Mulakan perniagaan bermodalkan RM500. Entry ini terhasil selepas bacaan aku di blog En Titan. Apa yang menjadikan aku terkesan dengan penulisannya adalah, tak perlu melihat kepada keuntungan yang besar. Cuba capai keuntungan yang kecil, dan apabila berjaya capai, gandakan ia, dan apabila ianya berjaya dicapai, gandakan lagi keuntungan itu.



Apa yang membuka minda dan mata fikiran aku adalah, apabila kita berjaya mencapai target yang telah ditetapkan, dan kemudiannya, menyediakan target baru, dan berjaya juga mencapainya, kita akan memperolehi jalan mudah untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Aku beri contoh melalui pemahaman aku ya. Mulakan perniagaan bermodalkan RM500. Kemudian, cuba capai keuntungan sebanyak RM500 juga. Dalam bahasa mudah, Modal RM500 untung RM500. Apabila berjaya sahaja capai keuntungan itu, gandakan ianya kepada keuntungan sebanyak RM5000. Perlu memikirkan bagaimana caranya untuk mencapai target tersebut.



Apabila berjaya capai sahaja target yang telah ditetapkan, gandakan lagi target keuntungan anda. Apabila kita bermula dengan kecil, dan kita berjaya. Kita pasti mempunyai cara bagaimana untuk kita mencapai kejayaan yang lebih besar. Cuma, pesannya, biarlah ianya secara berperingkat. Dan jangan tergopoh gapah di dalam mencapai sesuatu target.

 1 lagi pesan En Titan adalah, jika perjalanan mencapai kejayaan itu adalah suatu yang sukar. Jadikan ianya mudah melalui perkongsian. Cari rakan kongsi yang ingin berjaya sama seperti kita. Jika tak cukup seorang, cari 3 orang. Jika 3 orang pun tak cukup, cari 10 orang. Jika 10 orang juga tidak cukup, carilah pekerja yang ingin sama-sama berjaya. Jangan hanya mencari pekerja bertujuan untuk menjadikan kita berjaya. Ini konsep kehidupan. Kita bantu orang, segala macam rancangan kita akan dipermudahkan.

Apa yang bermain di dalam minda aku sekarang adalah, bagaimana atau dalam bentuk apakah perniagaan yang ingin aku jalankan bermodalkan RM500. Jika di tanya pada aku, aku lebih gemar menjadi pengiklan ataupun jurujual. Orang lain bina produk dan aku jualkan. Aku suka kerjaya seperti ini.



Dalam kes ini, wife aku menjadi rakan kongsi aku. Hasilkan produk dan aku perlu memikirkan cara bagaimana untuk menjual produk tersebut. Macam yang aku cakapkan tadi, bekerja secara sendirian dan berpasangan adalah 2 konsep yang berbeza. Idea yang dikongsi akan menjadi lebih kreatif dan hebat. Jangan takut untuk berkongsi idea kerana manusia mempunyai idea yang berbeza-beza.

Aku perlu belajar bagaimana untuk melihat di balik pintu tanpa perlu membukanya. Ada sesuatu di dalam diri kita, jika dirangsang, akan menjadikan diri kita tersangat bernilai. Hmm, ada yang berminat nak join atau idea perniagaan bermodalkan RM500? Mari kita kongsi idea dan sama-sama berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan di dalam kehidupan kita.