Jerebu di malaysia 2015. Rasanya, setiap tahun negara kita di landa jerebu. Boleh dikatakan juga, jerebu adalah fenomena biasa di sini. Walaubagaimanapun, fenomena kabus berbahaya ini sedikit dilihat sebagai antara yang terburuk pernah berlaku. Aku bercerita mengenai jerebu di melaka ya!

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja dengan kenderaan superbike, suasana kabus dilihat sedikit tebal berbanding semalam. Bau asap terbakar sedikit kuat. Hidung dengan tekak aku ni usah cakap la. Tekak dah mula perit, hidung dah mula gatal-gatal. Ini semua adalah kesan daripada terdedah dengan kawasan luar dalam tempoh yang lama.

Waktu dalam perjalanan tu, nak jugalah feeling macam awie bawa motor dalam filem maria mariana dulu. Tapi terbantut! Sebabnya, bau asap! Kalau berkabus macam dekat genting highland tu lainlah kan? Hmm, teringat waktu aku belajar di oxford dulu *sila jangan senyum atau pelik ya*, kabus-kabus macam ni *kabus sejuk ya* kira macam mainan je. Pagi-pagi, waktu perbarisan nak nyanyi lagu kebangsaan tu, mulut siap keluar wap lagi.

Itu waktu dekat oxford, kalau sekarang buat macam tu, bukan wap yang keluar, silap-silap buih yang keluar. Hahahahahaha. Jadi tajuk berita utama pulak nanti *tapi bukan senang nak duduk depan kan?*. Shhhh, jauh sangat aku lari ni. Ha, jerebu di melaka. Semalam hujan lebat. Lebat selebat-lebatnya. Sejuk! Biasanya bila hujan, jerebu makin kuranglah kan? Itu harapan.

Sebaliknya! Warghhh. Punyalah tebal kabus pagi tadi! Ini dah masuk zon bahaya ni, kalau aku tak bertindak cepat, parah di buatnya nanti. Hmm, segeralah aku ambil ubat sakit tekak dan mask. 1 yang aku tak suka pakai mask ni. Orang pakai spek kan, bila pakai mask, berkabus je cermin mata tu, dah tak nampak depan. Itu lagi bahaya kan? Ish.

Apa pun, benda dah jadi. Jerebu di melaka memang tak dapat dielakkan. Apa yang boleh kita buat, jaga kesihatan diri dan keluarga. Banyakkan minum air. Hmm, bila cerita pasal air, ini yang aku kurang selesa. Bila dah minum air, mesti akan kerap kencing kan? Office dengan tandas amatlah jauh. Office dekat tingkat atas pulak tu. Nak turun bawah semata-mata nak kencing, punyalah malas! Ada tak pampers dewasa? Erks. Hehehehhe.

Baik, sekali lagi, jerebu di malaysia seakan-akan menunjukkan semakin teruk. Oleh yang demikian, gandakan perhatian anda kepada kesihatan diri dan keluarga. Kurangkan aktiviti luar dan lebihkan minum air. Bersama-samalah kita menjaga antara satu sama lain ya! Pesanan daripada jabatan kesihatan malaysia. Hehehehehe