Ayahanda Rani Kulop Kipidap Buat Report lagi! Panas sungguh isu Harga Tol Naik Lagi ni. Pelbagai respon yang diberikan rakyat mengenai hal ini. Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenaikan ini kerana sememangnya ianya membebankan rakyat. Terbaru, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), *sebuah badan ngo ataupun non-governmental organisation* membuat laporan polis berhubung kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di Lembah Klang.

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi adalah untuk menggesa kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya untuk menangguhkan kenaikan kadar tol.


" Pihak kerajaan dan syarikat tol perlu melakukannya secara perlahan-lahan. Jangan membebankan rakyat," kata Abdul Rani Kulup kepada pemberita.

"Saya mewakili rakyat untuk meredakan keadaan. Jangan menaikkan kadar tol pada masa ini, supaya rakyat tidak tertekan," katanya.

Abdul Rani Kulup berkata kerajaan perlu campur tangan dalam perkara ini kerana kadar tol tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya.

"Orang ramai sudah dibebani dengan kenaikan harga bahan api, barangan, dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

Sementara itu, Abdul Rani Kulup juga membuat dua laporan berasingan pada jenama selipar dikenali sebagai "Glacio G-2079" yang mempunyai kalimah Allah di atasnya, dan sirap batuk yang dinamakan "Royce" yang mengandungi 6% daripada etanol yang boleh menyebabkan isu-isu kesihatan .


"Saya menyeru kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Sumber : thesundaily

Terbaiklah Ayahanda Rani Kulop Kipidap! Terima kasih kerana membantu kami meluahkan apa yang tersimpan di dalam jiwa kami ni. Sememangnya kami sudah terbeban dengan kenaikan banyak perkara. Oleh yang demikian, perlulah ada usaha untuk mengurangkan beban kami. Janganlah suruh kami pergi ke tempat lain pula. Kerana ini juga tanah kami. Asalnya kami disini.

Sedih juga bila kita di minta keluar dari rumah sendiri. Bukan mudah untuk membina sebuah rumah. Dan bukan hanya beberapa orang sahaja, malah ianya melibatkan semua orang. Jadinya kami berharap agar pihak berwajib mengkaji semula perkara ini.