http://ift.tt/1MGDfea

Pengguna mengamuk bil TNB tak masuk akal|Macam-macam kes viral sekarang ni, belum habis cerita pasal Budak Kena Patuk Ular yang akhirnya meragut nyawanya, timbul pula kes Bil Tnb Mahal dan naik 2 hingga 3 kali ganda! Wow! Dan alasan yang diberikan pihak TNB *mengikut apa yang aku baca di laman sosial* adalah kerana Fenomena El Nino Dan Gelombang Haba yang sedang melanda malaysia ketika ini.

Bayangkan, daripada gambar yang dikongsikan di laman sosial Facebook, ada yang menunjukkan peningkatan yang seperti tak masuk akal! Penggunaan masih sama seperti sebelum ini, tetapi bayarannya berbeza. Kalau sebelum ini bil elektrik nya Cuma dalam puluh-puluh, tapi kini menjadi ratus-ratus! Ada yang sampai RM500 lebih pun ada!

Laman facebook Tnb Malaysia dilihat penuh dengan komen-komen yang menanyakan samada adakah benar Tarif Elektrik Naik lagi? Jika benar, maka kita semua terpaksa menempuh 1 lagi cabaran hidup yang getir! Belanja bulanan perlu di tambah 2 hingga 3 kali ganda! Kalau sebelum ni, kita Cuma letak belanja untuk bayar bil elektrik Cuma RM100 sebulan. Tapi kalau dah bil kena sampai RM200 lebih, dah tentulah kita kena memperuntukkan belanja untuk bil RM300 kan? Betul tak?


Aku sebenarnya masih kurang pasti lagi dengan cerita ni. Sebabnya, aku masih belum menerima bil elektrik bagi bulan ini. Tetapi, jika aku juga menerima jumlah yang tidak masuk akal, sudah tentu aku juga tergolong dalam Pengguna mengamuk bil TNB tak masuk akal. Yelah, semua pun dah sedia maklum dengan Cabaran Kenaikan Kos Sara Hidup Di Malaysia sekarang ni, takkan nak tambah dengan kenaikan bil elektrik pulak kan?

http://ift.tt/1MGDfea

http://ift.tt/1MGDfea


Kalau benar, bil elektrik naik mendadak macam ni, rakyat sederhana dan bawahan bukan perlu buat 2 kerja sahaja, malah lebih daripada itu! Dan bagi mereka yang suka pilih jalan mudah, akan buat sesuatu yang melanggar peraturan! Tidakkah ianya membebankan?


Aku Cuma berharap, ada penjelasan yang jelas daripada pihak TNB Malaysia mengenai isu Bil Elektrik Mahal ni. Cukuplah dengan beban yang kami hadapi sekarang. Usahlah di tambah lagi dengan beban hidup yang baru. Semoga kita semua, hidup dalam aman dan sentosa. Amin.