Review blog secara percuma : Blog Sayidahnapisah. Orait. Blog seterusnya adalah blog korea. Eh, bukan, ianya adalah blog seorang gadis yang tidak lekang dengan senyuman. Sayidah napisah. Seorang pelajar di UPM. Senior tau. Orangnya memang peramah dan rajin berbicara, hinggakan tidak berhenti. Ulps. Jangan marah ya. Hehehe.

Kenapa aku katakan blog korea. Kerana pemilik blog ini aku lihat banyak juga bercerita perihal korean drama dan hiburan. Contohnya macam cerita lelaki berjalan. Ala, yang top kat tv tu. Aku pernah dengar tapi tak pernah tonton. Ha, boleh cam gitu? Hahaha. Aku sendiri pun kurang jelas dengan jalan cerita rancangan lelaki berjalan ni, tapi tahulah, ramai juga peminatnya. Dan kalau korang yang tercari-cari, kat mana nak tonton atau download korean drama online, bolehlah singgah ke blog ini ya!

Lagi apa yang menarik tentang blog ini. Hmm, banyak juga bercerita dan berkongsi mengenai drama melayu. Owh la, ini mesti yang jenis duduk depan tv waktu jam 7 kan? Hahahahaha. Korang minat drama hati perempuan? Ha, korang geng dengan gadis ini. Hahahaha. Jangan marah ya.

Sekali lagi, aku suka dengan template blog ni. Susun atur dan warna yang digunakan. Siap ada burung terbang lagi bawa daun. Tak pasti simbolik untuk apa. Untuk buat sarang ke? Atau untuk apa? Hehehe. Tapi serius. Sesuai burung tu terbang dekat situ. Hehehehe.

Blog sayidah adalah blog personal. Jadi, kebanyakkan ceritanya adalah berkaitan personal. entry terbaru beliau *semasa aku menulis ini* adalah mengenai cara menguruskan uri. Hmm, teringat kisah sewaktu pertama kali aku berhadapan dengan situasi ini. Aku langsung tak tahu nak buat apa. Pandang je uri tu. Nasib baiklah bapa mertua tolong ajarkan. Hehehe.

Oklah, aku suggestkan korang ke blog sayidah ni. Serius tak rugi. Selain daripada perkongsian personal, beliau juga ada berkongsi tips dan tutorial blog. Boleh dapatkan info juga mengenai blog di sini. Ya. Selain daripada berkenalan dan menambah rakan blogger. Terima kasih aku ucapkan sekali lagi kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy. ya!