Tun Mahathir Bakal Ditangkap?


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa seolah-olah memberi amaran untuk menangkapnya gara-gara lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melalui catatan terbaharu di blognya, Tun Mahathir berkata, “ketua penerangan (Annuar) yang baharu kata saya melakukan ini kerana saya mahu ditangkap. Ini jelas boleh jadi satu amaran untuk menangkap saya.”

Sebelum ini, Annuar berkata tindakan berterusan Tun Mahathir yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mencetuskan persoalan sama ada beliau sedang merancang agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

Kata Annuar, sekiranya ada laporan polis dibuat berhubung kenyataan menghasutnya itu tindakan boleh diambil ke atas Tun Mahathir.

sumber