Matawang ringgit jatuh lagi!. Ahh, apa sudah jadi dengan matawang ringgit? Saban hari menunjukkan kejatuhan. Baru sahaja minggu lepas, USD1 bersamaan MYR 4.07. Tetapi baru sekejap tadi, ringgit menunjukkan kejatuhan lagi. MYR 4.10!


Adakah nilai matawang ringgit akan menunjukkan kejatuhan lagi selepas ini? Adakah rakyat tidak akan terkesan dengan kejatuhan ini? Jawapannya ya! Rakyat akan mengalami kesan yang sangat besar! Apakah yang terjadi sekiranya matawang ringgit jatuh lagi?

Kejatuhan matawang ringgit akan menyebabkan kuasa membeli rakyat malaysia semakin berkurang dan kos sara hidup akan meningkat. Rakyat akan berhadapan dengan situasi sukar dalam pelbagai perkara. Ini belum lagi di tambah dengan cukai-cukai sedia ada. Tidak salah juga jika aku katakan, rakyat bakal menghadapi kehidupan yang sangat kritikal.

Pinjaman kewangan seperti pinjaman perumahan juga berkemungkinan meningkat. Dengan pendapatan rakyat berada pada tahap sederhana, ia sememangnya memberikan tekanan yang hebat. Apakah nilai matawang ringgit akan menjadi seperti nilai matawang negara lain yang berhadapan dengan krisis ekonomi? Matawang yang tiada nilai? Apakah kerajaan akan membiarkan perkara seperti ini berlaku? Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda ramai orang ketika ini.