Kemalangan kren jatuh di Masjidil Haram, mekah. Seramai 107 orang di sahkan maut dan 238 cedera selepas sebuah kren jatuh akibat ribut pasir di mekah malam tadi. Kren tersebut tumbang ketika jemaah sedang melakukan tawaf di kaabah dan ada jemaah haji berjalan di antara gunung Safa dan Marwah. Banyak gambar yang di kongsikan di media sosial menunjukkan jemaah berlumuran darah dan serpihan daripada bahagian kren terhempas melalui siling.





Tahun lepas, pihak berkuasa saudi telah mengurangkan jumlah jemaah untuk menunaikan haji atas sebab kerja-kerja pembinaan. Pihak arab saudi membesarkan kawasan masjid kepada 400.000 meter persegi (4.3 juta kaki persegi), untuk membolehkan ia menampung sehingga 2.2 juta orang serentak. Gabenor wilayah Mekah, Putera Khalid al-Faisal, telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyiasat punca kemalangan itu. Beliau mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberi sokongan kepada semua orang-orang cedera.



Pada tahun 2006, lebih daripada 360 jemaah haji meninggal dunia dalam rempuhan di padang pasir di Mina, dekat Mekah. Bagaimanapun, tragedi yang paling teruk adalah pada tahun 1990, apabila seramai 1,426 jemaah haji meninggal dunia dalam kes rempuhan di terowong penjalan kaki yang penuh sesak ketika itu.