1.5 Juta Bangladesh Akan Dibawa Masuk Adalah Tidak Benar Sama Sekali


Malaysia akan membawa masuk 1.5juta pekerja Bangladesh adalah tidak benar sama sekali. Datuk Richard Riot, Menteri Sumber Manusia  menyangkal dakwaan yang negara ini akan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Bercakap pada satu sidang akhbar hari ini, Richard berkata persepsi itu adalah "tidak betul".

Sebaliknya, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh itu sebenarnya bilangan mereka yang telah mendaftar.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam oleh Malaysia dan Bangladesh, katanya, adalah seperti mana-mana MoU lain.

Apabila diberitahu yang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang mengumumkan angka itu, Richard berkata beliau lebih suka "berpegang kepada jawapannya".

Katanya, beliau berpegang kepada jawapannya bahawa angka 1.5 juta itu sebenarnya bilangan pekerja Bangladesh yang mendaftar di negara ini dan bukannya bilangan yang akan dibawa masuk.