Polis Siasat WSJ Atas Kebocoran Maklumat Perbankan


Polis akan menyiasat WSJ atas laporan yang telah diterima untuk menyiasat bagaimana kebocoran maklumat perbankan seseorang itu berlaku. Ini berikutan kebocoran maklumat mengenai laporan bahawa dana 1MDB bernilai RM2.6 bilion didakwa disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer (1997) kerana akses secara tidak sah.