Punca telapak tangan kanan gatal. Dah seminggu lebih rasanya telapak tangan kanan gatal. Nak kata kena gatal kulit, kulit aku bersih je *puji diri sendiri* tapi kenapa masih gatal-gatal yer? Yang menjadikan aku semakin pelik, bukan sehari dua, tapi hampir seminggu. Kata orang tua-tua dahulu, kalau tapak tangan kanan gatal, itu tandanya nak dapat duit. Itu kata orang-orang tua. Kata rakan baik aku, nak minta penyepak kat muka. Mana satu ni? Hahahahaha.

Bila banyak persoalan, terpaksalah bertanyakan pada Mr google. Cuba untuk mencari entri-entri yang berkaitan. Dari bacaan dari blog ke blog, apa yang boleh aku rumuskan adalah, semuanya berkaitan dengan wang. Katanya, jika telapak tangan kanan gatal, ianya bermaksud anda akan beroleh wang dalam masa yang terdekat. Sebaliknya, jika telapak tangan kiri gatal, ianya bermaksud anda akan mengeluarkan sejumlah wang.

Mungkin ia hanyalah suatu kebetulan. Aku sendiri kurang pasti apakah ianya benar atau tidak, jika ya, syukur alhamdulilah. Jika tidak, sedikit pun aku tidak kecewa. Ialah, kenapa kita perlu berharap sahaja pada rezeki? Perlu ada usaha. Jika ada usaha, pasti ada habuannya. Jangan pula, atas sebab tangan kanan gatal, dah mula terbayang-bayang wang yang datang. Nanti lain pula jadinya. Kan?