Sampai bila nak ikat perut. Hari sabtu macamni, duduk sorang-sorang, terfikirkan hal ini. Tercari-cari juga, ada tak Perniagaan Tanpa Modal?  Bukan apa, nak mulakan perniagaan ni, perlu ada modal yang besar. Paling kecil pun ribu-ribu juga kan? Ada yang cadangkan berniaga cara dropship, kerana inilah salah satu Peluang Perniagaan Tanpa Modal.

Dah hampir 10 tahun aku dalam bidang automotive ni. Banyak yang aku belajar. Aku seronok bekerja dalam bidang ni. Tapi dalam keseronokan aku ni, ada perkara yang membuatkan aku perlu membuat keputusan drastik. Berhenti Bekerja Dan Berniaga! Kenapa? Sebabnya adalah, 10 tahun adalah suatu masa yang sangat lama dan membazir jika anda masih dibayar dengan "gaji permulaan". Bayangkan, tempoh masa anda memberi khidmat bakti adalah cukup lama, tetapi basic gaji anda bersamaan dengan RM1400! Adakah ia berbaloi?

Seorang rakan aku, yang dulunya bekerja bersama aku, kini sudah memulakan perniagaan sendiri. Beliau hanya bekerja selama 3 jam 1 hari dengan pendapatan keuntungan sebanyak RM400 *atau lebih* sehari! Bayangkan. Bekerja hanya 3 jam sahaja. Untung RM400. Bekerja 5 hari seminggu. RM400X5=RM2000 seminggu! Gaji seminggu bersamaan dengan kerja lebih masa yang perlu aku buat *selama 40 jam* di tambah dengan basic gaji aku! Benarlah kata orang, 9/10 Rezeki Datang Dari Perniagaan.



Aku bukan tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Cumanya sampai bila nak ikat perut. Kita bekerja dari awal pagi membawa ke lewat malam, ada yang bekerja dari isnin membawa ke ahad. Gaji yang diterima mampu bertahan 1 hari sahaja. Nak makan sedap-sedap kena tunggu waktu gaji. Nak jalan-jalan best-best, kena tunggu bonus. Persoalannya sampai bila? Masa berlalu dan kita semakin tua.

Aku tak mahu tahu bagaimana Cara Jadi Kaya Dengan Cepat. Aku cuma mahu tahu apa langkah yang perlu aku buat supaya kehidupan aku dan keluarga berubah. Aku tak mahu membuang masa di sini lagi. Terlalu banyak masa yang sudah aku korbankan, dan ianya sebenarnya tidak berbaloi dengan apa yang aku terima sekarang. Soalan sekarang adalah, tukar kerja atau mula berniaga?