www.ceritaejoy.com

Apakah perancangan cuti hari Malaysia anda? | Esok, 16 september 2016 adalah Hari Malaysia! Memang setiap tahun kita akan sambut. Kalau 30 ogos adalah hari kemerdekaan Malaysia, 16 september pula adalah hari di mana Negara Malaysia di istiharkan. Ok. Cuti panjang ni, jumaat, sabtu & ahad. Jadi, apa perancangan korang sempena cuti panjang ni?

Kebiasaannya, ramai yang bawa keluarga jalan-jalan. Mungkin ke pantai atau pusat bandar. Dan kebiasaannya juga, waktu musim cuti macam ni, bandar Melaka penuh sesak. Oleh yang demikian, aku lebih suka memerap dekat rumah bersama keluarga. Tapi, kadang-kadang tu, kesian pula pada anak-anak, mesti mereka bosan kan?

Yang sebenarnya, aku masih belum ada apa-apa perancangan lagi. Nak bawa mereka pergi mana. Dan biasanya, bila tiada perancangan bersama keluarga, aku akan masuk kerja. Siapkan semua kerja yang tertangguh. Tapi macam yang aku ada cakap tadi, kadang tu rasa kesian pulak tengok anak-anak. Tahu mereka bosan, duduk sahaja di rumah.

Bila duduk-duduk fikir, rasa macam nak bawa mereka jalan-jalan ke port Dickson. Lama juga tak ke sana. Dulu waktu bujang, kerap juga sampai port Dickson. Tapi, cuti panjang macam ni, mesti ramai orang, biasa lah kan, pusat peranginan. Bukan tak suka pergi tempat ramai orang, tapi fikir anak-anak. Takut mereka tak selesa, kita yang dewasa ni lainlah.

Lokasi kedua, pantai pengkalan balak. Pun lokasi biasa juga ni. Dekat juga dengan rumah. Kerap bawa mereka ke sini. Dapat berkelah pagi-pagi makan nasi lemak ayam pun best juga kan? Hehe. Tapi, kat sana, hiburan dia Cuma pantai sahajalah. Yang lain pada aku tiada.

Terakhir, klebang. Ini 1 lagi lokasi kegemaran kami sekeluarga. Kalau pergi pagi, bolehlah main layang-layang dekat padang tu. Kalau petang atau malam, anak-anak suka main air dekat area hujung padang tu. Tapi lokasi ni memang sentiasa dipenuhi orang, sebab ada banyak aktiviti dekat sini. Nak naik kuda pusing-pusing pantai pun boleh. Hehehe.

Itulah perancangan aku musim cuti hari malaysia ni. Malas nak pergi jauh-jauh. Sebab nak menyimpan untuk perancangan percutian hujung tahun dengan keluarga. Lagi pun, wife sekarang cepat penat, sebab membawa zuriat kami yang ketiga. insyaAllah. semoga semuanya dipermudahkan oleh yang maha esa. amin