Pages

komli

Friday, 30 October 2015

Blog Reviews : Kejupenyet.

http://ift.tt/1LXmbwm


Blog Reviews : Kejupenyet. Ada 3 nama pada blog ini. Nama pada URLnya adalah akukaudansesuatu. Orait dari url, kita mesti tengok pada header kan? Header nya lain pula, blogbabyshambles. Dan pemilik kepada blog ini adalah kejupenyet. Adakah nama ini merujuk kepada keju yang telah penyet? Jawapan ini hanya ada pada pemilik nama ini ya. hehehe.

Orait. Aku macam ada nampak bayang-bayang korea ni blog ini. Adakah pemilik blog ini juga meminati artis korea? Ayaks! Blog dengan niche LIFESTYLE dan PERSONAL BLOGGER ini banyak berkongsikan perihal diri dan semasa. Berlatar belakangkan warna hitam putih dan kaset. Ahha, kalau di nilai, pemiliknya memiliki jiwa old skool tetapi dengan nilai moden. Itu hanya pandangan mata aku sahaja ya! Hehehe.

Entry terbaru daripada kejupenyet, Renungan Jumaat yang indah. Aku merasakan entry ini ditujukan khas buat seseorang. Ayat kiasan yang diberikan menggambarkan hati dan perasaan manusia bukan milik manusia. Ianya adalah hak mutlak yang maha esa. Aku tak pasti samada ianya merujuk kepada kekasih hati atau orang lain. Kerana, ada bahasanya merujuk kepada seseorang yang dikasihi, sebagai contohnya:


"aku tahu kau impikan hidup berpanjangan di sisi aku"

Tetapi apabila kita melihat kepada ayat ini:


" kehilangan aku nanti mungkin bukan menyedihkan kau sebaliknya menggembirakan.. mungkin bukan membuatkan kau sepi sebaliknya semakin meriah hidup kau nanti.. aku tahu masih ramai yang menyayangi kau selain aku "

Apa pun maksudnya, aku bersetuju dengan kata-kata ini:


"Orang yang kamu sayang juga milik Allah, mereka tetap akan pergi walau dengan cara yang menyakitkan.

Pujuklah hati, bersabarlah"

Semua yang ada disekeliling kita adalah pinjaman. Kita tiada hak untuk mengatakan seseorang itu milik kita termasuklah anak-anak kurniaan yang maha esa. Semuanya hanyalah pinjaman sementara. Sampai masanya nanti, kita akan pulangkan semula apa yang telah dipinjamkan kepada kita. Tidakkah kita patut berasa malu kerana segala yang kita ada hanyalah pinjaman??

Baiklah, jom kita ramai-ramai pakat singgah ke blog kejupenyet di http://ift.tt/1LXmbwm. Selain daripada mengeratkan ukhwah sesama blogger, kita juga bertukar pendapat dan pandangan. Kan? Jom-jom, cepat-cepat ke sana! ya!

Thursday, 29 October 2015

Blog Reviews : MUMMY IDA.

MUMMY IDA

Blog Reviews : MUMMY IDA. Aku lanjutkan lagi blog reviews yang kedua. Hmm, blog dengan header yang simple. Jarang sebenarnya aku jumpa dengan blog wanita yang simple. Selalunya, blog kaum wanitalah yang penuh dan sarat. Al Maklumlah, sifat mereka yang sukakan kesempurnaan dan kecantikan. Betul tak?


Jom kita menelusuri blog ini. Mummy ida adalah pemilik blog http://ift.tt/1WgOf7U. Tengok nama blog sahaja dah nampak apakah  niche utama blog ini kan? Cuba teka, apakah produk utama yang banyak dikongsikan di blog ini? Ahha! Pandai pun! Shaklee! Hmm, bagus juga produk ni kan? Yelah, kalau tak bagus, dah tentu tak banyak blog yang kongsikan pasal produk ni kan? Ha, sebelum terlupa, mummy ida adalah pengedar shaklee di area kemaman, terengganu ya!


Mummy ida adalah seorang surirumah dan memiliki 2 orang anak. Bila bercakap mengenai surirumah, aku tahu ada yang memandang rendah kepada mereka. Katanya mereka hanya duduk di rumah dan menjaga anak. Aku cuma nak kasitau, surirumah yang menjaga anak, adalah di antara kerjaya paling sukar di dunia! Sungguh aku cakap ni. Ingat senang ke nak jaga anak? Kalau senang, tak mungkin kita tengok video surirumah "berbayar" yang memperlakukan anak kecil semacam...hmm. Tak sanggup aku nak habiskan ayat aku ni.


Hmm, selain daripada menjual produk-produk shaklee, blog mummy ida juga banyak berkongsikan tips kesihatan dan tips mengenai penjagaan anak-anak. Bagus juga ya, selain daripada berniaga, kita kongsikan juga ilmu-ilmu yang kita ada, inshaAllah, ilmu yang ada semakin bertambah, perniagaan juga semakin berkembang. kan?


Baiklah, jom kita sama-sama terjah blog mummy ida di http://ift.tt/1WgOf7U. Shhh, untuk mereka yang mencari-cari petua cepat hamil, nah! Ada dikongsikan di blog ini! memang benar anak itu rezeki dari Allah, tapi kita perlu juga berusaha. orait! Jom ke sana ke sekarang!

Blog Reviews : mulan-sahbanu

Miss BaNu StoRy

Blog Reviews : mulan-sahbanu. Alhamdulilah, harini aku diberi kesempatan untuk mulakan projek segmen review yang aku lancarkan baru-baru ini. Alhamdulilah juga, sebanyak 19 blog telah menyertai segmen ini. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi sokongan kepada blog ceritaejoy. Baiklah! Kita mulakan dengan blog yang pertama, http://ift.tt/1LXmbwk/.

Blog dengan warna tema biru. Ahha! blogger dari penang! hye, kita dari serumpun yang sama. Ala, kedah dengan penang, bukan jauh pun, kan? Tapi percaya tak, selama aku hidup, baru 2 kali aku masuk penang. Hahahaha. Yang pertamanya, waktu hantar adik lelaki aku masuk sekolah teknik dekat balik pulau. Dan yang keduanya, sewaktu ambil adik aku abis sekolah teknik. Ahha! hehehe.

Baiklah, menyusuri blog ini, apa yang aku lihat dengan mata kasar, banyak menceritakan mengenai hiburan. Kalau di teliti dengan lebih detail, blog mulan-sahbanu banyak bercerita mengenai isu-isu semasa dan review mengenai drama korea! Ahha, teringat seorang rakan blogger yang pernah direview blognya oleh aku. Hantu korea! hahahaha. Selain itu, pemilik blog ini juga ada buat review mengenai produk-produk dan juga pengiklanan.

Ahha! Aku terlepas pandang! Pemilik blog ini juga meminati novel. Hmm, perempuan, mesti minat novel+drama+cerita korea. Kan? Ala aku tahu, walaupun bukan semua, tapi hampir kebanyakkannya memiliki minat yang sama. Aku ada 3 orang adik perempuan + 2 orang adik ipar perempuan, dan mereka memiliki minat yang sama. Aku juga dah jumpa banyak blog wanita yang berkongsikan perkara yang sama. Jadinya, rumusan aku adalah betul. kan? Cuma aku belum jumpa lagi lelaki yang meminati perkara-perkara ni. Aku tahu ada, tapi aku belum jumpa. Hehehe.

Orait, jika korang mencari-cari info mengenai drama terbaru, juga rancangan terbaru atau info mengenai drama korea, korang boleh singgah ke blog http://ift.tt/1LXmbwk. Bagi orang yang kurang menonton televisyen seperti aku ni, kalau singgah ke blog ni, dapatlah tahu apa yang top dekat tv sekarang ni. Sekurang-kurangnya, bila orang dok berbual dengan rest area, takdelah aku senyap je. kan? hehehehe. Jom terbang ke blog Mulan-sahbanu!

Wednesday, 28 October 2015

Sedih tanpa sebab?


Pernah tak korang rasa sama macam aku rasa sekarang. Korang rasa sedih tapi taktau kenapa. Tiba-tiba je rasa tu datang. Sama macam aku, pagi ni aku rasa sedih + bosan yang amat, tapi aku tak tau kenapa dan apakah puncanya aku bersifat sedemikian rupa. Pelik! Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku pada masa mendatang, mana kita tahu kan? Hmm.


Dari sudut pemikiran positif, aku rasakan, mungkin terlalu banyak yang aku simpan di dalam fikiran aku. Bermacam masalah. Apabila sampai pada hadnya, inilah jadinya, makan diri. Sebab apa aku cakap macam ni, sebabnya aku pernah mengalaminya 1 masa dulu. Bila terlalu banyak yang aku pendam dalam diri aku ni, bila sampai ke tahap aku tak mampu nak tanggung, ia makan diri. Hmm.

Dari sudut agama, mungkin aku dah terlalu jauh daripada yang maha esa. Aku terlalu memikirkan dunia. Hingga lupa kepada semua perkara di sekeliling aku. Semuanya kerana aku perlu memikirkan ekonomi keluarga yang memaksa aku melebihkan banyak masa aku kepada kerja. Anak-anak, isteri dan juga yang maha esa, terlalu sedikit masa yang aku luangkan untuk mereka. Allahurabbi.

Harini, aku sedih tanpa sebab.

Tuesday, 27 October 2015

Keunikan budaya asia (unique culture of asia)

unique culture of asia

Keunikan budaya asia (unique culture of asia). Asia sememangnya memiliki budaya yang tersendiri dan unik. Asia memberikan anda pengalaman berharga yang mungkin tidak akan diperolehi di tempat lain. Kunjungan aku ke blog blogger malaysia, pojiegraphy, membuka lembaran baru dalam sudut pandangan mata aku kepada keunikan budaya di asia.

Negara jiran kita, indonesia (Indonesian Culture) merupakan salah satu negara yang memiliki budaya yang unik di dunia. Ada di antaranya langsung tidak pernah didengar oleh kebanyakkan orang, walaupun mereka juga berasal daripada asia! Sebagai contohnya *melalui bacaan aku di blog pojiegraphy* di selatan sulawesi, terdapat sebuah lokasi yang di namakan Tana Toraja (Tana Toraja In North Sulawesai).



Lokasi ini pada aku bukanlah sebuah lokasi pelancongan biasa, kerana tarikan utama di Tana Toraja adalah "KEMATIAN". Ya! Kalau kita search keyword mengenai lokasi ini, antara yang paling banyak di paparkan adalah  Tana Toraja Funeral,Tana Toraja Exhume dan Tana Toraja Dead Baby. Bunyinya sememangnya menggerunkan bukan? Sehinggakan ada blogger yang mengatakan, di sana, anda boleh melihat mereka yang mati hidup semula!

Upacara pengebumian di Tana Toraja dikatakan memerlukan belanja yang sangat besar. Berbanding kita di malaysia, yang mana perbelanjaan terbesar banyak digunakan di dalam urusan perkahwinan. Jadi, jika anda seorang yang extreme, Tana toraja di sulawesi ini adalah lokasi terbaik untuk anda. Jika di tanya pada aku, aku lebih memilih untuk berada di bali atau Lombok Indonesia, hehehe.

Bercerita mengenai tarikan budaya di asia, malaysia juga memiliki budayanya yang tersendiri. Jika di lihat di negeri seperti sabah dan sarawak, mereka juga memiliki etnik dan budayanya yang tersendiri. Aku masih teringat cerita seorang rakan aku, mengenai kisah pemburu kepala borneo. Mendengarnya sahaja sudah cukup mengerunkan bukan? Namun ini adalah cerita zaman dahulu, kini ianya sudah menjadi sejarah. Dan jika anda berminat, anda boleh mendalami sejarah ini. Tapi haruslah diingat, aku tidak mengatakan mereka pupus ya.

Asia sememangnya menawarkan pengalaman unik kepada mereka yang berkunjung ke sini. Tak hairanlah kenapa ramai pelancong daripada benua lain memilih asia sebagai lokasi utama percutian mereka. Teringat aku kepada kata-kata seorang rakan backpackers:


" Jika diberi peluang untuk kita menjelajah ke seluruh pelosok dunia, kita memerlukan keseluruhan kehidupan kita untuk melakukannya"

Senarai peserta Segmen Review Blog Oleh ceritaejoy.


Senarai peserta Segmen Review Blog Oleh ceritaejoy. Orait, aku ada buat segmen mudah beberapa hari lepas. Tujuannya hanyalah satu, melatih diri aku melihat dengan lebih luas kelebihan orang lain yang mungkin boleh diserap masuk ke dalam diri aku. Kadang-kadang, kita merasakan diri kita hebat, tapi bila kita melangkah dan mula melihat "dunia luar" kita akan rasa betapa kerdilnya ilmu yang kita ada.

Dalam segmen mudah ini, peserta segmen ini akan diberi backlink. Blog anda akan kekal di dalam entry blog ceritaejoy dan mana-mana pengunjung yang singgah ke blog ceritaejoy dan membaca entry berkaitan blog anda, akan terus di bawa ke blog anda. Menarik bukan? hehehe.

Aku bukanlah sesiapa, bukan juga memiliki nama yang besar, bukan juga memiliki blog yang berkualiti. Tetapi aku punya rasa yang kuat untuk melakukan perkara ini. Tak perlu menunggu sesuatu untuk melakukan sesuatu. Jika kita rasa kita sudah bersedia, teruskan sahaja niat kita. Jika berjaya, cuba untuk melakukan yang lebih baik. Jika kecundang, bangun dan teruskan berusaha!

Baiklah, aku telah membuat keputusan bahawa 20 blog yang menyertai segmen ini akan direview blognya oleh aku. Sebenarnya, jumlahnya mungkin lebih daripada itu, tetapi aku takut aku tak sempat nak buat dan mungkin menyebabkan mereka yang join segmen ini terpaksa menunggu berbulan lamanya. Ish! Baiklah, Berikut adalah senarai blog yang terpilih:

1. http://ift.tt/1LXmbwk
2. http://ift.tt/1WgOf7U
3. http://ift.tt/1LXmbwm
4. www.amysyeera.com
5. http://ift.tt/1WgOhg5
6. http://ift.tt/1LXmdUX
7. http://ift.tt/1PcMRhn
8. http://ift.tt/1gZSIJ6
9. http://ift.tt/1WgOhg7
10. http://ift.tt/1LXmdUZ
11. http://ift.tt/1WgOf7W
12. http://ift.tt/1LXmbME
13. http://ift.tt/1WgOf7Y
14. http://ift.tt/1LXmebh
15. http://ift.tt/1WgOhg9
16. http://ift.tt/1JkxORq
17. http://ift.tt/1WgOf80
18. http://ift.tt/1LXmbMK
19. http://ift.tt/1WgOf82
20. 

Orait. Tahniah kepada peserta yang terpilih. Tinggal 1 kekosongan sahaja. Dan di harap kesemua peserta bersabar ya. Macam yang aku ada cakap sebelum ni, aku bukanlah blogger sepenuh masa, jadinya masa aku adalah terhad dengan blog. Tetapi jangan risau ya, aku akan cuba usahakan secepat mungkin. InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi ya!

Lakonan suspek kelar pelajar tingkatan 5 tidak menjadi.

Sungguh aku malas nak update blog!


Sungguh aku malas. Aku buka blog, baca komen yang ada dan kemudiannya blogwalking blog rakan-rakan blogger. Rajin aku tengok rakan-rakan blogger malaysia yang update blog mereka. Macam-macam cerita mereka kongsikan. Tapi blog aku, nak hasilkan 1 cerita pun ambil masa yang lama. Hmm.

Baru je kejap tadi singgah blog HH. Baca entry mengenai Trafik Blog Sedikit Bukan Bermakna Tidak Bagus. Kata sifu, cara untuk mendapatkan trafic yang tinggi untuk blogger baru seperti aku adalah dengan sentiasa update blog. Maksud update blog disitu adalah dengan hasilkan entry baru setiap hari. Hmm, nampak mudah tapi sukar sebenarnya pada aku. Yelah, idea nak menulis tu ada, cerita yang nak dikongsikan itu ada, cuma kerajinan itu je yang takda. Adoi!


Kata orang, perkara paling susah nak tolong adalah, mereka yang malas. Yelah, kalau dah malas, tak boleh buat apa la. Sama contohnya dengan mereka yang nak jadi kaya, tapi malas usaha, memang tak jadi baranglah kan? Hmm. Selama aku berblogging ni, aku perasaan, aku hanya mampu menulis dalam masa-masa tertentu sahaja. Waktu pagi dan malam. Kalau waktu-waktu macam ni, ha, inilah jadinya. Ke korang pun sama aku?

Kalau dah waktu pagi dan malam sahaja boleh menulis, kenapa tak update blog waktu itu? Baik, ini jawapan aku, waktu pagi, masa yang aku ada memang singkat. Dari jam 0800 hingga jam 1000 sahaja. Waktu malam? Malam adalah waktu aku bersama dengan anak-anak. Tunggu mereka tidur? Dengan aku-aku tertidur. Hahahahaha.

Itu yang aku cakap tadi, penyakit malas ni memang takda ubat. Korang nampak tak, ada je alasan yang aku bagi kat atas tu? Hahahaha. Yang sebenarnya, boleh je nak menulis, tapi saja je, dah nama pun malas. Kan? Hehehe. Cerita malas nak update blog pun dah boleh hasilkan 1 cerita bebelan dekat blog ceritaejoy ni. Untung sebenarnya penyakit malas ni, kalau kena dengan gayanya lah. Orait! Aku nak g amik angin jap, kalau-kalau rajin tu datang ke. Hihihi.

Monday, 26 October 2015

Malaysia dipenuhi orang gila?

harian metro

Malaysia dipenuhi orang gila?. Seram sejuk aku dibuatnya bila baca berita mengenai seorang remaja perempuan yang maut dikelar di lehernya. Dia di temui di dalam keadaan berselimut oleh ayahnya sendiri. Dan suspek yang membunuh mangsa telah pun di tangkap dan kini di reman. Mengikut bacaan di surat kabar, suspek dikatakan cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.


Hanya cemburu! Hey! Belum nikah lagi, belum ada apa-apa ikatan, sampai macam tu sekali dibuatnya anak orang! Dah kenapa? Apa masalahnya? Aku makin pelik dengan sekelompok manusia yang dengan sewenang-wenangnya memperlakukan manusia lain sesuka hati mereka. Gila ke? Bila baca berita macam ni, teringat aku pasal kes remaja perempuan yang dikelar di lebuh raya. motifnya juga sama kan?

Nyawa manusia bukan murah! Tak boleh beli dekat mana-mana pun. Suka hati je nak perlakukan macam tu? Nak besarkan anak bukan senang. Sampai kepada orang yang mental macam ni, dibuatkan serupa itu. Huh!

Budak-budak ni pulak, kalau kita sekat kebebasan mereka, memberontak. Bila dah jadi macam ni, apa pun dah tak guna. Nak buat apa lagi kan? Bila kita cakap macam ni, orang akan cakap, yang kita dah berada di dalam akhir zaman. Yang mana ramai orang gila! Salah satunya, ha inilah.

Sungguh aku makin risau. Mana taknya, aku ada adik perempuan. Jauh pula daripada aku. Nak pantau selalu pun, tak boleh. Dikatanya kita ni kawal kehidupan mereka. Tapi kalau benda-benda macam ni berlaku, siapa yang tak risau kan? Biarlah nak cakap apa pun, janji perkara semacam ni, dijauhkan daripada aku dan keluarga aku.

Bila jadi kes macam ni, bunuh anak orang. Kena tangkap, terus mengaku gila. Daripada pandai bercakap-cakap, bila masuk dalam mahkamah, terus tak paham dengan apa yang hakim cakap. Yang normal automatik gila. Yang mendengarnya, teruslah naik gila. Itu yang jadi macam-macam tu. Nak cakap banyak pun tak boleh, apa yang mampu kita buat, berdoa dan kenal pasti dengan siapa adik atau anak kita berkawan. Jangan pernah percaya dengan mereka yang normal. Sebabnya, mereka secara automatik boleh jadi gila bila benda macam ni berlaku. Huhuhu.

Kisah seram : Jangan Siram Pokok Waktu Malam.


Kisah seram : Jangan Siram Pokok Waktu Malam. Ada tak dekat sini, yang suka siram pokok waktu malam sama macam aku? Aku sebenarnya, bukan suka siram pokok waktu malam, tapi itu sahajalah waktu yang ada untuk aku bersama pokok-pokok kesayangan aku. Setelah 1 hari penat bekerja, dan selepas aku menghabiskan masa bersama anak-anak aku, aku mesti akan berikan masa untuk bersama pokok aku.


Tetapi segalanya berubah baru baru ni. Bila aku siram pokok waktu malam je, mesti anak-anak aku tak boleh tidur malam. Aku sendiri pun tak pasti kenapa, tapi itulah yang terjadi. Mulanya aku tak percaya, tapi lepas aku buat eksperimen, memang ada kaitannya. Aku cuba untuk tidak siram pokok dalam sehari dua, elok je anak-anak aku tidur malam. Aku cuba pula siram 1 hari, tak tenteram anak-anak aku. Semua tak boleh tidur. Huh! Ini memang pelik.

Yang menjadikan ianya lagi pelik adalah, bila aku ambil wuduk dan baca beberapa surah, elok je anak-anak tidur sampai ke pagi. Ha, kan pelik bunyinya tu? Dan macam biasalah, wife aku, dia dianugerahkan oleh Allah dengan sedikit kelebihan. Soalan dia cuma 1 je dengan aku:

“Ada siram pokok tak tadi? Kan dah pesan, jangan siram pokok, sayang kacau rumah dia”

Ha? Kacau rumah sapa? Itukan pokok-pokok aku, dah kenapa aku nak kacau rumah orang? Huh! Sungguh aku pelik. Aku balas la balik kata-kata wife aku:

“ini je masa yang saya ada untuk siram pokok. Tak siram nanti, mati pulak diarang. Lepas tu, rumah sapa pulak yang saya kacau? "

Wife aku Cuma cakap:

“kaki awak tu, yang awak pijak tu, dekat dengan rumah diarang”

Aku yang dengar, Cuma tersenyum jelah. Yelah, dah kenapa nak buat rumah dekat area pasu bunga rumah aku kan? Yang buatkan aku jadi lagi stress dengan wife aku, bila mana dia suruh aku tanya dengan “benda” tu, kenapa buat rumah dekat area tu. Ha? Dah kenapa?? Boleh pulak nak main tanya-tanya kan? Huhuhu.

Wife aku ada cakap lagi, dia cuma nampak jalan berwarna emas dan perak. Lepas tu, aku cakaplah dengan wife aku:

“ Ha! Emas! Bagus tu. Cuba tanya dia ada lebih tak? Hahahaha.”

Saturday, 24 October 2015

Segmen Review Blog Oleh ceritaejoy.


Segmen Review Blog Oleh ceritaejoy. Aku masih terfikir-fikir, apakah keputusan aku ni betul atau tidak. Tetapi kata orang, tak cuba, tak tahu. Jadinya, aku rasa aku perlu cuba. Ahha! Harini aku nak buat segmen. Segmen yang aku rasakan antara paling mudah dan di antara paling ramai pemenangnya. Hahahaha. Aku tidak meletakkan syarat yang terlalu banyak. Kerana apa? Kerana aku sendiri tidak berminat dengan segmen yang memerlukan kita buat banyak kerja. Biarlah simple. Itukan lagi mudah, Ye idok?

Baiklah. Apakah syaratnya? Syaratnya adalah, mulanya korang mestilah jadi rakan pada blog ceritaejoy. Syarat yang keduanya adalah, mereka yang sudah direview blognya oleh ceritaejoy, tidak akan direview lagi. Hehehhe. Dan yang ketiganya, namapun ramai pemenang, jadinya, di harap korang bersabarlah hendaknya. Yelah, aku bukannya blogger sepenuh masa, jadinya, masa untuk menghadap blog tu kuranglah. Yer.

Baik. Macamana nak sertai Segmen Review Blog Oleh ceritaejoy ini? Ahahaha. Macam yang aku cakap tadi, aku suka yang simple. Jadinya, kalau korang nak blog korang di review, korang cuma perlu komen dekat bahagian bawah entry ini sahaja. Sertakan juga URL blog korang. Mudah kan? Tarikh tamat segmen ini? Hmm, aku pun tak pasti, tapi aku ada meletakkan syarat untuk blog yang aku akan review. Nanti aku dah terfikir, aku komenlah pada bahagian bawah ini ya.

Orait, Itu sahaja. Harapnya ada lah yang sudi join ya! Hehehhe. Selamat bersegmen semua!

Friday, 23 October 2015

Senarai Penuh Bajet 2016.

intipati bajet 2016

Senarai Penuh Bajet 2016. Disebabkan semalam aku tidak berkesempatan untuk mengikuti pembentangan bajet 2016, harini aku mencari-cari dari 1 blog ke 1 blog, apakah intipati bajet 2016. Tujuannya adalah satu, di antara kesemua bajet yang dibentangkan, yang mana satu melibatkan aku secara keseluruhannya. Aku kongsikan ianya di blog ceritaejoy dan mari kita melihat, senarai penuh bajet 2016 ini.

Tema bagi bajet tahun 2016 ini adalah "Mensejahtera Kehidupan Rakyat". Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu :

1) Memperteguh ketahanan ekonomi negara
2) Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau
3) Mempersiaga modal insan
4) Memperkasa agenda bumiputera
5) Meringankan kos sara hidup rakyat.

Intipati Bajet 2016.


* Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.

* RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan


* RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion

* Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.

* Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.

* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016

* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion

* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion

* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion

* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi

* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion

* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)

* Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

* Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017

* Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS

* Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS

* Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank

* Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya

* RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak

* Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka

* RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu

* Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka

* Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016

* Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017

* Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022

* Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020

* Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura

* Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan

* SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut

* RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv

* RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar

* RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah

* RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah

* Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara

* Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada

* RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi

* RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia

* Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan

* RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade

* RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih

* RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah

* RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016

* Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP

* RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris

* Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!!


Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!!. Untuk kedua kalinya, cashout aku tidak berjaya bersama nuffnang. Dan untuk kedua kalinya, aku dituduh melakukan aktiviti tidak sah. Dan atas alasan yang demikian, segala wang terkumpul dibatalkan. Aku tak cakap Nuffnang Penipu, tapi apabila 2 kali aku berhadapan dengan perkara yang sama, aku mula sangsi.

Fraud click! Apa Itu Fraud Click? Ia merupakan penipuan klik dengan menekan iklan berulang kali demi menjana pendapatan untuk pemilik blog. Persoalannya, aku sendiri tak pernah klik iklan yang keluar dekat blog aku, apatah lagi dengan alasan berulang kali! Pada awal dulu, sewaktu aku memasang iklan nuffnang di blog, memang ya, aku klik iklan yang ada pada blog aku. Tujuannya supaya "earning" aku cepat naik.

Tetapi akhirnya, apabila aku cuba untuk cashout, pendapatan dari hasil online itu di tolak. Dan alasannya adalah Fraud Click. Itu sewaktu awal dulu. Dan belajar atas kesilapan itu, aku belajar mengenainya. Tetapi akhirnya, aku menerima alasan yang sama! Kalau korang, korang dah pernah kena, adakah korang akan melakukan perkara yang sama? Dah terang-terang korang takkan buat lagi kan?


Aku sengaja tak mahu tunggu jumlah duit nuffnang ni besar. Sebabnya, aku takut benda macam ni jadi. Dan inilah hasilnya, Ditolak dengan alasan Fraud Click. Juga dengan alasan, meminta rakan-rakan blogger klik iklan yang ada di blog ceritaejoy. Seingat aku, aku tak pernah minta sapa-sapa yang datang ke blog ini untuk klik semua iklan yang ada. Itu paksaan namanya, kan?

Bayangkan, jika jumlah yang ada adalah RM50. Adakah klik korang yang menjadikan jumlah sedemikian? Kalaupun korang klik 1 kali pada iklan, jumlah itu akan di batalkan oleh nuffnang! Beruntunglah nuffnang! Sungguh Untung! Sekarang, aku sedang memikirkan tentang hal ini, adakah terus membiarkan atau melihat untuk kali ketiga. Kata orang, 3 kali perkara yang sama, ianya sememangnya benar. Aku tak cakap nuffnang penipu, cuma aku sangsi.

Thursday, 22 October 2015

Tutorial cara check pagerank blogspot anda

Kelebihan Handphone Yang Boleh Masuk Air.


Kelebihan Handphone Yang Boleh Masuk Air. Banyak sebenarnya kelebihan mereka yang memiliki handphone yang boleh masuk dalam air ini. Kelebihan itu aku rasakan lebih banyak kepada mereka yang sudahpun bergelar ibubapa termasuklah aku. Zaman sekarang ni canggih, kalau dulunya, kena pakai cover bagai untuk handphone, tetapi sekarang dah tak perlu, macam tu je dah boleh masuk dalam air.

Yelah, kalau kita fikir logik, siapa yang saja-saja nak masukkan handphone dia dalam air. Kan? Mesti handphone yang termasuk dalam air tu, adalah secara tidak sengaja. Dan bila sebut secara tidak sengaja, sempatla pulak nak pasang cover bagai. Tul tak? Jadinya, adalah menjadi kelebihan yang sangat besar kepada mereka yang memiliki Handphone Yang Boleh Masuk Air ni.


Orait. Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal handphone masuk air ni? Ahha! Jawapannya adalah, handphone aku dah masuk dalam air! Dan orang yang bertanggungjawab memasukkannya ke dalam air adalah, tidak lain dan tidak bukan, anak sulung aku!! Argh!! Tensionnya! Sungguh aku tension!

Kali pertama, dia tuang air milo dekat handphone aku. Waktu tu sempat lagi nak selamatkan. Tapi kali ni, dia terus rendam dalam baldi! Warghh! Puas aku cari, mana la handphone aku ni, call punya call tak dapat, cari tempat yang biasa cari, pun takda. Akhirnya, waktu nak masuk bilik air, melepaskan hajat yang tertunda, aiks! Benda apa dalam baldi ni? Ha?? huhuhuhuhu.

Nak marah memang tak boleh, dia bukan tahu apa. Pada mereka, semua benda dekat sekeliling, adalah mainan. Atau juga dia terpengaruh dengan iklan tv *mungkin dia tengok iklan handphone boleh masuk dalam air* dia punya terus cuba. Sifat ingin tahu budak-budak ni kuat. Tapi sifat marah dalam diri pun sama kuat juga. Ish! Ish!

Nak marah banyak-banyak pun tak boleh. Takut terencat nanti pelajaran anak-anak. Jadinya, angkat itu handphone, kasi hantar kedai. Hmm, berapalah kena bayar nanti. Larilah bajet bulan ni, dahla esok ada pembentangan bajet 2016, time ni jugalah handphone nak masuk air. Mungkinkah aku perlu memikirkan untuk memiliki handphone yang boleh masuk air? Hmm.

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com


Ahha. Jom jom segmen blogwalking ini dengan hanya click pada banner di atas. :)

Wednesday, 21 October 2015

GIVEAWAY : Duit Saku Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Hati aku mudah tersentuh kalau..

Demam Kepialu : Simptom dan bagaimana ianya tersebar.


Demam Kepialu : Simptom dan bagaimana ianya tersebar. Malaysia di serang demam kepialu! Dalam bulan oktober 2015, sebanyak 32 kes dicatatkan. Daerah Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong sebanyak 8 kes, 4 kes di Lembah Pantai dan 4 kes di Cheras. Walau Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan sehingga kini.

Maksud Demam Kepialu.

Demam kepialu atau demam paratyphoid (typhoid fever) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa berlaku di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.


Bagaimana ianya tersebar?

Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan gerai makanan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan di dalam lesen perniagaan makanan. Elakkan membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu dalam sesuatu kawasan.

Simptom Demam Kepialu

Antara gejala atau simptom demam kepialu termasuklah:

- Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
- Cirit birit
- Sembelit
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sakit badan / lemah / letih lesu
- Kurang selera makan
- Batuk tanpa kahak
- Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
- Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
- Bengkak limpa dan hati

Jika tidak dirawat, pesakit boleh mengalami gejala ini secara berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya.

Ubat Demam Kepialu

Rawatan yang biasa diberi ialah fluoroquinolone seperti ciprofloxacin. Rawatan juga boleh menggunakan ceftriaxone atau cefotaxime. Demam kepialu yang dirawat dengan cara yang betul tidak membawa maut. Antibiotik seperti ampicillin, chloramphenicol, trimethoprim-sulfamethoxazole, amoxicillin, dan ciprofloxacin, boleh digunakan untuk merawat demam kepialu. Pembedahan biasanya dibuat dalam kes usus yang pecah atau bocor.

Langkah Mencegah Demam Kepialu

1) Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan

2) Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya

3) Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buah-buahan, makanan dari penjaja tidak berlesen semasa berlakunya wabak.

4) Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.

5) Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan

6) Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu

7) Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan najis yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam

8) Hanya gunakan air bersih di dalam penyediaan makanan

Tuesday, 20 October 2015

Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat Terhadap Belanjawan Negara.


Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat Terhadap Belanjawan Negara. Aku bukanlah seorang pakar ekonomi maupun pakar dalam bidang kewangan. Aku juga bukanlah orang cerdik pandai atau mereka yang layak untuk bercerita mengenai ekonomi. Tetapi aku adalah sebahagian daripada mereka yang bergelar rakyat malaysia. Dan aku juga adalah sebahagian daripada mereka yang akan/terkesan dengan setiap dari apa yang berlaku di negara tercinta ini.

Baik, aku pada awalnya, tidak terlalu memikirkan mengenai bajet 2016 ini. Sama seperti pembentangan sebelumnya. Tetapi pada tahun ini, aku tertarik untuk mengikutinya, memandangkan "kesan"yang diterima sejak kebelakangan ini sedikit mengusarkan ekonomi keluarga. Perkara pertama yang dirasai adalah mengenai GST. Aku pasti bukan aku sahaja yang merungut, malah ramai juga merasai perasaan yang sama.




Tak usah melihat kepada perkara yang besar, cukup kad tambah nilai sebagai contoh. Aku merasakan 1 perkara yang sangat tidak logik apabila kita perlu membayar lebih dengan penggunaan yang kurang! Kita perlu mengeluarkan RM10.60 untuk 1 kad tambah nilai dengan penggunaan bernilai RM10! Ini adalah suatu perkara yang tidak logik pada aku. 



Kemanakah sumber pendapatan GST dibelanjakan?

Juga bagi  Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat adalah untuk mengetahui kemanakah kutipan GST ini dibelanjakan/digunakan. Kami sangat pasti, kutipan cukai ini bukanlah di dalam jumlah yang sedikit. Oleh yang demikian, kami sebagai rakyat juga berhak untuk tahu kemanakah ianya digunakan.

Jika sumber GST ini dikembalikan kepada rakyat di dalam bentuk bantuan subsidi, kami merasa senang kerana kami tahu, jumlah yang kami keluarkan ini, sebenarnya adalah untuk kesenangan kami. Oleh yang demikian, harapan kami adalah besar, untuk mendengar penjelasan yang telus mengenai cukai GST ini.

Antara lain harapan kami adalah mengenai harga rumah. Kalau kita tengok harga rumah sekarang menjadi terlalu mahal. Dan boleh dikatakan ramai yang mengalami kesukaran di dalam membeli rumah pertama. Aku bersyukur kerana sudah pun memiliki rumah pertama. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang belum memiliki rumah? Adik beradik aku pun tak semuanya memiliki rumah sendiri.

Kami berharap agar ada 1 bentuk bantuan bagi mereka yang ingin memiliki rumah pertama terutamanya bagi golongan muda. Juga mengenai kawalan harga rumah. Agak susah untuk kita mendengar harga rumah dalam lingkungan RM200k. Pernah aku utarakan hal ini dengan rakan-rakan sewaktu ingin membeli rumah awal dulu. Kata mereka, ada harga rumah yang lebih murah daripada ini, tetapi lokasinya, nun jauh ke dalam.

Bila difikirkan, lokasi yang jauh daripada tempat kerja dan kemudahan awam yang ada, boleh menyebabkan peningkatan belanja keluarga. Ianya juga boleh menyebabkan kesukaran di dalam urusan seharian keluarga. Bila kita utarakan hal ini, jawapan yang biasa di terima adalah:

"Kalau tak nak duduk jauh terperosok, beli saja rumah yang dekat ni, tapi harga sendiri mau ingatlah"

Bila ada konsep pemikiran seperti ini, aku sangat pasti, ramai orang yang tidak berkemampuan *untuk membeli rumah dengan harga tidak masuk akal* akan dipaksa untuk tinggal jauh nun di pedalaman. Dan membenarkan golongan kaya raya memonopoli kehidupan bandar dan pinggir bandar. Dan bila akhirnya, bila ianya semakin teruk, akan ada ramai orang yang tidak mempunyai rumah sendiri dan dipaksa untuk hidup di mana sahaja.

Peningkatan Taraf Hidup.

Topik mengenai taraf hidup merupakan di antara salah satu daripada banyak topik yang sering dibualkan. Ramai yang mengatakan, peningkatan harga barang tidak seiring dengan taraf hidup rakyat. Cukuplah kita tengok pada peningkatan harga minyak. Kalau sebelum ini, belanja yang perlu kita keluarkan untuk pengisian minyak adalah biasa-biasa sahaja, tetapi sekarang, ianya menjadi luar biasa! Kita perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk penggunaan yang sama seperti sebelum ini.

Bagi mereka yang berada jauh di perantauan, pasti merasai kesan ini. Belanja yang perlu dikeluarkan bagi kos bahan api meningkat! Dan tak salah jika aku katakan, mungkin ada yang menghadkan masa bersama keluarga mereka yang jauh akibat daripada permasalahan ini.


Kenaikan gaji setahun sekali dengan nilai kenaikan yang rendah, tetapi peningkatan harga barangan boleh dikatakan kerap. Jadi di dalam Pembentangan Bajet 2016 : Harapan Rakyat agar ada usaha di dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti kami. Seperti yang aku katakan di awal tadi, aku bukanlah mereka yang bijak di dalam hal kewangan dan ekonomi, tetapi aku percaya, pasti ada usaha yang bernas di dalam menyelesaikan isu ini.

Lupakan tentang SEO! Mula fokus pada content.


Lupakan tentang SEO! Mula fokus pada content. Aku baru selesai baca perkongsian yang menarik yang ditulis oleh Jon Morrow, CEO of Boost Blog Traffic. Aku mengambil masa yang lama untuk memahami 20 langkah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan daripada blog. Ada 2 sebab kenapa aku mengambil masa yang lama, yang pertama adalah kerana aku tidak faham bahasa english dan keduanya, tulisannya memerlukan kita berfikir.

Baik. Daripada 20 langkah yang dikongsikan beliau, ada satu perkara yang membuatkan aku berfikir terlalu lama. Seo! Ya! Seo adalah sangat penting bagi sesebuah blog. Aku akui, semasa aku baru-baru buat blog dan mungkin hingga ke hari ini *sebelum aku baca tulisan Jon Morrow* minda aku hanya fokus, aku perlu tingkatkan Seo blog ceritaejoy.



Boleh dikatakan, hampir setiap hari aku akan mencari Seo Blogspot Tutorial. Ini membawa aku kepada banyak blog. Dan paling banyak dan boleh dikatakan 1 gedung ilmu Seo adalah pada blog Pakar Seo Malaysia, Hasrul Hassan. Disini, kita boleh mempelajari pelbagai ilmu mengenai Seo.

Tetapi, apa yang aku lakukan adalah salah *belajar Seo tidak salah Ya!* Mengikut bacaan aku, ramai blogger baru sering melakukan kesilapan ini termasuklah aku. Kesilapan yang bagaimana? Hanya fokus pada Seo tetapi tidak pada content. Tidak ada maknanya jika blog kita mempunyai Seo yang hebat tetapi tidak mempunyai Content Yang Menarik.

Apabila blog yang kita bangunkan mempunyai content yang berkualiti, kita telah berjaya membina identiti yang tersendiri dan yang paling hebatnya, blog kita mula mendapat trafik carian tanpa melakukan apa-apa! Hebat bukan? Bayangkan kita menulis 1 artikel yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Dan ianya sememangnya memiliki content yang berkualiti. Selesai menulis, kita kongsikan di blog kita. Dan tanpa kita sedari, tulisan kita itu memberikan trafik yang berterusan kepada blog kita, walaupun ianya telah berada bertahun lamanya di blog kita.

1 lagi yang menjadi ingatan kepada aku adalah, semakin panjang tulisan anda, semakin besar trafik yang akan datang ke blog anda. Ahha! Pastikan juga tulisan anda mempunyai keyword carian yang hebat! Oleh yang demikian, jom sama-sama kita belajar menghasilkan content yang berkualiti dan mula menulis dengan panjang! Harapnya korang janganlah bosan ya! Hehehehe.

Monday, 19 October 2015

Kita buat dulu.


Income Dari Blog. Dunia blogging di malaysia semakin meriah dengan pertumbuhan ramai blogger-blogger baru yang hebat dan mantap! Ini membuktikan, blog kini menjadi antara medium penting kepada masyarakat malaysia. Tak kurang juga menjadi medium pendapatan kepada pemiliknya. Ramai blogger yang dah Dapat Duit Dari Blog.

Namun, fokus aku kali ini adalah, pada mereka yang mengharapkan atau dalam kata mudahnya, lebih kepada paksaan kepada pengunjung untuk memberikan mereka wang. Mungkin bahasa aku sedikit kasar di situ, tetapi inilah hakikatnya. Bukankah ianya milik pengunjung samada mahu memberikan wang atau tidak?

Sebelum aku pergi lebih detail kepada ceritaejoy hari ini, meh aku ceritakan, Cara Mendapatkan Income Dari Blog. Antara cara yang paling mudah adalah memasang iklan di blog. Dan sumber pendapatan pemilik blog diperolehi daripada "click" pengunjung pada iklan-iklan yang ada. Antara iklan yang terkenal adalah adsense, nuffnang dan 8share.

Baik. Macam yang aku cakap tadi, sumber pendapatan pemilik blog adalah daripada "click" pengunjung. Jadinya, ada pemilik blog yang pada aku, memaksa pengunjung untuk click iklan mereka. Dan ianya pernah terjadi kepada aku! Bilamana aku menerima soalan daripada pemilik blog yang bertanyakan, adakah aku sudah klik iklan di blog beliau.

Ok. Terus terang aku cakap, aku tak kisah pun kalau nak klik iklan yang ada pada blog rakan-rakan aku sebanyak mana pun. Sebabnya hanya 1, aku tidak perlu mengeluarkan barang sesen pun. Kita faham, bukan semua orang nak keluarkan wang mereka untuk kasi pada orang lain. Mungkin mereka takut jadi miskin. Tapi kalau tak perlu keluarkan apa-apa, pun tak boleh nak kasi juga, ini aku kurang faham. Aku tidak maksudkan sesiapa ya dengan ayat ini, aku menulis secara terbuka.

Aku lebih gemarkan konsep kita buat dulu. Maksudnya, kalau kita nak orang klik iklan kita, kita perlu klik iklan orang dulu. Mudah sahaja konsepnya kan? Kalau kita rajin klik iklan rakan blogger malaysia yang lain, tak mustahil ramai pengunjung yang akan singgah, dan klik iklan korang pulak. Sama halnya dengan sedekah. Jika kita rajin bersedekah, insyaAllah, harta yang kita ada semakin berkembang. InsyaAllah.

Yang sebenarnya, dalam bentuk apa pun, kita perlu lakukan dahulu. Contohnya, kita mahu orang sentiasa berkata baik dengan kita, tetapi kita sendiri kerap berkata kasar dengan orang lain, apakah kita akan memperolehi apa yang kita inginkan? Sudah tentu tidak bukan? Jadinya, kita buat dulu, insyaAllah, apa sahaja yang kita inginkan, akan datang dengan sendirinya.

Ok?

Baguette Paling Panjang Di Dunia.


Baguette Paling Panjang Di Dunia (world's longest baguette). Guinness World Records telah mengesahkan baguette sepanjang 122 meter adalah yang paling panjang di dunia dalam 1 acara di Milan Expo 2015 World's Fair. Kira-kira seramai 60 pembuat roti Perancis dan Itali bekerja hampir tujuh jam sehari untuk menghasilkan baguette ini. Ianya dikatakan mempunyai ciri-ciri lembut di tengah dan berkerak di luarnya.



Cabaran yang paling besar di tempuh oleh kesemua daripada mereka yang terlibat adalah untuk memastikan tiada sebarang kerosakan pada baguette ini selain berhadapan dengan masalah suhu. Pembuat Nutella dari itali menyokong perusahaan untuk mengalahkan rekod yang dipegang oleh rangkaian pasar raya Perancis iaitu baguette sepanjang 111 meter (364 kaki) .



Apa yang paling menyeronokan adalah, selesai sahaja diumumkan sebagai baguette terpanjang di dunia, ianya di potong dan di sapu dengan nutella dan kemudiannya dikongsikan dengan beratus-ratus pengunjung yang melihat upacara paling bersejarah itu. Ia adalah rekod dunia keempat direkodkan sepanjang 6 bulan expo tersebut berlangsung dan salah satu daripadanya adalah pizza sepanjang 1,5954 kilometer!

Kelebihan Bloglist Di Blog Sendiri.


Bloglist Blogspot. Ramai yang memperkatakan, adalah menjadi satu kelebihan kepada blog kita apabila berada di dalam bloglist rakan lain. Sememangnya ianya memberikan 1 kelebihan kepada pemilik blog tersebut, apatah lagi apabila berada di dalam sebuah blog besar. Tetapi dalam edisi kali ini *macam nak jual produk pula kan? * aku nak kongsikan kelebihan bloglist di dalam blog kita sendiri. Ahha!



Baik. Mungkin ada yang cakap, tiada kelebihan, tapi aku nak juga cakap, ada kelebihannya bloglist di dalam blog kita sendiri. Aku tidak menghadkan mana-mana blog pun, untuk berada di dalam bloglist ceritaejoy. Ini adalah kerana, aku bukanlah sesiapa untuk melakukan perkara sedemikian. Aku hanya dikenali rakan-rakan terdekat sahaja. Kalaupun, 1 hari nanti aku menjadi terkenal *insyaAllah* pasti ada ruang untuk kalian berada di dalam bloglist ceritaejoy. Ya!

Orait. Apakah kelebihannya? Ini berlaku kepada aku sendiri. Apabila aku cuba search tajuk entry blog ceritaejoy di enjin carian. Tujuannya adalah untuk melihat samada tajuk itu berjaya berada di halaman utama. Alhamdulillah, ada beberapa tajuk yang berada di halaman pertama. Aku teruskan carian dan apa yang berlaku adalah, aku dibawa kepada rakan-rakan yang memaparkan blog aku di bloglist mereka.

Bayangkan, dari sini kita akan mendapat traffic secara percuma hanya dengan memaparkan blog rakan lain di blog kita. Kalau masih ada yang belum nampak, konsepnya mudah. Macam ni, katakan aku masukkan blog A kedalam bloglist aku. Dan blog A sememangnya kerap menulis entry-entry yang berkualiti. Setiap kali blog A memuat naik entry baru, ianya juga terupdate di blog aku.

Dan jika ada pembaca yang mencari tajuk berkaitan penulisan yang bersangkutan dengan tulisan di blog A, mereka juga akan di bawa ke blog aku. Hebat kan! Senang-senang je dapat traffic. Hehehe. Jadi siapa yang cakap, bloglist di blog kita tidak bagus?

Oleh yang demikian, aku menyeru kepada semua, masukkanlah blog aku di dalam bloglist kalian semua. Hahahaha. Gurau sahajalah. Jadi itulah yang aku lihat, jika kita pandai memilih blog dan kemudiannya meletakkan blog itu di dalam bloglist kita, maka sudah pasti, kita boleh memperolehi pageview yang tinggi tanpa menulis apa-apa di blog. Hebat bukan?

Sunday, 18 October 2015

Genius: Kelebihan Atau Boleh DiPelajari?


Genius: Kelebihan Atau Boleh Dipelajari?. Assalamualaikum dan selamat pagi. Manusia genius. Terdapat ramai Manusia Genius Di Dunia. Namun fokus aku kali ini adalah, manusia genius yang berjaya dan kaya raya. Ya! Ada manusia genius yang hanya pintar pada pemikiran mereka namun mundur di dalam kehidupan. Ianya mungkin diakibatkan oleh kepintaran maksima yang di miliki mereka.

Orait. Persoalan aku sekarang adalah, pemikiran genius ini adalah satu kelebihan atau ianya boleh dipelajari? Kenapa aku berfikiran seperti ini? Baik. Ada segelintir daripada kita, yang dulunya adalah manusia biasa. Namun, selepas mempelajari sesuatu, mereka tiba-tiba berubah menjadi manusia luar biasa. Manusia dengan kuasa luar biasa!


Fokus aku adalah di dalam kewangan. Mereka yang dahulunya, berniaga kecil-kecilan, tiba-tiba berubah menjadi seorang pemilik perniagaan yang besar! Hanya dengan perkongsian ilmu daripada mereka yang pintar. Ini menunjukkan bahawa, pemikiran genius itu tidak mutlak kepada seseorang. Dalam erti kata lainnya, manusia yang lahir sebagai biasa-biasa, mampu menjadi manusia luar biasa hanya dengan mempelajarinya!

Persoalan sekarang yang timbul adalah, bagaimana untuk mengasah pemikiran genius ini? Dengan siapa? Apa yang perlu dilakukan? Pelbagai persoalan yang timbul di dalam hati dan naluri aku ketika ini. Sesiapa pun, jika di tanya, pasti mahu menjadi manusia luar biasa. Ianya 1 konsep pemikiran yang luas. Namun pada aku, aku ingin menjadi manusia luar biasa dari segi kewangan.

Orait. Aku sekarang lebih terarah kepada jana pendapatan secara atas talian. Bila aku sebut saja pasal buat duit online ni, pasti ada yang kongsikan Cara Mudah Jadi Kaya Di Internet ataupun Buat Duit Mudah Dengan Internet. Bila sebut "mudah" pasti ada yang merasakan ianya tidak seperti yang digambarkan. Kerana, bukan mudah sebenarnya proses menjana income ini. Pelbagai onak duri yang perlu di tempuhi untuk berjaya menjadi seperti yang kita inginkan.

Jadinya, aku perlu mencari seseorang atau perlu mencari sesuatu, bagaimana untuk mengaktifkan pemikiran genius manusia. Aku sangat percaya, setiap manusia dilahirkan dengan pemikiran yang genius. Cumanya, samada ianya berfungsi ataupun sekadar tidur di dalam pemikiran seseorang itu. Inilah Kunci Kekayaan Dunia yang disimpan oleh ramai orang yang sudahpun berjaya di dalam kehidupan mereka. Kunci Kekayaan Langit Dan Bumi!
Powered by Jasper Roberts Consulting - Widget