tukar template blogspot

Tukar baju blog lagi | Rasanya dah banyak kali aku tukar template blogspot ni. Dah memang jenis aku macam gitu kut. Aku memang cepat bosan dengan apa sahaja yang berada di sekeliling aku. Memang semuanya kerap aku ubah, termasuklah blog ceritaejoy ni. Macam musim rayalah kan. Benda elok lagi, tapi habis ditukarnya semua. Hehehe.

Aku agak suka dengan template baru ni. Apa yang aku inginkan semua ada. Tapi secara terus terangnya, aku lebih gemarkan template dengan bahagian header yang besar! Sebabnya aku nak letak muka aku dekat situ. Hahaha. Blog aku kan. Tapi hingga ke hari ini, aku masih belum ada gambar yang betul-betul menarik minat aku.

Aku memang tak suka bergambar dan agak susah untuk mengambil gambar. Tapi bila masuk ke dalam dunia blog ni, aku kena ubahlah benda tu kan. Tak kan nak ambil gambar orang kemudian masukkan dalam blog kita pula. Adalah sangat baik jika semuanya adalah datang daripada kita sendiri. Baru ada indentiti dekat situ.

Apa pun, aku cuma nak beritahu yang template ceritaejoy sudah berubah. Dan aku sendiri tak berani cakap yang template ini akan kekal lama atau tidak kerana pastinya suatu hari nanti, ianya pasti bertukar. Hehehe. Korang macam mana pula?