luzon bleeding heart

Burung ini masih hidup walaupun sudah ditembak di dada!|Ianya adalah sesuatu yang memeranjat bila melihat kepada gambar burung di atas. Walaupun kelihatan darah pada bahagian dada burung ini, tetapi ternyata ianya langsung tidak memberi kesan kepadanya. Malah ia terus menjalani kehidupannya seperti biasa. Terbang ke mana yang ia suka.


luzon bleeding heart

luzon bleeding heart

luzon bleeding heart

Hehehe. Jangan mudah percaya dahulu ya! Yang sebenarnya, burung ini tidaklah di tembak pada bahagian dada, tetapi bulunya sememangnya berwarna merah seperti darah. Burung dari jenis merpati ini banyak terdapat di pulau luzon di filipina. Burung ini digelar "The Luzon bleeding-heart" kerana percikan warna merah terang yang terdapat pada dada burung ini yang seakan percikan darah. Warna merah pada burung jantan akan lebih terserlah apabila tiba musim memikat. Burung jantan akan menekan dadanya untuk memperlihatkan dadanya yang berwarna merah.

Indah sungguh ciptaan Allah kan? Burung ini masih hidup walaupun sudah ditembak di dada!