Pages

komli

Tuesday, 15 November 2016

Lokasi percutian resort atas air terbaik

Lokasi percutian resort atas air terbaik

Lokasi percutian resort atas air terbaik | Bila masuk hujung tahun, ramai yang mula merancang percutian bersempena cuti sekolah yang panjang. Inilah waktu yang sesuai untuk melancong bersama orang tersayang dan anak-anak. Di antara lokasi percutian yang sering menjadi pilihan ramai adalah resort di atas air atupun banglo atas air. Percutian dengan kecantikan laut sangat menenangkan! Kali ini aku nak kongsikan 5 Lokasi percutian resort atas air terbaik seluruh dunia.


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Baros, Maldives.

Pulau Maldives sememang tidak asing lagi bagi rakyat malaysia. Dengan laut dan percutian yang indah, maka tidak mustahillah Maldives menjadi impian ramai orang. Deretan 30 villa atas air, ruang bilik yang luas, serta ruang berjemur peribadi menjadikan Baros, Maldives menjadi lokasi wajib kunjung buat mereka yang sukakan percutian resort atas air ini. Selain itu, meja makan di resort ini akan membuatkan anda seolah-olah sedang menikmati makanan yang lazat secara exclusive di tengah-tengah lautan!


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Four Seasons Resort Bora Bora, Tahiti.

Resort atas air ini terletak di French Polynesia dan 7 km dari Bora Bora Yacht Club. Lokasi percutian ini selain daripada menawarkan keindahan pantai serta facilities yang hebat, ia juga menawarkan pemandangan gunung yang sangat cantik!


Lokasi percutian resort atas air terbaik

St George’s Caye Resort, Belize.

Jika anda inginkan percutian bajet tetapi mahukan pengalaman suite atas air, St George’s Caye Resort, Belize adalah pilihan yang terbaik. “Six thatched-roof cabanas” di bina di atas tiang di Laut Caribbean dilengkapi secara ringkas dengan mosquito-net draped bed. Ianya termasuk juga bilik mandi peribadi, buaian di anjung dan macam-macam lagi. 


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Pulau pangkor, malaysia.

Nah! Malaysia juga memiliki percutian resort atas air terbaik dunia. Dikelilingi hutan hujan dan pantai berpasir yang bersih di sebuah pulau persendirian di luar pantai barat Malaysia, pulau pangkor adalah pilihan terbaik buat mereka yang inginkan percutian atas air ini. Setiap villa atas laut disini mempunyai katil bersaiz king, balkoni dan tab mandi yang besar dengan pemandangan laut. Dua kolam, dan dek yoga atau anda boleh mendapatkan rawatan di Spa Village?


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Amanpuri, Thailand.

Amanpuri, Thailand adalah resort mewah pertama yang dibuka dan masih yang terbaik sehingga hari ini. Berhadapan Pantai Pansea, ia merupakan sesuatu percutian idaman dan syurga buat pencinta alam semula jadi!

No comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts Consulting - Widget