Kisah seram : Jangan Siram Pokok Waktu Malam. Ada tak dekat sini, yang suka siram pokok waktu malam sama macam aku? Aku sebenarnya, bukan suka siram pokok waktu malam, tapi itu sahajalah waktu yang ada untuk aku bersama pokok-pokok kesayangan aku. Setelah 1 hari penat bekerja, dan selepas aku menghabiskan masa bersama anak-anak aku, aku mesti akan berikan masa untuk bersama pokok aku.


Tetapi segalanya berubah baru baru ni. Bila aku siram pokok waktu malam je, mesti anak-anak aku tak boleh tidur malam. Aku sendiri pun tak pasti kenapa, tapi itulah yang terjadi. Mulanya aku tak percaya, tapi lepas aku buat eksperimen, memang ada kaitannya. Aku cuba untuk tidak siram pokok dalam sehari dua, elok je anak-anak aku tidur malam. Aku cuba pula siram 1 hari, tak tenteram anak-anak aku. Semua tak boleh tidur. Huh! Ini memang pelik.

Yang menjadikan ianya lagi pelik adalah, bila aku ambil wuduk dan baca beberapa surah, elok je anak-anak tidur sampai ke pagi. Ha, kan pelik bunyinya tu? Dan macam biasalah, wife aku, dia dianugerahkan oleh Allah dengan sedikit kelebihan. Soalan dia cuma 1 je dengan aku:

“Ada siram pokok tak tadi? Kan dah pesan, jangan siram pokok, sayang kacau rumah dia”

Ha? Kacau rumah sapa? Itukan pokok-pokok aku, dah kenapa aku nak kacau rumah orang? Huh! Sungguh aku pelik. Aku balas la balik kata-kata wife aku:

“ini je masa yang saya ada untuk siram pokok. Tak siram nanti, mati pulak diarang. Lepas tu, rumah sapa pulak yang saya kacau? "

Wife aku Cuma cakap:

“kaki awak tu, yang awak pijak tu, dekat dengan rumah diarang”

Aku yang dengar, Cuma tersenyum jelah. Yelah, dah kenapa nak buat rumah dekat area pasu bunga rumah aku kan? Yang buatkan aku jadi lagi stress dengan wife aku, bila mana dia suruh aku tanya dengan “benda” tu, kenapa buat rumah dekat area tu. Ha? Dah kenapa?? Boleh pulak nak main tanya-tanya kan? Huhuhu.

Wife aku ada cakap lagi, dia cuma nampak jalan berwarna emas dan perak. Lepas tu, aku cakaplah dengan wife aku:

“ Ha! Emas! Bagus tu. Cuba tanya dia ada lebih tak? Hahahaha.”