Pakaian Sukan Tiruan Dirampas Dalam Serbuan Oleh Pegawai KPDNKK

Jom Bercuti di >> Pakej PANGKOR RM180 seorang
Jom Bercuti di >> Pakej LANGKAWI RM180 seorang

Sabak Bernam: Sebanyak 1,303 pakaian sukan jenama tiruan Adidas dan Chelsea dirampas dalam serbuan di premis menjual pakaian di pekan Sungai Besar, di sini, pagi tadi.

Serbuan kira-kira 11 pagi itu dilakukan 12 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) daerah Kuala Selangor.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Kuala Selangor K Ramesh berkata, pihaknya menerima aduan daripada pemilik cap dagang berhubung kegiatan berkenaan.

"Selepas melakukan risikan hampir sebulan kami menyerbu premis terbabit.

"Malah kami juga menyerbu stor milik kedai menjual pakaian itu. Nilai rampasan berjumlah RM29,480," katanya.

Jom Bercuti di >> Pakej PANGKOR RM180 seorang
Jom Bercuti di >> Pakej LANGKAWI RM180 seorang
sumber