6 Sebab kenapa anda perlu keluar daripada zon selesa. Ramai orang suka berada di dalam zon selesa (comfort zone) kerana tidak mahu berhadapan dengan masalah kehidupan. Mereka lebih suka melakukan perkara yang sama untuk bertahun lamanya. Tetapi tahukah anda, ada 6 kebaikan yang bakal anda perolehi jika keluar daripada zon selesa anda? Jom teruskan bacaan anda.

#1 Belajar mengambil risiko.

Jika anda terus kekal berada di dalam zon selesa, anda tidak akan pernah belajar berhadapan dengan risiko di dalam kehidupan. Risiko yang bakal dihadapi mungkin melibatkan keputusan penting atau risiko di dalam pelaburan. Apabila risiko yang kita terima kurang, itu menandakan pendapatan kita juga sebenarnya kurang.

*Keluar daripada kehidupan selesa anda sekarang dan berani lakukan sesuatu yang berbeza!

#2 Belajar mengendalikan sesuatu yang rumit.

Dengan hanya keluar daripada zon selesa, anda akan mempelajari ilmu ini. Situasi ini bersamaan dengan, anda sedang berhadapan dengan tayar kereta yang pancit, seorang diri dan di kawasan yang jauh daripada orang ramai.

#3 Mencapai kejayaan.

Orang yang berjaya biasanya mengambil keputusan yang berisiko, mengambil cabaran yang sukar dan mengatasi segala kebimbangan di dalam kehidupan mereka. 

#4 Mencuba sesuatu yang baru di dalam kehidupan.

Apabila anda memilih untuk keluar daripada zon selesa, anda akan beroleh kehidupan yang sebenar. Dan perkara ini hanya boleh diperolehi jika anda mencuba sesuatu yang baru di dalam kehidupan anda. Ianya samada mencuba pekerjaan baru atau berpindah ke kawasan baharu.

#5 Membangunkan bakat dan kemahiran baru.

Pembelajaran bakat atau kemahiran baharu menghendaki seseorang melakukan sesuatu yang dia tidak mungkin atau tidak selesa untuk melakukannya. Sebagai contoh, jika anda tidak selesa menyanyi di hadapan orang, anda sudah pasti tidak akan selesa menyanyi di atas pentas besar. 

Menerokai di luar zon selesa membolehkan bukan sahaja pembangunan hidup malah penemuan bakat dan kemahiran anda.

#6 Dapat melakukan perkara yang di idamkan di dalam kehidupan.

Memilih untuk berada di dalam zon selesa akan memaksa anda untuk melakukan perkara yang anda tidak suka. Sebagai contoh, anda benci akan pekerjaan anda sekarang tetapi tidak mahu berhenti kerana takut dengan persekitaran baru dan rakan-rakan baru. Oleh itu belajar untuk melihat di sebalik tembok kejayaan anda. Ambil peluang dan mula melangkah lebih jauh!