http://ift.tt/1Si96R5

Airasia bloggers community|Bagaimana nak sertai Airasia bloggers community? Aku sendiri tercari-cari cara untuk join community ni, tetapi masih belum terhasil. Adakah ada syarat-syarat tertentu atau hanya dengan minat sahaja, kita boleh join community ini?

Sebenarnya, sebelum ini aku ada join juga 1 komuniti blogger. Tetapi disebabkan oleh keengganan aku untuk "berselfie", aku disingkirkan dari komuniti ini. Mungkin alasannya sedikit pelik tetapi inilah hakikatnya. Perit juga nak menelan tetapi inilah yang perlu dihadapi oleh blogger yang baru nak naik macam aku ni.

Apa pun, yang berlalu, biarkan ia berlalu. Tak perlu nak menoleh ke belakang. Teruskan langkah dan mula mencari rakan-rakan baharu. Sebenarnya lama juga aku memerhatikan Airasia bloggers community ni. Antara sebabnya aku berminat adalah kerana perkataan air asia itu sendiri.

Air asia merupakan antara syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia. Dengan tagline " now everyone can fly" benar-benar membuatkan sesiapa sahaja mampu berada di atas awan. Sukar untuk mencari sebuah syarikat penerbangan yang terus kekal memberi perkhidmatan tambang murah. Jadi tidak hairanlah jika syarikat penerbangan air asia ini memperolehi pelbagai anugerah antarabangsa.

Aku juga sangat pasti, mereka yang menyertai Airasia bloggers community ini adalah mereka dalam kalangan "kaki travel" ataupun yang menjadikan pelancongan itu sebagai satu hobi. Mereka sebenarnya tidak salah! Kalau dulu, perkataan melancong itu, biasanya hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kewangan yang berlebihan, tetapi tidak sekarang. Dengan hanya belasan ringgit " tawaran harga murah dari Air asia" sesiapa pun boleh melancong ke luar negara. Menarik bukan?

Atas alasan yang aku nyatakan di ataslah yang menjadikan aku ingin benar menyertai Airasia bloggers community ini. Mahu juga aku tahu caranya jika ada rakan-rakan yang sudah pun sertai komuniti ini ataupun punya cara bagaimana boleh aku turut sama. Jika ada yang sudi berkongsi, silalah komen atau email saya ya! Terima kasih daun keladi. Hehehe.