Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri|Setiap dari manusia yang ada di muka bumi ini di lahirkan dengan kekuatan dan kelebihan diri masing-masing. Tetapi tidak semua manusia yang benar-benar menggunakannya. Malah! Ada yang langsung tidak tahu apakah kekuatan dan kelebihan diri mereka.

Jika kita melihat kepada aspek pekerjaan. Apakah jawatan yang di sandang sekarang? Apakah bezanya diri kita dengan mereka yang berjawatan besar? Apakah kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri mereka berbanding diri kita? Cuba tanyakan soalan ini kepada diri sendiri.


" Apakah kekuatan terbesar yang ada di dalam diri kita"

Ramai dari kita sebenarnya, tidak suka atau selesa berada di dalam suasana pekerjaan sekarang. Dan percayakah anda yang mereka berada di dalam ketidakselesaan ini dalam tempoh bertahun lamanya! Kegilaan apakah ini? Berhenti melakukannya sekarang!

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

Antara jawapan kepada yang berlaku ini adalah kerana tiada keghairahan dalam melakukan kerja harian. Mereka termasuk diri aku sendiri langsung tidak tahu apakah 1 perkara yang paling besar, yang ada di dalam diri, yang mampu membuatkan diri kita menjadi sangat mahal.

Aku cuba kongsikan apa yang aku baca dari 1 blog ini. Bagaimana pemilik blog ini mencari kekuatan yang ada di dalam diri beliau. Bagaimana mengaktifkan kekuatan dan kelebihan diri. Bagaimana beliau mencari apakah kemahiran kerja yang terbaik yang ada di dalam diri.

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

#1. Apakah kemahiran diri yang ada (Skill)

Jika tanya pada diri sendiri, mungkin kita tidak akan beroleh jawapan yang tepat. Ibarat kita bertanyakan pada cermin.

Apa yang perlu kita lakukan adalah, cari 5 atau 10 orang yang kerap berhubung dengan kita. Atau yang sudah lama bekerja bersama kita.

Tanyakan soalan ini: "Apakah kemahiran diri aku?" "Apakah kebolehan aku yang kamu semua nampak?" Tanyakan juga "apakah kelemahan diri aku?"

Selepas memperolehi semua jawapan, rumuskan semuanya menjadi satu. Perkara yang paling utama di dalam mencari kekuatan diri anda adalah dengan menghapuskan semua kelemahan diri.

#2. Apakah kekuatan diri anda?

Anda mungkin yang terhebat di dalam sukan bolasepak. Anda mungkin mempunyai suara yang paling merdu di dalam bidang nyanyian. Tetapi ini semua tidak membantu diri anda di dalam bidang pekerjaan. Jangan hanya kerana anda mempunyai kelebihan ini, anda merasakan anda adalah yang terbaik. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mula mencari kekuatan yang baru *bukan kekuatan yang sudah sedia ada di dalam diri* Dalam erti kata lainnya, ia adalah suatu tambah nilai di dalam diri anda. Senaraikan apakah kekuatan yang anda perlukan di dalam diri dan mula belajar tentangnya!

#3. Mula membaca.

Membaca yang bagaimana? Ia bukanlah bermaksud anda perlu membaca buku-buku motivasi setiap malam dan bangun pada paginya dengan semangat yang masih sama.

Anda perlu bercuti! Ya! Pergi bercuti!

Ambil masa untuk rehatkan minda dari segala macam hal di tempat kerja. Ambil masa untuk benar-benar melihat ke dalam diri anda. Baca semula apakah yang anda telah tuliskan tentang diri anda. Apakah kelemahan & kelebihan yang ada di dalam diri anda.

Fikirkan tentang apakah kelebihan yang telah anda lakukan sehingga mendapat pujian ramai orang. Dari situ cuba kembangkan apakah yang mampu anda lakukan, supaya ianya menjadi lebih baik dari itu.

Aku suka ingatkan, ia bukanlah perbuatan "bodek". Ia adalah benar-benar pekerjaan yang anda lakukan. Si pembodek itu hanya mampu berbicara tanpa langsung ilmu di dalam diri mereka!

Jika lupa apa yang anda tulis, baca semula #1 ya!

#4. Tanyakan soalan pada mereka yang tidak dikenali.

Semua orang ada media sosial kan? Dan semua orang punya ramai kawan. Tetapi aku sangat percaya, tidak semua dari rakan-rakan dalam media sosial itu yang benar-benar korang kenal. Betul tak? Rakan 5000, yang kenal cuma 100. Ini perkara biasa. Hehehe.

Baik. Gunakan medium ini untuk tanyakan apakah kekuatan peribadi diri anda? Apakah perkara yang mereka suka anda lakukan? Apakah bantuan yang mampu mereka berikan? Apakah perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadi yang terbaik di dalam pekerjaan anda? *selain dari bodek dari muda sampai ke tua". Apakah potensi diri anda?

Rakan-rakan di media sosial sebenarnya kerap memerhatikan diri kita. Samada melalui pembacaan pada setiap status atau melalui gambar yang kita kongsikan. Tidak mustahil mereka juga mengalami perkara yang sama dan punya cara untuk menjadi lebih baik.

Nasihat aku, walaupun korang berkawan dengan #amranfans , janganlah pula korang tanyakan hal ni pada beliau. Sebabnya mudah je, takut apa yang dikongsikan nanti, boleh menyebabkan korang menjadi lebih supersaiya dari sekarang. hahahaha.

Baik. Inilah Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri yang boleh digunakan untuk mencari nilai tambah di dalam diri korang. Berhenti untuk hidup di dalam keadaan tidak selesa. Anda perlu menjadi sesuatu yang sangat bernilai di dalam pekerjaan anda mulai sekarang.


*Jangan hanya mencari ilmu bodek! Ilmu yang hanya sia-sia."