Malapetaka besar bakal melanda September 2015. Ya. Inilah yang banyak diperkatakan di laman sosial ketika ini. Katanya akan ada ombar setinggi/sejauh 5km akan melanda. Dan mereka yang berada di kawasan tinggi seperti gunung sahaja yang akan selamat. Selain meminta orang ramai mula mencari perlindungan dengan segera.

Cerita ini aku baca di facebook aku awal pagi semalam. Sudah tentu bila terbacanya, hati aku sedikit takut. Bila kita baca, kita akan bayangkan. Bila kita bayangkan, pasti pelbagai perkara yang timbul di dalam minda kita. Lokasi yang selamat disebutkan hanya di kawasan pergunungan tanahair. Hanya di beberapa lokasi di malaysia.

Ramalan mengenai malapetaka yang akan melanda september 2015 ini, akan menghancurkan ramai umat manusia. Ianya berlaku disebabkan pergerakan bawah tanah yang sangat extreme. Katanya lagi, akibat daripada kejadian ini, akan menghasilkan ombak besar yang sekaligus akan menghancurkan tanah rata. Ini katanya.

Dalam mesej yang disebarkan juga, mengaitkan dengan kejadian gempa yang berlaku di sabah. Tak siapa yang tahu gempa bumi boleh terjadi. Negara malaysia dikatakan berada di luar lingkaran gempa. Tetapi, bila Allah menghendakinya, maka jadilah ia. Gunung sebesar gunung kinabalu juga boleh runtuh dan berubah bentuk. Oleh yang demikian, katanya lagi, kejadian ini pasti berlaku, cuma dirahsiakan sahaja daripada masyarakat umum. 


Persoalan sekarang adalah, apakah perkara ini benar-benar akan berlaku? Jika di tanya pada aku, jika ia sudah ketentuan Allah, ianya pasti berlaku. Tetapi usahlah percaya 100% dengan kabar angin seperti ini. Jika berlaku sekalipun, ianya secara kebetulan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada seorang pun manusia yang boleh terlepas daripadanya. Hanya mereka yang terlalu cintakan kehidupan dunia sahaja yang akan lupa akan perkara ini. Beribadatlah selagi mampu, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri juga.