Masalah invalid security token error 403 pada blogspot! Pagi ini, aku betul-betul berada dalam stress. Semua benda jadi serba tak kena. Mulanya sebab template blog ceritaejoy yang bermasalah. Kemudiannya aku berhadapan dengan masalah ini : Invalid security token error 403. Aku sendiri tak pasti apakah punca kepada masalah ini.

Serius! Semua benda serba tak kena hari ini. Puas aku cari, apa punca kepada masalah ini. Tapi langsung tak jumpa. Aku tak pasti samada aku sahaja yang mengalami masalah ini atau ada blogger lain yang turut sama terkesan. Tolonglah, kalau ada sesiapa yang boleh bantu aku selesaikan masalah ini.

Sekali lagi, hari ini adalah hari di mana aku kembali tension+stress+cam nak marah-marah je. Ini semua sebab template blog. Aku masih belum jumpa dengan template yang boleh aku katakan, inilah blog ceritaejoy yang sebenar. Kecewa jangan cakaplah, sebabnya, bila kita ubah template blog, semua susun atur dalam blog akan jadi berselerak. Dan lebih mengecewakan adalah, bila kita tak jumpa dengan template yang sesuai, kita terpaksa menggunakan template asal *sebelum edit* dan kembali menyusun "layout" blog. Ini yang sebenarnya memberi tekanan kepada aku.

Orang cakap bukan senang nak senang. Samalah dengan dunia blogging ni. Bukan mudah nak jadi top bloggers malaysia. Mereka yang sudah mempunyai gelaran ini, sudah pasti telah menempuh pelbagai rintangan. Yang akhirnya menjadikan mereka sangat hebat di dalam dunia blog.

Arghh, aku kembali tension memikirkan punca kepada Masalah invalid security token error 403 pada blogspot ni. Kenapa tiba-tiba je kau ada ni? Time orang tengah pening nak ubah template, time tu lah ko nak ada. Bikin hati panas sahajalah! Tension! Tension. Hmm, ada tak yang sudi nak membantu?