Bila sampai waktu di mana semua pekerja bakal memperolehi imbuhan (bonus) maka di waktu inilah kita akan melihat semua pekerja memperlihatkan "kesibukan" mereka.

Dan yang lebih menarik perhatian aku adalah, bila mana ada daripada mereka akan menunjukkan kerja mereka adalah di antara yang paling berat di antara kerja orang lain.


Mereka yang berada di bahagian "part supply", pasti akan beritahu, kerja mereka yang paling susah dan sukar.

Mereka yang bekerja di bahagian "production" pula akan beritahu kerja mereka yang paling susah di antara yang susah.

Sama halnya juga dengan pekerja-pekerja lain.

Dalam hal ini, siapa yang sering menjadi bahan ejekan dan cemuhan?

Jika di tempat aku, sudah pastilah mereka yang bekerja di bahagian pejabat. Ya! Mereka yang bekerja di pejabat sering menjadi bahan cemuhan, kerana dianggap sebagai kerjaya yang mudah.

Yelah, duduk office, sejuk, tak kotor, tapi sering dapat gred "A". Siapa yang tak jeles kan?

Aku ni mudah je. Bila ada orang cakap, kau bolehlah, kerja senang, "hisap kuat", bolehlah dapat yang best-best dari bos.

Aku akan cakap, bukan macam tu, kau kalau nak dapat pun boleh, tapi upgradelah diri. Cuba buat bahagian management pulak. Pergi "review" kerja dengan top management, buat slide dan present, setup produk baru, ha.

Yang bestnya, aku selalu dapat jawapan, Ahh, malaslah aku, baik kerja macam ni, tak sakit kepala nak fikir, datang kerja, hasilkan produk, tau-tau hujung bulan dapat gaji.

Kalau dah diri sendiri cakap macam tu, tak usahlah pertikaikan apa yang orang lain dapatkan? Sendiri yang taknak upgrade diri, bila orang lain dapat lebih, mulalah nak sakit hati.

Dalam kes ni, siapa yang perlu di persalahkan?