Nenas. Kenali spesis nenas terbaharu. Buah nenas merupakan salah satu daripada buah-buahan tempatan. Ianya banyak di tanam di negeri sebelah selatan tanah air. Pelbagai variasi masakan terhasil daripada buahan ini. Selain enak di makan begitu sahaja, nenas turut dijadikan jus minuman.

Namun begitu, pada awalan hari ini, aku dikejutkan dengan "spesis" baharu nenas. Spesis yang sama sekali akan membuatkan kita berfikir banyak kali untuk menjamahnya. Spesis baharu ini pertama kalinya dijumpai oleh seorang blogger otai. Dan ianya dikongsikan melalui status di laman sosial facebook.

Siapa yang menjangkakan yang ianya juga adalah salah satu daripada buah-buahan tempatan *melalui carian nama nenas". Aku pasti, seluruh rakyat malaysia tidak akan menjangkakannya. Hanya dengan menggunakan carian "nenas", anda pasti akan terkesima dengan spesis terbaharu nenas ini.

Disinilah pentingnya pemantauan ibubapa terhadap penggunaan internet oleh anak-anak- Ianya mungkin adalah 1 istilah baharu. Yang sama sekali tidak dapat dikenal pasti oleh ibubapa. Ianya juga mungkin digunakan sebagai "keyword" untuk mereka. Oleh yang demikian, ibubapa haruslah lebih peka dan celik it.

Hingga ke saat entry ini di taip, aku masih memikirkan relevannya nenas kepada gambar-gambar yang terhasil. Di mana kaitannya? Kenapa mesti menggunakan perkataan nenas? Ataupun, terdapat 1 istilah di luar negara yang berkaitan dengannya?

Aku pasti, mungkin ada yang muskil dengan entry aku ini. Kenapa aku beriya-riya bercerita perihal buah nenas ini. Baiklah, cuba anda buka carian google dan klik pada image. Kemudian gunakan kata kunci ini "nenas" dan lihat hasilnya.

*Nasihat aku adalah, pastikan anak anda tidak berada di sekeliling anda. Ataupun, rakan-rakan di office juga tidak berada di sekeliling anda. Selamat mencuba dan jika berhasil, komenlah di bawah ya. Terima kasih.