Senarai barangan pelik di dalam bagasi dikesan di lapangan terbang. Tahukah anda, ada beberapa barangan pelik yang di bawa penumpang ketika melancong? Tidak seperti kebiasaan, ramai yang memilih untuk membawa makanan segera seperti mee segera, nasi briyani segera, dan sekarang ada pula nasi lemak segera, pendek kata macam-macam. Tetapi tahukah anda ada beberapa barangan pelik *ada diantaranya langsung tak terfikir dek akal* di bawa oleh pelancong? Sila teruskan bacaan anda untuk mengetahuinya.

1. Novel.



Bawa novel perkara biasa, tetapi jika ada 1 bagasi khas untuk novel, itu perkara luar biasa. Alasan yang diberikan adalah, dengan adanya novel, mereka dapat elakkan rasa bosan ketika melancong. Hmm, kalau dah nama melancong, kenapa nak rasa bosan ek? Ini aku pelik. Hehehe.

2. Dapur memasak.



Nak gelak dulu. hahahahaha. Dapur memasak eh? Katanya adalah amat sukar untuk mencari dapur memasak ketika melancong. Dan alasan yang paling menarik adalah dapat mengurangkan kos dengan memasak sendiri makanan. Sini ada logiknya tetapi dapur memasak ya? Besar tak?

3. Pemain Dvd.



Uish. Sini semua orang dah tahu apakah alasan yang diberikan. Katanya, tidak semua lokasi percutian menyediakan pemain dvd dan jika ada pun, samada bermasalah untuk digunakan atau sekadar hiasan. Hmm, kalau bawa pemain dvd, mestilah bawa dvd juga kan? Kalaulah bercuti 2 minggu, berapa banyak pula dvd yang dibawa? Hmm.

4. Garam kasar.



Ini bukan untuk memasak ya, ini adalah bertujuan untuk menghalau roh jahat yang berada di hotel. Cerita hantu di hotel memang 1 cerita biasa. Tetapi bawa garam untuk halau hantu ni luar biasa. Tapi jangan tak tahu, ada orang yang macam ini ya.

5. Bantal busuk.



Hahahaha. Kalau dah nama bantal busuk, usahlah korang cuba pisahkan dengan pemiliknya. Boleh jadi peperangan besar di buatnya nanti. Bantal busuk ni dah macam aroma terapi tau. Kalau tak peluk, tak boleh tidur. Ish.

Sebenarnya, benda-benda dekat atas ni tak berapa pelik lagi pada aku. Ada yang lagi pelik yang korang sendiri pun tak terfikir nak bawa ketika pergi melancong. Nak cerita kat sini, macam tak ada surprise la kan, jadinya korang baca #8 dekat Senarai barangan pelik di dalam bagasi dikesan di lapangan terbang, kemudian boleh sambung gelak. Ish, tak berat ke bawa benda tu? Payah nak pikul tu nanti. Ish.