Akses ke blogspot disekat. Sedikit Tersangat banyak perasaan kecewa yang aku alami sekarang apabila akses ke laman blogspot disekat. Hmm, Mungkin mereka dah tahu yang mana ramai pekerja menggunakan laman web untuk mencari info. Dan seperti biasa lah, blogspot adalah laman web no 1 yang menyediakan pelbagai ilmu dan info yang sangat bermanfaat.

Keburukan yang berlaku kepada aku adalah, aku tak mampu untuk "tengok blog" aku sendiri. Blog ceritaejoy. Tak aku nafikan, aku suka tengok view blog aku sendiri. Aku suka melihat sudut kekurangan yang ada di blog aku. Dan hingga ke hari ini, aku masih belum berpuas hati dengan penampilan blog ceritaejoy. Banyak Terlalu banyak yang masih perlu di baiki. Terlalu banyak.

Dan keburukan lainnya apabila akses ke blogspot ini disekat adalah, aku dah tak mampu nak blogwalking ke blog rakan-rakan blogger malaysia. Tak boleh nak tinggalkan komen, tak boleh tambah rakan blogger, tak boleh cari Tafsir Mimpi Menurut Islam *ini paling kerap aku buat*, tak boleh tukar template blog *ini aku paling kecewa* tak boleh nak review blog rakan-rakan *terbantutlah program nak buat review blog percuma*, pendek kata apa sahaja yang berkaitan blogspot, aku dah tak boleh buat.

Tetapi, mana-mana blog yang menggunakan Domain sendiri, aku masih boleh akses. Tetapi rasanya tak ramai yang guna domain sendiri ni, boleh dikatakan ramai blogger *termasuk aku* menggunakan platform blogspot. Sebenarnya, nak juga ada domain sendiri, tapi disebabkan aku masih dalam proses membina ruang pejabat sendiri di rumah *modal pun semput-semput*, terpaksalah aku tangguhkan dahulu niat tu.

Jadinya, kepada rakan-rakan blogger, aku minta maaflah kiranya tak dapat balas kunjungan dan tinggalkan komen di blog korang yang super best tu. Jika korang gunakan domain sendiri, insyaAllah, bolehlah aku singgah. Juga nak kasitau, yang projek review blog secara percuma aku tu, terpaksa di tangguhkan buat sementara waktu. InsyaAllah, bila segalanya telah tersedia, aku akan mulakan semula projek tu. InsyaAllah. Bermula hari ini, aku hanya mampu post entry sahaja di blog ceritaejoy, tetapi tidak boleh balas komen kalian semua. Harapnya korang memahamilah situasi blogger separuh masa macam aku ni. Terima kasih.