempoh berpanjangan, pengguna juga boleh terdedah kepada risiko kanser. Namun bagi perokok tegar, rokok elektronik ialah alternatif yang jauh lebih selamat jika mereka mahu membuang tabiat merokok secara perlahan-lahan, katanya.
Ketika ini, penggunaan rokok elektronik dibenarkan dari segi undang-undang di beberapa bahagian Amerika Syarikat tetapi masih dikawal terutama di kawasan awam dan ia tidak dibenarkan dijual kepada golongan bawah umur.

Di United Kingdom pula yang juga pasaran terbesar bagi rokok elektronik di Eropah, penjualan, pengimportan dan penggunaan rokok itu sah di sisi undang-undang dan tiada perlembagaan khusus berkaitan rokok elektronik di seluruh Kesatuan Eropah buat masa ini.

Di Austria, rokok elektronik dianggap sebagai produk perubatan dan perlu didaftarkan sebelum dijual kepada orang awam. Di Jerman dan Belanda, ia dibenarkan namun di beberapa negara Eropah lain termasuk Belgium, Denmark, Finland dan Norway, rokok elektronik diharamkan.

Dr Sallehudin berkata, biarpun rokok elektronik pilihan lebih baik kepada perokok tegar yang ingin berhenti merokok, dibimbangi ia akan akan menjadi trend baru hingga menarik perhatian bukan perokok untuk mengamalkan tabiat berkenaan.

Apatah lagi ketika ini sudah wujud perasa tertentu yang boleh membuatkan menghisap rokok elektronik menjadi lebih nikmat, berbanding sebelum ini.Selain itu, jumlah nikotin yang ada dalam rokok elektronik biarpun tidak banyak, boleh menyebabkan ketagihan sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama dan kerap.

Anda Menghadapi Masalah Sakit Sendi, Sakit Lutut, Sengal2 Otot
Klik sini : Pro Kas - Pain Relief

Namun sebenarnya faktor ketagihan juga berdasarkan genetik kerana ada yang mudah ketagih tetapi ada pula yang tidak ketagih. Empat faktor lain yang menyebabkan ketagihan ialah nikotin, psikologi, tabiat dan sosial, katanya.

Menurut Dr Sallehudin, golongan wanita didapati lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser akibat kesan menghisap rokok berbanding lelaki, biarpun tempoh menghisap rokok lebih pendek berbanding lelaki.

Rokok berada pada tangga kedua bagi pembunuh utama di dunia selepas garam yang menyebabkan penyakit darah tinggi, diikuti gula (diabetes) dan lemak (kolesterol).

Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan seseorang menggunakan rokok elektronik sebagai cara membuang tabiat merokok sebaliknya kami menyarankan mereka menggunakan kaedah kaunseling dan rawatan gantian berasaskan nikotin termasuk ubatan yang ada nikotin seperti varenicline dan bupropian, katanya.

Sementara itu, Jururawat Unit Pendidikan Kesihatan Klinik Berhenti Merokok Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Markamah Munadar berkata, pihaknya tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik, sebaliknya menggunakan kaedah kaunseling serta terapi gantian nikotin bagi merawat perokok tegar yang dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
Kaedah rokok elektronik jarang digunakan kerana pihaknya mahu tabiat menghisap rokok dihentikan bukan saja secara fizikal tetapi dari segi psikologi.

Di klinik, kami menggunakan rawatan gantian nikotin yang diambil secara oral dan tampalan. Adakalanya ia digabungkan bagi membantu perokok tegar meninggalkan tabiat buruk itu dengan lebih berkesan.

Semua kaedah ini sebenarnya lebih berkesan kepada mereka yang memang mempunyai tekad atau datang sendiri ke klinik kerana mahu berhenti merokok. Ini kerana ketagihan juga disebabkan oleh psikologi dan lebih berjaya jika kita mempunyai azam, katanya.

Bagi kaedah tampalan, ia perlu ditampal selama 16 jam sehari bermula sebaik bangun tidur awal pagi bagi mengurangkan keinginan merokok dan ditanggalkan ketika waktu tidur.

Penggunaan kaedah tampalan diteruskan sehingga seseorang itu berasa mereka sudah boleh berdikari dan mampu mengawal keinginan untuk kembali kepada tabiat merokok.

Bagi kaedah mengunyah gula-gula getah yang mengandungi nikotin pula, ia boleh dikunyah selama setengah jam setiap kali keinginan menghisap rokok memuncak.

Lebih menarik, pengambilan ubatan terbabit akan menyebabkan perokok mula kehilangan nikmat menghisap rokok dan sekiranya dijalankan secara teratur ditambah keazaman yang tinggi, mereka akan meninggalkan tabiat merokok.

Menurut Markamah, sepanjang tahun lalu dia sudah merawat seramai 544 pesakit dan 30 peratus daripadanya berjaya meninggalkan tabiat merokok. Lapan peratus daripada perokok yang dirawatnya ialah wanita.

Saya pernah merawat seorang lelaki yang menghisap rokok sejak remaja hingga berusia 60 tahun namun selepas mengikuti program rawatan di klinik, dia akhirnya berjaya meninggalkan tabiat itu.
Kami memang menggalakkan sesiapa yang ingin berhenti rokok untuk datang ke klinik berhenti merokok yang ada di semua hospital kerajaan untuk menjalani rawatan secara percuma, katanya.
Bulan pertama selepas meninggalkan tabiat merokok, perokok tegar akan mengalami reaksi yang agak teruk seperti batuk-batuk dan pengeluaran kahak sama ada berbau atau mempunyai warna namun ia sebenarnya proses pembersihan yang dilakukan tubuh.

Dengan gabungan ubatan, senaman pernafasan serta minum banyak air, ia akan membantu proses pembersihan menjadi lebih lancar. Tiga hari selepas meninggalkan tabiat merokok, pernafasan akan menjadi lebih lancar, paru-paru akan mula tenang dan tahap tenaga meningkat.

Dalam tempoh antara tiga hingga sembilan bulan selepas itu, batuk yang mengeluarkan bunyi berdesit dan gangguan pernafasan beransur kurang dan fungsi paru-paru meningkat sehingga 10 peratus.
Lima tahun selepas itu, risiko serangan penyakit jantung menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan 10 tahun selepas itu, risiko penyakit kanser paru-paru menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan risiko serangan jantung kembali kepada kadar individu yang tidak merokok
.
FAKTA:

Statistik terbaru mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.

Menurut kajian pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, Kanada, Roopinder Sandhu, wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung.

Kira-kira 40 jenis penyakit ada hubung kait dengan merokok, termasuk barah mulut dan paru-paru.
Rokok mengandungi 4,000 hingga 7,000 bahan kimia merbahaya.

Statistik di Malaysia menunjukkan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah itu.

Anda Menghadapi Masalah Sakit Sendi, Sakit Lutut, Sengal2 Otot
Klik sini : Pro Kas - Pain Relief

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

Statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan terdapat 600,000 kematian setahun berlaku di seluruh dunia disebabkan pendedahan kepada asap rokok dan 64 peratus daripada angka terbabit ialah wanita.