Seekor Kambing Ditahan Polis Kerana Menceroboh Kebun Majistret


JANAKPUR: Seekor kambing dan pemiliknya ditahan polis daerah Koriya, dekat utara Chhattisgarh, India selepas haiwan ternakan itu menceroboh kebun di rumah seorang majistret.

Pemiliknya, Abdul Hassan didakwa melanggar beberapa seksyen Kanun Keseksaan India kelmarin kerana kambingnya memakan beberapa tumbuhan dan tanaman, serta merosakkan kebun majistret itu. Ketua Balai Polis Janakpur, RS Paikra memberitahu Hindustan Times, satu pendakwaan dikenakan terhadap pemilik kambing selepas tukang kebun majistret memfailkan aduan.

Hassan didakwa mengikut Seksyen 427 (melakukan kerosakan dan menyebabkan kehilangan atau kerosakan berjumlah 50 rupee dan ke atas) dan seksyen 447 (melakukan pencerobohan jenayah). Seorang polis yang enggan dikenali berkata: "Oleh kerana insiden ini ada kaitan dengan majistret HK Ratre, ia tidak boleh diabaikan.

Kambing itu pernah menceroboh kebun berkenaan pada 6 Februari dan sekali lagi pada Isnin." Menurut Paikra, Hassan pernah diarahkan untuk memantau haiwan ternakannya tetapi beliau dan mengulangi kesalahan itu. Kedua-duanya ditahan selepas laporan dibuat. Hassan meminta maaf dan mengakui kesilapannya Kejadian itu mendapat perhatian media sosial kerana ramai yang bersimpati dengan kambing berkenaan. Menurut satu Tweet: "Kambing tidak tahu undang-undang. Kita berdoa hakim memberinya pengampunan. Setiap kali mana-mana pegawai tinggi tersinggung, tindakan polis adalah berbeza, Jai Ho". - Agensi

Sumber