http://ift.tt/1MGDfea

Panduan masukkan No telefon Waris Pada Telefon Yang Di lock|Perkara yang tak semua orang suka tapi siapa kita untuk mengelak takdir adalah terlibat di dalam kemalangan. Bagi kemalangan yang melibatkan kecederaan dan masih sedar tidak menjadi masalah. Namun apabila ia melibatkan sesuatu yang lebih daripada itu, seperti pengsan atau Kemalangan Maut, ia akan menyukarkan orang awam maupun pihak berwajib untuk menghubungi waris mangsa kemalangan tersebut.

Masalah yang paling utama adalah mangsa mempunyai telefon yang "di lock". Ini sangat-sangat menyukar mereka yang ingin membantu dalam menghubungi waris mangsa. Akibat daripada permasalahan ini, proses pengurusan mangsa menjadi sukar dan mengambil masa yang sangat panjang.


Pernah aku berhadapan dengan 1 kemalangan jalan raya. Ramai pihak yang ingin membantu *termasuklah aku* ketika itu kerana mangsa pengsan akibat hentakan yang kuat. Namun semuanya berhadapan dengan masalah apabila telefon bimbit mangsa "di lock". Tujuan kami hanya 1, untuk menghubungi ahli keluarga atau saudara mara mangsa, untuk memberitahu apa yang berlaku kepada ahli keluarga mereka.

Hari ini, aku cuba untuk kongsikan Panduan masukkan No telefon Waris Pada Telefon Yang Di lock, bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Diharapkan dengan panduan ini, kita dapat membantu menguruskan dalam segala hal yang terlibat. InsyaAllah.

LENOVO

1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency
.
SAMSUNG

1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner information… Masukkan no telefon emergency
.
ASUS

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
.
XIAOMI

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.
.
IPHONE (APPLE)

To set, launch “Health” app & create Medical ID.

To access the info once Medical ID created:

1. Slide
2. Emergency

3. Medical id… Your emergency contact details will appear.

Semoga dengan perkongsian Panduan masukkan No telefon Waris Pada Telefon Yang Di lock akan memudahkan mereka yang ingin menolong untuk menelefon waris mangsa yang terlibat. Dan mungkin akan mempercepatkan segala urusan. Terfikir juga, ada baik dan buruknya juga ya kalau kita lock handphone ni. Hmm.