http://ift.tt/1MGDfea


Project interchange bloglist & Review Blog|Assalamualaikum & selamat pagi. Hari ini aku terasa tersangat lah malas dan penat. Mungkin disebabkan kurang rehat akibat daripada kepadatan kerja. Tapi apa pun, aku kena juga menulis. Sebabnya, kalau tak menulis, takda lah duit. Bagi mereka yang Jana Duit Dari Blog, mereka pasti faham dengan apa yang aku katakan ni. Orait! Siapa nak tukar bloglist dengan blog ceritaejoy?

Semalam aku terfikir 1 perkara. Apa kata aku buat 1 projek. Tukar bloglist dengan mana-mana pemilik blog yang bersetuju. Aku letakkan blog mereka dalam bloglist aku selama sebulan dan mereka juga melakukan perkara yang sama. Bukan itu sahaja, aku akan buat 1 review ringkas mengenai setiap blog yang join Project interchange bloglist & Review Blog ini.

Baik, apa kelebihan kalau join projek ini?

1) Kita boleh dapat “trafik “daripada setiap blog yang join Project interchange bloglist & Review Blog.

2) Kita boleh tahu “latest post” daripada blog yang join projek ini.


3) Kita boleh berkenalan dengan rakan-rakan blogger.

4) Mudah untuk blogwalking blog rakan-rakan lain.

Kita boleh kembangkan lagi atau kuatkan lagi jenama blog kita *melalui penulisan terbaik kita*
Dan banyak lagi kelebihan lain. Oleh yang demikian, aku rasa ada baiknya juga Project interchange bloglist & Review Blog ini. Yang penting, kena lah ada semangat sebagai blogger tu. Yelah, janganlah semangat pada awal je, bila dah lama sikit, dah mula malas nak update blog. Blog kita belum ada fungsi suara lagi, jadi kena lah rajin menulis ya! hehe.

Orait! Siapa nak join? Aku nak cari 10 BLOG SAHAJA untuk aku tempatkan di dalam Project interchange bloglist aku. Dan juga review ringkas bagi setiap blog yang join. Ahha! Syarat Nya mudah sahaja. Aku masukkan blog rakan-rakan yang join dalam bloglist aku, dan rakan-rakan juga perlu lah masukkan blog ceritaejoy dalam bloglist mereka. Kalau boleh, berikan tajuk Projek interchange bloglist.

Letakkan selama sebulan sahaja ya! Kemudian, bila cukup sebulan, aku akan tukar bloglist. Mencari rakan-rakan blogger yang lain, juga dalam jumlah yang sama, 10 BLOG SAHAJA. Dan juga review ringkas bagi setiap blog. Amacam? Ada yang nak join tak? Erks. Hehe.