Viral kisah seekor beruk hadiri majlis ilmu. Mulanya terbaca kisah ni dekat laman sosial facebook pagi tadi. Hairan dan pelik juga. Katanya ini beruk liar. Beruk adalah spesis haiwan yang terkenal dengan sikap agresifnya. Tetapi melalui cerita yang disampaikan, beruk ini hanya duduk diam sambil mendengar kuliah yang di sampaikan.
Kes ini terjadi di Pondok Gajah Teriak, Jitra, Kedah pada jam 9.30 pagi. Waktu ini, di adakan majlis ilmu yang mana dengan secara tiba-tibanya, masuk seekor beruk ke dalam masjid dan kemudiannya berlegar-legar di dalam kawasan masjid. Beruk ini dikatakan sangat jinak dan langsung tidak menganggu orang.
Viral juga gambar beruk ini memanjat badan seorang jemaah, dan hanya dibiarkan sahaja oleh jemaah tersebut. Mungkin inilah kekuasaan Allah yang mana ingin diperlihatkan kepada manusia, haiwan juga hadir ke majlis ilmu yang dipenuhi banyak malaikat. Beruk ini dikatakan telah di tangkap oleh jabatan pertahanan awam selepas orang ramai membuat aduan berikutan takut sesuatu yang lebih buruk berlaku.
0 Ulasan