Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya. Perkataan miskin biasanya dikaitkan dengan status kewangan seseorang individu. Dan boleh dikatakan juga, individu miskin memiliki minda miskin yang menjadikan mereka kekal miskin. Inilah hakikat yang perlu di terima mereka.

Bagaimanapun, jika mereka yang tergolong mengelakkan 10 tabiat ini, mereka mampu mengubah sama sekali kehidupan mereka. Perlu sentiasa ingat, perkara yang paling utama dalam usaha mengubah kehidupan adalah mengubah cara kita berfikir.

 Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.

1. Melihat masalah tetapi tiada usaha menyelesaikannya.

Masalah berlaku pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Tetapi kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang miskin adalah, mereka lebih memberi tumpuan kepada masalah berbanding mencari jalan penyelesaiannya. Kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara yang telah berlaku, tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah, berfikir dengan pantas jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

2. Belajar daripada orang yang salah.

Ramai orang dengan mudahnya memberi nasihat kepada orang lain mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak pernah melakukan atau berhadapan dengannya. Orang miskin lebih gemar menerima nasihat daripada mereka yang sebenarnya dari kalangan mereka juga iaitu orang miskin. Ini adalah kesilapan terbesar dilakukan oleh mereka.

3. Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu.

Orang miskin lebih cenderung membelanjakan wang mereka untuk suatu perkara yang tidak bernilai. Sebagai contoh, mereka lebih gemar menggunakan wang bonus untuk membeli baju berjenama atau menaiktaraf kenderaan mereka sebagai hadiah di atas kepenatan mereka bekerja. Setelah kehabisan wang, mereka akan mula bekerja untuk mencari wang atau lebih buruknya kembali meminjam wang dari saudara atau rakan terdekat.

4. Fokus kepada apa yang mereka ingin beli,

Apabila orang miskin bekerja untuk mencari wang, mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, mereka memasang impian untuk memiliki rumah mewah, kereta mewah dan sebagainya. 

Hakikatnya, semua itu hanyalah impian kosong dan bukannya matlamat yang sebenar. Ayat yang berbunyi seperti "memiliki perniagaan sendiri" atau "memiliki jenama sendiri" adalah sesuatu yang salah!
Jawapan yang betul, yang akan membawa kepada kejayaan adalah, cuba untuk jadi yang terbaik di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Inilah sebenarnya target yang mereka perlu capai dalam usaha menjadi seorang jutawan.

5. Punya banyak alasan untuk mereka terus maju.

Suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara. Orang berjaya tidak menunggu untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu dan melihat hasilnya. Dengan alasan kurangnya pendidikan atau kesibukkan masa, hanya menyebabkan mereka terus kekal dalam kehidupan miskin.

6. Ada idea yang hebat tetapi hanya bermain di mulut sahaja.

Setiap kali orang kaya berkongsi idea atau cara bagaimana mereka mampu menjadi kaya, orang miskin juga mempunyai idea yang hebat di dalam minda mereka. Ini adalah suatu perkara yang salah! Jika hanya mempunyai idea yang hebat tetapi tidak bersedia untuk melakukan sesuatu, ia hanyalah sia-sia.

Orang yang berjaya, memulakan langkah dan meletakkan kesemua tenaga mereka di hadapan. Sekaligus menarik lebih ramai orang luar biasa untuk menyertai mereka. 

7. Dikelilingi oleh mereka yang lemah supaya mereka nampak hebat.

Pernah tak terfikir kenapa orang miskin berkawan dengan orang miskin? Banyak perkara yang boleh dikaitkan, antaranya, mereka lebih cenderung bergaul dengan mereka yang punya pemikiran yang sama dengan mereka. Ini adalah kerana, tekanan yang mereka hadapi adalah kurang dan memberi minda mereka ketenangan untuk menjawab soalan-soalan atau pendapat di dalam kalangan mereka.

8. Percaya bahawa orang lain akan membantu mereka ke puncak kejayaan.

Orang miskin mengharapkan ada bantuan dari pihak lain untuk mereka berjaya. Dan mereka tidak akan benar-benar berusaha untuk berjaya! Mereka bekerja keras dari jam 9 ke 5. Tetapi adalah tidak masuk akal jika mereka meminta bayaran yang mahal atas usaha mereka itu. 

Ia bukanlah bagaimana kita menghabiskan masa di tempat kerja, tetapi bagaimana kita memanfaatkan masa terluang kita!

9. Minta pandangan tetapi tiada tindak balas.

Orang miskin lebih gemar meminta pandangan dan kemudiannya di simpan menjadi kenangan. Ianya sama seperti menyimpan wang tunai di dalam kocek dan berharap wang itu akan berkembang. Biarlah berapa ramai pun jutawan yang berkongsi ilmu, jika ianya hanya dijadikan kenangan, maka hidup mereka hanyalah sia-sia.

Inilah 9 perkara yang perlu dihapuskan jika anda mahu berjaya dan kaya. Mungkin juga kita ada melakukan di antara 9 sebab ini. Berubahlah sekarang dan pilih jalan yang betul di dalam mengejar impian anda. Jangan pernah putus ada dan kembali bersemangat di dalam mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini.