Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!!. Untuk kedua kalinya, cashout aku tidak berjaya bersama nuffnang. Dan untuk kedua kalinya, aku dituduh melakukan aktiviti tidak sah. Dan atas alasan yang demikian, segala wang terkumpul dibatalkan. Aku tak cakap Nuffnang Penipu, tapi apabila 2 kali aku berhadapan dengan perkara yang sama, aku mula sangsi.

Fraud click! Apa Itu Fraud Click? Ia merupakan penipuan klik dengan menekan iklan berulang kali demi menjana pendapatan untuk pemilik blog. Persoalannya, aku sendiri tak pernah klik iklan yang keluar dekat blog aku, apatah lagi dengan alasan berulang kali! Pada awal dulu, sewaktu aku memasang iklan nuffnang di blog, memang ya, aku klik iklan yang ada pada blog aku. Tujuannya supaya "earning" aku cepat naik.

Tetapi akhirnya, apabila aku cuba untuk cashout, pendapatan dari hasil online itu di tolak. Dan alasannya adalah Fraud Click. Itu sewaktu awal dulu. Dan belajar atas kesilapan itu, aku belajar mengenainya. Tetapi akhirnya, aku menerima alasan yang sama! Kalau korang, korang dah pernah kena, adakah korang akan melakukan perkara yang sama? Dah terang-terang korang takkan buat lagi kan?


Aku sengaja tak mahu tunggu jumlah duit nuffnang ni besar. Sebabnya, aku takut benda macam ni jadi. Dan inilah hasilnya, Ditolak dengan alasan Fraud Click. Juga dengan alasan, meminta rakan-rakan blogger klik iklan yang ada di blog ceritaejoy. Seingat aku, aku tak pernah minta sapa-sapa yang datang ke blog ini untuk klik semua iklan yang ada. Itu paksaan namanya, kan?

Bayangkan, jika jumlah yang ada adalah RM50. Adakah klik korang yang menjadikan jumlah sedemikian? Kalaupun korang klik 1 kali pada iklan, jumlah itu akan di batalkan oleh nuffnang! Beruntunglah nuffnang! Sungguh Untung! Sekarang, aku sedang memikirkan tentang hal ini, adakah terus membiarkan atau melihat untuk kali ketiga. Kata orang, 3 kali perkara yang sama, ianya sememangnya benar. Aku tak cakap nuffnang penipu, cuma aku sangsi.