Cara terakhir yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan minyak kenderaan anda. Semua pun sedia maklum, bila nak dekat-dekat gaji ni, duit baki dalam dompet ada beberapa ringgit je, ini tidak termasuk habuk-habuk yang melekat kat dinding dompet tu. Kan? Kan? Kalau pasal makan, boleh ikat perut lagi, kalau pasal jalan-jalan, boleh tolak tepi lagi, tapi kalau pasal nak isi minyak kereta/motor, ini memang tak boleh nak elak. Tak kan nak ponteng kerja pulak kan? Ish!

Sebenarnya, waktu-waktu macam inilah kita boleh tengok kreativiti seseorang tu dalam memaksimumkan penjimatan minyak kenderaan mereka. Pernah aku jumpa, mereka yang mematikan enjin kenderaan apabila berhenti di lampu isyarat! Bila lampu merah bertukar hijau, mereka hidupkan semula kenderaan mereka dan bergerak. Uish! Ini belum cerita pasal mereka yang tiba-tiba sahaja kenderaan ke tempat kerja rosak dan ingin tumpang kita ke tempat kerja. Ahha! Ada tau macam ni. Mereka dah memang jimat duit minyak dekat situ, yang kita ni? Ish.

Sebenarnya, inilah yang perlu kita lalui hampir setiap bulan dan untuk bertahun lamanya. Kita tak suka, tapi kita tetap juga perlu lalui benda ni. Jangan kata ini takdir ya! Sebenarnya, kita yang tak nak ubah kehidupan kita. Kita lebih seronok berada dalam zon selesa *sebenarnya langsung tak seronok pun, kan?* Kita takut berhadapan dengan risiko. Oleh yang demikian, kita harungi juga kehidupan yang sebenarnya kita tak suka pun. Ish. Sedihnya.

Cukup! Cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Owh. Lama tak karaoke ni, rindu juga nak menyumbangkan suara. Hahaha. Aku sebenarnya nak bercerita pasal beberapa Cara terakhir yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan minyak kenderaan anda. Ini kira tahap extreme la yang boleh korang gunakan. Janji kenderaan bergerak dan boleh ke tempat kerja. Aha! Entry ini dah panjang kan? Jadinya, aku sambung cerita tu dekat entry yang ini Cara paling extreme untuk jimatkan minyak kenderaan anda