Van putih yang menculik kanak-kanak benar-benar wujud?. Mulanya, kisah van putih ini di ceritakan sebagai kabar angin. Kita sebagai ibubapa ni, rasalah sedikit lega. Tetapi bila banyak variasi cerita melibatkan kes penculikan dengan van putih ini, hati aku mula gelisah kembali.

Cerita ini benar-benar wujud bukan? Melalui perkongsian di laman sosial facebook. Mengenai 1 kes penculikan di melaka yang menggunakan van putih *Boleh baca di SINI* benar-benar membuatkan aku bertambah gelisah. Kejadian berlaku di siang hari. Di mana semua orang sedang sibuk melakukan tugasan harian mereka. Ini membuktikan bahawa, penculik kanak-kanak ini semakin berani!

Apa yang mendesak mereka sehingga menjadi sangat berani seperti ini. Mereka seakan tidak berlindung lagi daripada masyarakat. Yang penting kepada mereka hanyalah wang. Hasil daripada perkhidmatan atau jualan anggota tubuh mangsa. Huh! Menakutkan!

Terbaharu. Mengenai kes penculikan kanak-kanak di sungai petani. Juga menggunakan kenderaan yang sama. Van putih! Apakah Van putih yang menculik kanak-kanak benar-benar wujud? Jika ianya kabar angin, kenapa terdapat kes penculikan kanak-kanak yang menggunakan van putih? Aku gunakan carian penculikan kanak-kanak menggunakan van putih di google, dan ini hasilnya:


Sumber : google.

Bukankah kenderaan yang di gunakan adalah van berwarna putih? Atau adakah ianya secara kebetulan sahaja? Aku benar-benar rasa, yang sememangnya wujud 1 sindiket penculikan kanak-kanak yang menggunakan van berwarna putih. Tidak salah untuk ibubapa atau keluarga untuk terus berwaspada dengan keadaan sekeliling. Manusia sekarang sememangnya semakin hilang sifat kemanusian! Yang penting kepada mereka cumalah wang.

Ibubapa perlu tingkatkan pemantauan anak-anak. Juga perlu sentiasa memantau lokasi anak-anak. Jika ada lebihan wang *perlu ada lagi bagus* bolehlah memasang cctv di rumah. Biarlah wang banyak dikeluarkan daripada menyesal seumur hidup.

Allahurabbi. Jauhkanlah kami, keluarga kami dan saudara mara kami dari segala macam perkara buruk seperti ini. Hindarilah kami dari perkara ini ya Allah. Amin.