http://ift.tt/1MGDfea

Mudahnya buat duit dengan 8Share. Rasanya aku baru je cashout duit 8Share ni. Walaupun tak banyak, tapi itulah duit pertama aku sejak melibatkan diri dalam blog ni. Aku bukanlah blogger sepenuh masa yang dapat income riban-riban hanya dengan blog. Dapat RM50 pun dah rasa bersyukur sangat daripada tak dapat langsung. Kan?

8share Malaysia Penipu.

Aku kurang pasti bila ada yang cakap pasal 8Share ni menipu. Mungkin disebabkan mereka merasakan mereka sudah iklan semua iklan yang ada pada 8Share tapi mereka tidak memperolehi apa-apa income darinya.

Suka aku ingatkan ya, 8Share juga mempunyai syaratnya yang tersendiri. Mana-mana medium pengiklanan di internet juga mempunyai syarat yang tersendiri. Jangan sesekali lakukan "fraud click" kerana ianya sememangnya salah. Kalau dengan Adsense, habislah. Silap-silap terus kena block. adoi!

Orait. berbalik kepada tajuk utama aku, Mudahnya buat duit dengan 8Share ni. 8share Adalah boleh dikatakan satu-satunya medium pengiklanan blog yang menawarkan bayaran yang tinggi pada 1 klik. Untuk 1 klik pada setiap iklan yang korang kongsikan, 8Share akan bayar RM0.20! Kira tinggi la tu kan? Ada medium pengiklanan lain yang bayar dalam beberapa sen sahaja bagi 1 iklan yang di klik. Ish!


http://ift.tt/1MGDfea

Korang nampak tak jumlah tu? Dah berjumlah RM4.80 dengan tambahan RM1.00. Walaupun tak banyak tapi ianya menunjukkan peningkatan yang agak tinggi pada aku. Rasa macam cepat je naik. Seronok pula hati ni. Hehehe. Kalau nak cashout, kena tunggu jumlah tu cecah RM50. Ini kalau aku rajin lagi share iklan dari 8Share, confirm hujung bulan ni leh cashout macam sesetengah blogger yang lain. Tapi jumlah ni tak sama dengan diarang lah, ada blogger yang dapat ratusan ringgit dengan 8Share ni. Aku bukan tipu ya, cuba korang cari. Memang ada blogger yang dapat banyak income dari sini.

Yang sebenarnya, boleh kalau nak dapat macam blogger lain tu. Tapi aku kena buanglah sifat malas yang ada dalam diri aku ni. Dah tau diri malas tapi ada hati nak dapat income besar dari blog, memang tak lah kan? Hehehe. Tapi kan, ikhlas aku cakap, tak susah mana pun nak buat iklan dengan 8Share ni. Diarang siap bagi korang ayat lagi macam mana nak buat iklan, kalau dah takda idea sangat, guna je ayat yang diarang kasi tu. Ha, mudah kan?

Aku kongsikan dengan korang, contoh-contoh iklan daripada 8Share. Korang boleh tengok dekat sini < Contoh iklan 8share & cara kongsikan di laman sosial>

Cara Buat Duit Dengan 8share.


Aku paling suka bila orang tanya, macam mana nak Buat Duit dengan 8share ni. Jawapan aku mudah je. Iklankan dekat blog dan facebook. Sebab itu jelah jawapan yang kebanyakkan orang akan kasi. Tapi apa yang kebanyakkan orang taknak kasitau adalah, macam mana nak beriklan dengan betul. Ha! Kalau kena dengan cara yang betul, silap-silap bukan ratus, ribu pun boleh dapat. Yeker? Hahaha.

Orait. orang kita, eh tak nak guna istilah orang kita, orang malaysia ni, mereka suka dengan ayat-ayat yang membuatkan mereka tertanya-tanya. Bila mereka tertanya-tanya, mereka akan terus klik iklan tu. Ha! lagi satu, nombor! Biasakan diri korang untuk gunakan nombor-nombor ganjil. Aku sendiri tak pasti kenapa ganjil dan bukannya genap. Tapi betul tau, orang akan lebih tertarik dengan tajuk-tajuk yang menggunakan nombor ganjil. Tak percaya, cubalah.

Cara Daftar 8share


Dah penat-penat bercerita pasal Buat Duit Dengan 8share ni, kenalah kasitau juga macam mana caranya nak register 8Share ni. Sebelum tu, korang kena tahu ya, 8Share ni ada banyak, ada 8share Indonesia, ada 8share Philippines, jangan tersilap register ya! Korang tengok dekat url dulu, pastikan ada MY dekat belakang, itu menunjukkan korang register dekat 8Share Malaysia.

Atau cara yang paling senang, korang klik je dekat URL ni. <http://ift.tt/1QaPFMK; dan isikan detail yang diperlukan. Yang paling penting, nama mengikut kad pengenalan dan no akaun bank. Jangan letak no akaun bank orang lain sudahlah yer. hehehe. Selepas itu, selamat beriklan dan menikmati income dari blog! hehehe.