Review blog secara percuma : Blog vitaminwawa. Akhirnya, selepas daripada entry aku mengenai nak Review blog rakan-rakan blogger, barulah hari ini aku berkesempatan nak buat. Nak kata sibuk, taklah berapa sibuk, cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan. Ini cumalah suka-suka sahaja ya. Dan ianya adalah daripada pandangan mata aku. Maaf jika ada yang tidak berkenan. Boleh sampaikan melalui komen atau email ya. Baiklah, review blog yang pertama ini adalah blog vitaminwawa.

Cerita Vitamin Wawa

Ini adalah header blog wawa. Dari sini dah boleh nampak niche blognya, health blog. Sebuah blog kesihatan yang sudah pasti banyak tips kesihatan yang dikongsikan. Wawa adalah seorang peniaga/agen kepada produk shaklee. Rasanya tak perlulah nak cerita pasal kehebatan produk ni kan? Ramai yang dah tahu akan keberhasilan daripada penggunaan produk shaklee ni.

Selain daripada berkongsikan perihal kesihatan. Jangan tak tahu ya, wawa juga pakar dalam bidang masakan. Banyak resepi-resepi mudah yang dikongsikan. Yelah, zaman sekarang ni, semuanya bergerak pantas. Termasuklah dalam hal makanan. Disebabkan masa yang di ambil sedikit lama untuk memasak sesuatu hidangan, ramai yang memilih makanan segera.

Tetapi masalah anda pasti selesai jika anda ke blog vitaminwawa. Resepi yang dikongsikan ternyata mudah dan ringkas. Sesiapa pun boleh memasak dengan resepi yang dikongsikan. Apa yang menarik perhatian aku adalah, resepi tomyam mudah dan sedap. Aku suka tomyam. Jadinya, bila terbaca ada cara mudah, haruslah aku mencuba kan? Terima kasih ya wawa!

Hmm, apa lagi yang menarik tentang wawa ni ya? Hehehe. Salah seorang rakan dalam Aabc. Aku pun ada join juga, tapi hingga sekarang, masih tiada apa-apa email atau info daripada Aabc *ke aku je yang tak dapat?* hehehe. Seorang yang peramah pada aku sebab rajin singgah ke blog dan tinggalkan komen. Tak rugi jika bersahabat dengan wawa.

1 lagi, jika anda ke blog wawa, anda akan sentiasa rasa gembira kerana pemiliknya sentiasa tersenyum memandang anda. Nampak aura kegembiraan di situ. Sudah pasti aura itu akan disertakan di dalam penulisannya. Jadi, anda tidak akan jemu untuk terus dan terus membaca setiap daripada penulisan wawa. Kan? Hehehe.

Baiklah, rasanya cukuplah sampai disini. Sekali lagi, jika anda seorang yang mementingkan kesihatan, bolehlah singgah ke blog vitaminwawa. Seorang pengedar produk Shaklee yang Berjaya dan hebat! Anda juga akan dihidangkan dengan tips kesihatan dan resepi mudah. Ok! Jom ramai-ramai pakat singgah ke blog wawa ya!