Anak jatuh katil!|Ha,anak aku yang kedua jatuh katil malam tadi. Uish. Aku macam pelik. Macamana dia boleh jatuh, meniarap pun tak tahu lagi. Umur baru nak masuk 3 bulan. Aku tersedar sebab wife aku bising-bising suruh bangun buka lampu bilik. Orang kalau dah tertidur, kemudian di paksa bangun, memang pening kepala di buatnya kan. Aku bangun terus buka lampu. Tengok anak aku yang kecil ni dah menangis. Huh! Macamana anak aku boleh jatuh katil ni?

Lama jugalah dia menangis. Lepas wife dah peluk dan pujuk, barulah anak aku ni sambung balik tidur. Alhamdulilah wife aku ada dekat bawah. Kalau tidak, mesti anak aku jatuh atas lantai. Lagi parah di buatnya nanti. Lepas dah ada 2 orang anak ni, memang wife aku memilih untuk tidur di bawah *ada tilam single ya* sebagai persedian kes seperti anak jatuh katil ni, dan malam tadi betul-betul dia jatuh.


Sebenarnya, aku masih tercari-cari apakah punca terjadinya kes semacam ini. Mengikut rujukan dan pemantauan semasa, berikutan daripada laporan wife aku, anak kami mungkin dalam proses pembelajaran meniarap yang mana mengakibatkan beliau jatuh katil. Tetapi fakta kes menyatakan sebaliknya. Mengikut daripada kronologi yang aku buat berkaitan bagaimana anak boleh jatuh katil ni, tiada bukti-bukti yang mengukuhkan dakwaan wife aku ni. Hmm.

Bukti yang sangat kukuh adalah, waktu terjadinya anak jatuh katil ini adalah sekitar jam 0245. Waktu di mana anak-anak aku sedang nyenyak tidur. Ini sama sekali menidakkan dakwaan wife aku yang menyatakan anak kami dalam proses pembelajaran meniarap. Aku perlu mencari punca kepada pemasalahan ini.

Selepas bertungkus lumus, aku akhirnya mendapat jawapan dan bukti kes. Punca kepada terjadinya anak jatuh katil ini adalah, berlaku tolakan yang kuat dari pihak lain. Dan suspeknya adalah anak sulung kami. Yeah! Wahahahha. Memang tak lain tak bukan, anak sulung kami yang tolak. Takkan aku pulak kan? Mustahil. hehehe. Anak sulung aku rilek je tidur, walhal adik dia ni menangis sikit punya kuat lagi. Selamatlah wife ada dekat bawah. hish. Hehehe.