Review blog secara percuma : Blog Wayneharraz. Baiklah, untuk blog seterusnya, adalah blog saudara ewento marcello. Kalau melihat pada nama, mesti pemiliknya berasal daripada mexico. Tetapi jangan tersalah ya, pemilik blog ini adalah orang malaysia. Seorang blogger malaysia. Ya. Hehehe.

Blog wayneharraz ini juga sering menjadi rujukan aku. Dia juga boleh di anggap sifu blogger kerana banyak membantu aku di dalam menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan blog. Banyak penulisan mengenai tips dan tutorial yang di kongsikan di blog beliau. Seorang yang tidak lokek dengan ilmu dan sangat friendly.

Gaya penulisan yang bersahaja tapi penuh dengan mesej akan membuatkan anda berasa sangat selesa. Selain daripada template yang digunakan, susun atur layout blog ini juga sangat kemas. Lihat sahajalah kepada pemiliknya yang kemas, pasti membuatkan para gadis terigau-igau*jangan marah ya* Hahahaha.

Selain daripada penulisan, beliau juga mempunyai kedai online, yang menjual produk berkaitan sukan. Boleh klik di sini : stylooutfit. Bagi anda yang tak tahu mana nak beli dan tercari-cari pakaian sukan, aku cadangkan singgah ke blog ini. Confirm anda puas hati.

Hmm, nak cerita apa lagi ya? Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak cerita apa. Sebabnya, bro wayneharraz ni macam complete blogger. Semua ada. Aku pulak yang naik segan nak bercerita. Hehehe.

Baiklah, sekali lagi, kalau korang yang tercari-cari tips dan tutorial blog, atau mengalami masalah berkaitan blog, boleh singgah ke blog wayneharraz. Aku pasti, segala masalah anda akan selesai. InsyaAllah. Sekali lagi, ini cumalah pandangan aku semata-mata. Jika ada yang terasa hati aku kurang senang, aku minta maaf awal-awal ya. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.