Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. Entah kenapa tiba-tiba nak kongsikan resepi pulak. Hahahaha. Tak salah kan? Dah nama pun personal blog, jadinya, bolehlah kalau nak cerita apa-apa pun kan? Orait, aku nak kongsikan Resepi Sambal Belacan Mudah.

Kalau ada yang baca perihal aku ni yang tak suka makan pedas, kalau belum boleh baca di Tidak Boleh Makan Pedas. Tapi hari ini aku nak kongsikan yang aku sebenarnya suka makan sambal belacan. Wahahaha. Sambal belacan pedas kan? Ahha! Untuk pengetahuan korang, aku hanya boleh makan sambal belacan dalam kategori tak berapa nak pedas. Ya. Dan ianya hanya mampu di buat oleh ibuku yang tercinta *sebabnya dia tahu aku memang tak suka makan pedas*.

Orait. Yang sebenarnya, tak susah pun nak sediakan sambal belacan ni. Sapa-sapa pun boleh buat. Jom kita tengok apa yang korang perlukan untuk hasilkan Sambal Belacan Mudah Dan Sedap ni.


Resepi Sambal Belacan Mudah

BAHAN-BAHAN:

25 hingga 30 Cili Burung atau cili Thai (campuran merah dan hijau)
Belacan (sebesar ibu jari)
1/2 sudu kecil Gula
Sedikit garam, jika perlu

CARA PENYEDIAN:

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam batu lesung dan tumbukkan hingga sebati. Bila rasa dan ok, bolehlah di hidangkan. Ahha! Mudahkan? Mudahlah sangat kan? Hahahaha.

Jika mahu lebih sedap *macam iklan kicap kipas udang pulak* Korang boleh tambahkan 1 sudu jus kalamansi dan 1 sudu kulit limau nipis yang dihiris halus. Waktu nak tumbuk tu, korang masukkan. Ha.

Dah siap Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. Amacam mudah tak? Mudah kan? Kalau korang yang duduk nun jauh di perantauan, bolehlah buat sendiri ya. Tapi itulah, air tangan ibu juga yang sedap. Kan? Orait. Dah siap kongsikan resepi mudah sambal belacan. Kalau korang inginkan resepi mudah yang lain seperti resepi mudah Sambal tumis cili kering atau resepi mudah kuah kacang, korang boleh baca di sini Resepi Masakan Melayu Mudah Dan Sedap.