Kami Tidak Putus Kerana Ferrari. Itu Semua Fitnah


Pernah bercinta dengan Zizan Razak, tapi percintaan mereka tamat di pertengahan jalan. Pelbagai spekulasi timbul mengenai punca perpisahan dua sejoli ini termasuklah tindakan Zizan membeli Ferrari, namun ramai yang menyalahkan Emma atas kegagalan percintaan mereka.

Emma yang selama ini berdiam tanpa sebarang respon kini akhirnya membuka mulut. Katanya kepada sebuah akhbar tempatan, "Saya berhadapan dengan penipu. Mula-mula dia menipu media apabila mengatakan kami putus kerana Ferrari. Kemudian tipu peminat dengan alasan bodoh. Saya boleh sayang terlampau sangat sehingga semua cakapnya saya dengar. Saya ikut semuanya kerana dia termasuk bertudung. Saya berterima kasih kerana dia mendidik saya ke arah kebaikan. Tapi akhirnya saya terkejut dan terlintas apa semua ini."

Emma juga menegaskan tiada pihak ketiga yang menyebabkan hubungan mereka terputus. "Bagaimanapun saya yang dilihat bersalah. Saya dikatakan jahat termasuk dituduh mahu mengikis duit Zizan. Selepas itu Kamal Adli pula
dituduh sebagai perampas, sedangkan perkara sebenarnya lain. Saya akur kami tiada jodoh. Namun saya kecewa kerana sering dianggap negatif."

"Ikutlah apa orang nak cakap kerana saya dah tak kisah. Janji, apa yang saya simpan selama ini saya dah cakap. Saya harap dia bahagia cukuplah. Saya minta maaf kepada Zizan sekiranya apa yang saya dengar ini palsu dan rekaan. Kalau betul ini hanya fitnah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sehingga hujung kaki kepadanya. Saya tiada niat untuk menjatuhkannya. Kalau saya ada niat, dari awal perkara ini dah lama dihebahkan kepada semua," tambah Emma.

Walaubagaimanapun, Emma tidak mahu memalukan Zizan dan menyimpan punca tersebut untuk kebaikan mereka berdua.Semoga lepas ni tiada lagi pengkritik dan tohmahan yang dilemparkan pada Emma Maembong.

sumber