Dah makin teruk. Ini bukan cerita Jerebu Makin Teruk *sebabnya jerebu memang dah makin teruk pun*, tapi ini cerita mengenai keadaan tempat kerja aku sekarang, sebuah Kilang Automotif Di Melaka. Banyak juga luahan hati aku mengenai hal ini, 1 perkara yang mungkin terlepas pandang atau sengaja tidak mahu dipandang oleh mereka yang berwajib.

Kalau dulu, kami hanya bekerja sendirian, tetapi selepas beberapa ketika, kami menerima "anak angkat" baru. Ini bermakna, syarikat telah berkembang dengan kehadiran begitu ramai pekerja. Kalau dulunya, hanya "beberapa" pekerja sahaja, tetapi kini boleh mencecah kepada ribuan. Itu 1 perkembangan yang positif dan sangat baik.

Namun, di dalam kesibukan majikan mengendalikan operasi yang besar, mereka sebenarnya terlepas pandang beberapa perkara yang pada aku boleh dikatakan penting! Penting yang bagaimana? Mereka terlalu memandang perkara yang baru hingga terlupa ada yang lama. Mereka beri kemudahan dan kesenangan pada yang baru dan mereka lupa, yang lama ini masih kekal dengan apa yang mereka ada. Langsung tiada perubahan. Mereka upgrade yang baru menjadi lebih baru, tetapi mereka lupa, yang lama itu masih lagi berpegang dengan apa yang mereka ada untuk bertahun lamanya!


Ini yang majikan terlepas pandang atau sengaja tak nak pandang. Mereka akan pandang bila berlaku masalah di dalam kerja atau berkaitan dengan kerja. Yelah, kerja di berinya pada yang lama. Kenapa tak beri pada yang baru? Kan gaji mereka besar?? Biarlah mereka buat! Bila kita buka mulut, di katanya kita ini tidak mendengar arahan. Bila kita buat, sakit hati pulak tengok budak-budak baru ni, siap menyanyi kau dekat meja masing-masing.

Syarikat dah lama. Nama cukup gah. Tapi ini yang berlaku. Pekerja lama seperti bahan buangan rasanya. Walhal yang inilah yang banyak menggerakkan operasi. Yang baru tu baru nak belajar apa itu operasi. Cara hidup pun tak tahu lagi macam mana. Ini yang buat aku jadi lagi tension bertambah tension. Sampai bila? Pengawal operasi dah berubah banyak kali, dah macam-macam orang dah. Tapi dari awal hingga sekarang semuanya sama. Masalah apa yang sedang berlaku ni?

Bayar gaji mahal-mahal hanya untuk berbual dan menyanyi? Kami ni, dah bertahun lamanya, lagi kecil basic dari orang baru ni. Kena buat macam-macam. Kena guna apa je yang ada. Aii, dah kenapa kan? Nak ambil orang baru, gunalah betul-betul, bukan bagi kerja senang dekat mereka. Lepas tu buat-buat tak pandang. Amanah Allah bagi, jaga elok-elok. Jangan salah guna kuasa. Takut nanti, tak tercari orang nak minta maaf. Itu je aku nak cakap. Tension!