Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat Terhadap Belanjawan Negara. Aku bukanlah seorang pakar ekonomi maupun pakar dalam bidang kewangan. Aku juga bukanlah orang cerdik pandai atau mereka yang layak untuk bercerita mengenai ekonomi. Tetapi aku adalah sebahagian daripada mereka yang bergelar rakyat malaysia. Dan aku juga adalah sebahagian daripada mereka yang akan/terkesan dengan setiap dari apa yang berlaku di negara tercinta ini.
Baik, aku pada awalnya, tidak terlalu memikirkan mengenai bajet 2016 ini. Sama seperti pembentangan sebelumnya. Tetapi pada tahun ini, aku tertarik untuk mengikutinya, memandangkan "kesan"yang diterima sejak kebelakangan ini sedikit mengusarkan ekonomi keluarga. Perkara pertama yang dirasai adalah mengenai GST. Aku pasti bukan aku sahaja yang merungut, malah ramai juga merasai perasaan yang sama.
Tak usah melihat kepada perkara yang besar, cukup kad tambah nilai sebagai contoh. Aku merasakan 1 perkara yang sangat tidak logik apabila kita perlu membayar lebih dengan penggunaan yang kurang! Kita perlu mengeluarkan RM10.60 untuk 1 kad tambah nilai dengan penggunaan bernilai RM10! Ini adalah suatu perkara yang tidak logik pada aku.
Kemanakah sumber pendapatan GST dibelanjakan?
Peningkatan Taraf Hidup.
Topik mengenai taraf hidup merupakan di antara salah satu daripada banyak topik yang sering dibualkan. Ramai yang mengatakan, peningkatan harga barang tidak seiring dengan taraf hidup rakyat. Cukuplah kita tengok pada peningkatan harga minyak. Kalau sebelum ini, belanja yang perlu kita keluarkan untuk pengisian minyak adalah biasa-biasa sahaja, tetapi sekarang, ianya menjadi luar biasa! Kita perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk penggunaan yang sama seperti sebelum ini.Bagi mereka yang berada jauh di perantauan, pasti merasai kesan ini. Belanja yang perlu dikeluarkan bagi kos bahan api meningkat! Dan tak salah jika aku katakan, mungkin ada yang menghadkan masa bersama keluarga mereka yang jauh akibat daripada permasalahan ini.
Kenaikan gaji setahun sekali dengan nilai kenaikan yang rendah, tetapi peningkatan harga barangan boleh dikatakan kerap. Jadi di dalam Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat agar ada usaha di dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti kami. Seperti yang aku katakan di awal tadi, aku bukanlah mereka yang bijak di dalam hal kewangan dan ekonomi, tetapi aku percaya, pasti ada usaha yang bernas di dalam menyelesaikan isu ini.
0 Ulasan