Pages

komli

Sunday, 29 November 2015

Benarkah Yus jambu meninggal dunia?


Benarkah Yus jambu meninggal dunia?. Pagi tadi, sewaktu aku sarapan di cafe, sambil-sambil makan tu, sempat juga la tengok rancangan dekat tv3. Dalam rancangan tu, mereka berceritakan mengenai pelawak yus jambu. Aku sebenarnya, masih kurang pasti apa yang mereka bualkan, sebabnya aku fokus nak makan je, tapi dari riak dan penggunaan bahasa yang mereka gunakan, semacam ada sesuatu yang tak kena.

Sudahnya, ada seorang rakan sekerja yang makan dekat sebelah aku cakap. "Eh, yus jambu meninggal dunia la". Aku yang ngah sedap layan kue tiau goreng dengan telur mata, berhenti sekejap. Ha? Betul ke? Aku pun stopla sekejap makan, buka FB, cari berita tu betul ke tak. Lepas belek-belek kisah cinta tak kesampaian, cerita-cerita motor, dan ucapan selamat pagi dekat wall, aku jumpa berita ni dekat status Abang afdlin shauki.


Al-fatihah! Memang benar yus jambu meninggal dunia. Mengikut berita yang di sampaikan, beliau meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung. Ini adalah petikan berita daripada BH Online:

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.

Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus.

"Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," katanya kepada BH Online. 

Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

Gambar terakhir yus jambu sebelum meninggal dunia.

Dalam pada aku mencari berita dan cerita mengenai kisah Yus jambu meninggal dunia, aku terjumpa dengan 1 gambar yang di katakan gambar terakhir arwah sebelum beliau meninggal dunia.

Melalui cerita yang disampaikan, arwah tersangat letih ketika itu, dan di katakan juga, terdapat "kalimah Allah" pada dahinya. Apa pun, itu adalah kuasa Allah. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada arwah pak yus. Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah.

Gambar yang dikatakan gambar terakhir arwah.

Thursday, 26 November 2015

Gangguan Usus Pada Bayi!!


Gangguan Usus Pada Bayi!!. Aku ada kongsikan masalah yang aku hadapi baru-baru ni. Ianya mengenai kisah anak bongsu aku yang meragam dan serba tak kena. Ada aku ceritakan dalam cerita ini : Minta bantuan pada semua blogger. Aku memang sedia maklum dengan Masalah Kembung Perut Bayi.

Aku dah cuba macam-macam Petua Kembung Perut Bayi, tapi semuanya tak berkesan. Dari situ aku syak macam ada yang tak kena. Sebab apa, bila tidur malam, bayi aku kerap menangis, dan setiap kali menangis, dia akan merengkukkan kaki dia. Ha! Tak pelik ko?



Bila semua benda tak menjadi, aku ambil langkah terakhir, jumpa pakar kanak-kanak. Yang sebenarnya, wife aku ni tak berapa suka jumpa doktor *walaupun sebelum ni dia bekerja di sebuah hospital swasta sebagai pembantu seorang doktor pakar! Hish!*. Tapi bila semua benda tak menjadi, aku paksa juga dia untuk bawa anak kami jumpa doktor pakar.

Awalnya, semuanya berjalan lancar. bayi kami seronok bermain. Terjerit sana sini! Macam takda apa yang berbeza. Sewaktu dalam pemeriksaan doktor, dia ada kasitau, yang sesetengah bayi mengalami Masalah Pada Usus Besar! Aku macam tak amik port sangat sebenarnya bila doktor tu bercerita panjang.

Tapi lepas buat pemeriksaan ultrasound *yang check perut tu* doktor tu cakap terdapat Gangguan Usus Pada Bayi!! Ha? Gangguan apa pulak ni? Doktor tu terangkan yang usus kecil dah tersumbat dalam usus besar!

Apa benda tu? Kenapa boleh jadi macam tu? Adoi! Aku sempat juga search dalam ternet, tapi tak jumpa apa-apa info pun pasal benda ni. Adoii! Serabutnya! Bila kami balik semula ke klinik, doktor pakar tu advice kami untuk masukkan bayi kami ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut.

Ceritaejoy macam ni, apa sahaja yang melibatkan wad dan memerlukan anak-anak kami tinggal di sana adalah suatu perkara besar bagi wife aku! Dia tidak akan sesekali membenarkan perkara seperti itu terjadi. Melainkan kes-kes besar yang memerlukan rawatan segera. Kalau ianya masih ada jalan lain, dia akan usahakan untuk itu. Berbeza dengan aku yang banyak berkata Ya! pada semua perkara. 

Dan atas alasan itulah, wife aku sekeras-kerasnya tak mahu bayi kami masuk wad. Aku guna logik akal, ada ke rawatan traditional yang boleh betulkan usus? Dan masalah itu terjadi pada bayi! Bukan orang dewasa!

Haish! Semak sungguh pemikiran aku ni. Bayi kami pulak hilang selera makan. Jadinya badan lemah. Nak senyum pun payah. Hmm. Beriya-iya aku hagah anak aku tu, dia buat derk je. Hmm. Yelah, badan tak sedap, ayah dia pulak ajak main-main, memang tak kena la kan. Adoi!
Aku masih cari lagi penyebab kepada Gangguan Usus Pada Bayi ni. Yelah, kita kena tahu, apa yang menyebabkan benda ni jadi, mesti ada sebab dan pasti juga ada jalan penyelesaiannya. Korang bayangkan, doktor pakar tu cakap, kalau ubat tak mampu betulkan balik usus bayi kami ni, diarang akan bedah dan potong sedikit usus tu! Ha?? Kalau korang??

Sekarang, aku dengan wife tengah usaha cari penawar. Semalam, kami ada jumpa seorang pakcik ni. Kata orang dia memang pakar dalam bahagian urut dan anggota badan manusia. Dah tua dah. Duk area bukit katil. Bila dia pegang je bayi kami, ayat pertama dia, "Ha, usus berbelit ni, duk belakang hati". Ha? 

Dia cakap cara kami angkat bayi tu salah. Itu yang bagi Gangguan Usus Pada BayiDia ada ajarkan cara yang betul. Lepas tu dia "betulkan" usus bayi kami. Uish! Aku tengok pun macam erks! Lepas tu dia suruh kami pegang perut anak kami tu, memang betul, kalau sebelum ni, ianya sedikit keras, tapi yang ini lembut betul. Patutlah ramai yang datang untuk mengurut dan betulkan urat.

Apa pun, kami kena datang 3 kali. Jadinya, semalam dah pergi, tinggal harini dan esok. Ahad, kalau bayi kami sihat dan cergas seperti biasa, syukur kepadamu ya Allah, Jika masih sama, aku akan kembali paksa wife aku untuk hantar anak kami ke hospital.

Semoga segala yang buruk di jauhkan daripada kami. Amin.

Tuesday, 24 November 2015

Mengaku tidak bersalah!


Mengaku tidak bersalah! Saya mengaku tidak bersalah dan minta di bicarakan! Pesalah hanya mengangguk tanda memahami dengan apa yang bicarakan oleh hakim. Persoalannya sekarang, adakah terlalu ramai manusia yang memegang status gila di dalam kelompok manusia kini??

Makin pelik aku dengan sikap manusia sekarang. Bila tertangkap dek kerana kesalahan yang dilakukan, dengan mudah je cakap mereka tidak bersalah. Dah tu, yang ada mangsa tu apa? Takkan suka-suka je mangsa tu nak sakit?


Ada kes tu pulak, siap ada video rakaman, siap ada saksi, pun dibantainya tidak mengaku bersalah. Minta di bicarakan. Nak bicara apa? Apa yang kau nak buktikan? Kau nak kasitau yang kau cuba untuk mempertahankan diri? Daripada siapa? Kalau cuba untuk mempertahankan diri, dah tentu-tentu kau pun kena pukul, tapi dalam kes ni, kau yang memukul. Haish!

Malas la nak usik cerita mereka yang normal tiba-tiba je mengaku gila. Siap ada kes lampau lagi. Dah bunuh orang, tertangkap, masuk mahkamah, terus jadi gila, terus tak paham dengan apa yang hakim cakap, habis tu, yang sebelum ni, kau hidup sorang-sorang ke? Bahasa apa pulak yang kau guna? Takkan tiba-tiba je terus tak paham apa orang cakap?

Manusiakan, kalau dalam situasi genting, apa pun mereka sanggup buat. Janji diri boleh lepas. Ada je idea mereka. Tapi takpelah, semua pun manusia hidup, lambat laun meninggal juga. Lepas tu, cuba la cakap, yang korang tak bersalah. Kalau la boleh lepas kali ni. Kan?

Makin kuat kerisauan aku dalam kehidupan sekarang ni. Yelah, banyak orang gila! Silap-silap mereka ni ada dekat sekeliling kita je. Harini normal, esok dah gila, ada oi orang macam ni. Huhuhu. Menakutkan.

Sentiasalah memerhatikan gerak geri orang disekeliling kita. Bukan nak kata tak percaya dengan orang, cuma berwaspada. Bila dah berlaku sesuatu, nak risau-risau pun dah tak guna, jadinya, biarlah kita sentiasa berada di dalam keadaan waspada.

InsyaAllah.

Tolong! Minta bantuan pada semua blogger!


Tolong! Minta bantuan pada semua blogger! Huhu, petang-petang macam ni, serabut kepala aku dibuatnya. Mana tak serabut, macam-macam hal berlaku dalam sekelip mata! Arrghh! Sungguh aku tension!

Tapi fokus aku bukan pada semua masalah tu. Masalah utama aku sekarang adalah anak bongsu aku! Tolong! Tolong!

Ceritaejoy macam ni, dah 2 hari anak aku meragam. Semua tak kena, letak tak nak, makan taknak, nak berdukung je, pastu kerap menangis.


Bila tidur malam, dia akan pusing 1 tilam queen tuh! Pastu dia tidur "merengkuk"! Macam-macam gaya dia buat.

Bukan aku taknak tanya, tapi anak aku baru berumur 6 nak masuk 7 bulan kut! Kalau dia pandai cakap, senang sikit kerja aku.

Dah bawa jumpa doktor. Doktor pun tak tahu nak cakap apa. Wife ada tanya kawan dia yang kerja dekat GH.

Dia kata mungkin anak aku sakit perut! Perut dia mengeras, sebab tu dia meragam!

Arghh! Tolong! Tolong!

Bayi kan, bila sakit, memang takda selera nak makan. Bila tak makan, confirmlah takda tenaga! Bila takda tenaga, memang terbaring jelah, tidur.

Hati siapa yang tak risau kan?

Minggu depan, kalau diizinkan Allah, terbang lagi aku ke negara jiran. Atas urusan kerja.

Kalau keadaannya masih sama seperti sekarang, macamana aku nak pergi? Adoii!

Tolonglah rakan-rakan blogger sekalian. Yang ada pengalaman berhadapan masalah seperti ini. Tolonglah daku yang sedang buntu ini. Hmmm.

Monday, 23 November 2015

Semua orang pun akan cakap benda yang sama!


Bila sampai waktu di mana semua pekerja bakal memperolehi imbuhan (bonus) maka di waktu inilah kita akan melihat semua pekerja memperlihatkan "kesibukan" mereka.

Dan yang lebih menarik perhatian aku adalah, bila mana ada daripada mereka akan menunjukkan kerja mereka adalah di antara yang paling berat di antara kerja orang lain.


Mereka yang berada di bahagian "part supply", pasti akan beritahu, kerja mereka yang paling susah dan sukar.

Mereka yang bekerja di bahagian "production" pula akan beritahu kerja mereka yang paling susah di antara yang susah.

Sama halnya juga dengan pekerja-pekerja lain.

Dalam hal ini, siapa yang sering menjadi bahan ejekan dan cemuhan?

Jika di tempat aku, sudah pastilah mereka yang bekerja di bahagian pejabat. Ya! Mereka yang bekerja di pejabat sering menjadi bahan cemuhan, kerana dianggap sebagai kerjaya yang mudah.

Yelah, duduk office, sejuk, tak kotor, tapi sering dapat gred "A". Siapa yang tak jeles kan?

Aku ni mudah je. Bila ada orang cakap, kau bolehlah, kerja senang, "hisap kuat", bolehlah dapat yang best-best dari bos.

Aku akan cakap, bukan macam tu, kau kalau nak dapat pun boleh, tapi upgradelah diri. Cuba buat bahagian management pulak. Pergi "review" kerja dengan top management, buat slide dan present, setup produk baru, ha.

Yang bestnya, aku selalu dapat jawapan, Ahh, malaslah aku, baik kerja macam ni, tak sakit kepala nak fikir, datang kerja, hasilkan produk, tau-tau hujung bulan dapat gaji.

Kalau dah diri sendiri cakap macam tu, tak usahlah pertikaikan apa yang orang lain dapatkan? Sendiri yang taknak upgrade diri, bila orang lain dapat lebih, mulalah nak sakit hati.

Dalam kes ni, siapa yang perlu di persalahkan?

Saturday, 21 November 2015

Blog reviews : Akmallrazlan



Blog reviews : Akmallrazlan. Tinggal 2 blog lagi yang perlu aku review. Lama sungguh masa yang aku ambil untuk siapkan kesemua review. Sekali lagi aku nak minta maaf kepada semua peserta, jika ada bahasa aku yang menguris hati kalian. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa. :)

Baiklah, hari ini, aku nak ajak semua, mengenali dengan lebih dekat blog akmallrazlan. Ahha! Menggunakan template simple dengan warna yang juga simple, putih. hehehe. Aku sebenarnya suka dengan blog semacam ini. Mudah dan rilek je minda kita. Ha. itu pada aku lah. ada sesetengah orang suka blog yang sarat. Itu masing-masing ya. Kalau tengok pada banner blog ini pun simple juga. 


Blog dengan niche personal ini banyak berkisarkan cerita peribadi dan perjalanan kehidupan semasa penulisnya. Aku boleh kata blog ini sudah lama berada di dalam dunia blogging malaysia. Sebabnya dah 5 tahun beliau menulis. Lama juga tu pada aku. Mesti banyak ilmu blog yang ada dekat akmallrazlan ni kan?

Orait. Aku sebenarnya, masih kurang jelas dan mengenali dengan mendalam mengenai kerjaya sebenar pemilik blog ini. Tetapi daripada keyword "Akmall Razlan Atelier", kebanyakkan ceritanya adalah mengenai jahitan. Dan ada juga cerita mengenai pemilik blog ini buka kedai untuk kerja menjahit. Wow! hebatkan? Adakah beliau salah seorang pereka fesyen? Mana tahu kan? Hehehe.

Entry terbaru beliau mengenai kerisauan penulis kepada kesihatan ayah beliau. Yelah, siapa yang tak risaukan? Kalau aku pun, aku akan risau juga. Baiklah, aku nak ajak semua ke blog Akmallrazlan di http://ift.tt/21b3JKM. Mana tahu korang berminat dengan hasil jahitan beliau ke, kan? Hehehe. Jom-jom.

Friday, 20 November 2015

Aku dah tak tahan.

ceritaejoy

Aku dah tak tahan. Sungguh aku dah tak tahan. Geram! Sakit! Tak boleh tidur malam. Semua ada ha. Dah macam-macam buat, tapi tak juga jalan. Huh! Aku dah naik geram nengoknya!

Aku ingat boleh tahan, tapi makin lama, macam makin teruk. Ingat boleh jadi macam rambo! Potong sana, jahit sini! Fuh! Itu cerita filem kot! Mana boleh jadi dalam dunia realiti macam ni.

Rasanya dah banyak pil aku makan. Effectnya sekejap je. Bila habis functionnya, dia datang balik. Adoi! Takkan nak makan lagi? Kang lain pula jadinya nanti!


Adoi! Tolonglah!

Harini aku nekad. Ala, aku dah banyak baca cerita orang dekat blog mereka. Semua pun cakap benda yang sama. Memang apa yang ramai orang kongsikan, tak memberi apa-apa makna pun. Kan?

Betul lah! Bila dah sampai tak tahan macam ni, semua benda jadi tergendala. Baru rasa bersemangat nak buat duit dengan Jobdirumah. Nampaknya terpaksalah tangguhkan dulu.

Buat duit dengan nuffang? Orang kata nuffnang penipu. Mula aku tak percaya, tapi dah 2 kali aku kena. Takpelah, aku tengok lagi kali yang ketiga. Biarkan dulu.

Buat duit dengan adsense? Untunglah, sekarang dah ada adsense untuk blog bahasa melayu. Tapi kena juga ingat, bukan senang oo nak apply. Aku sampai naik kecewa, tapi itulahkan, di pengakhirannya, lulus juga. Alhamdulilah.

Arghh! Perlupakan semua itu. Erks, betul ke tatabahasa aku tu. Arghh..biarlah, aku dah tak tahan.

Semuanya akan aku settlekan hari ini. Biarlah apa nak jadi pun, aku dah tak kisah. Aku dah lama bersabar.

Kita akan ke gelanggang perhitungan. Buku bertemu ruas!

Ayuh! Aku dah tak sabar lagi nak settlekan semuanya hari ini. Biar semua orang tahu!

Huh! Doktor liza, appointment kita harini pukul 0930 ya! Dah tak boleh tahan dah Sakit Gigi Geraham Atas ni. Tak boleh tidur malam. Ubat tahan sakit sampai dah nak habis. Petua macam-macam dah buat. Tak juga jalan. Huhuhu. 

Blog reviews : The Kaki Wayang!

The Kaki Wayang!

Blog reviews : The Kaki Wayang!. Sungguh! Pertama kali datang ke blog ini, aku dah mula tertarik. Ianya adalah pada banner blog ini. Cantik dan kreatif! Kalau tak silap aku, ini adalah rancangan kartun Pada zaman dahulu. Aku sebenarnya, kurang tengok citer kartun ni, tapi disebabkan anak sulung aku minat cerita ni, di ajaknya aku tonton sekali. Itu yang aku tahu tu. hehehe.



Baiklah, jom kenali dengan lebih rapat dan mendalam dengan blog ini. Kalau kita tengok pada nama dekat bahagian atas, kita akan nampak ayat ini, "The kaki wayang". Kalau kita tengok pada URL, kita akan terbaca http://ift.tt/1LXmbMK. Yang sebenarnya, apakah niche blog ini? Terpaksalah aku tanyakan dengan Pakcik google. Ahha! nak tahu blog ini mengenai apa? Ini jawapannya:



"Pelbagai informasi, berita terkini, berita sukan, agama, hiburan, lawak, gadget dan tips SEO terbaik hanya di Blog Paling Hangat di Malaysia."

Jadinya, blog ini berkongsikan pelbagai cerita ya! Hehehe. Orait, blog ini ada banyak Edisi tau. Ada edisi sentap, edisi sengal, edisi hangat, edisi terkini, uish! Banyak sungguh edisi ni.


Hey! Terbaca Edisi Hangat! Muallaf Ini Muallaf Paling kaya Di Malaysia. Tertipu sekejap aku dengan gambar tu. Gila kentang! Siapa yang tak pusing mata bila tengok resit bank dengan tulisan baki : RM7,000,987.35!! Hoi! Banyaknya! dermalah sikit dengan aku. hehehehe.


Hahaha. Aku jadi pening sekejap bila masuk blog ni. Sebabnya ada banyak perkongsian menarik dekat sini. Ada macam-macam cerita. Memang kenalah dengan nama blog information. Sungguh banyak informasi dalam blog ni. ha!


Sebenarnya, ada banyak cerita menarik dekat blog ni. Takkan aku nak kongsikan semuanya dekat blog ceritaejoy kan? Jadinya, korang kenalah beramai-ramai ke blog The kaki wayang di http://ift.tt/1LXmbMK. Jom-jom!

Thursday, 19 November 2015

Ada masanya ok, ada masanya tak.

Manusia kan, lahir dengan pelbagai sifat dan keadaan. Tak lupa juga dengan pelbagai situasi. Korang mesti pernah mengalami perkara ni, yang mana, ada masanya orang di sekeliling korang jadi sangat ngam dengan korang. Tapi ada masanya, mereka jadi macam benci atau meluat sangat dengan korang.

Ha, pernah tak korang rasa? Ke ini lumrah alam? Ada masanya, dia bagi kita rasa selesa dengan orang sekeliling. Ada masanya dia bagi kita rasa asing dengan orang yang dah bertahun lamanya dengan kita.

Pelik lah aku. Harini, aku rasa macam tak ngam dengan orang sekeliling aku. Rasa macam nak menyendiri je. Malas nak campur orang.

Yang sebenarnya, aku memang rasa benda ni dah lama dah.Dari dulu sampai sekarang. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Rasa pelik dengan diri sendiri. Hmm.

Wednesday, 18 November 2015

Bila seorang Doktor cakap dia tak tahu!


Sakit gigi menyerang aku lagi! Sungguh, tak boleh nak fokus dengan setiap kerja yang aku buat sekarang. Sakit gigi geraham oi! Tau jelah macamana sakit dia. Puas juga aku cari petua sakit gigi geraham. Tapi itulah, mana nak cari semua benda tu sekarang? Ish!

Mula tadi, rasa macam boleh tahan je sakit dia, tapi jap tadi, macam makin berdenyut pulak. Tak boleh jadi ni, kena g amik ubat juga ni. Aku pun berjalanlah ke klinik berdekatan. Niat dekat hati memang nak ambil ubat tahan sakit jelah, yelah, klinik biasa, bukan boleh buat apa-apa pun. Itulah yang boleh dia bagi.



Bila sampai klinik, pembantu klinik tanya aku, nak jumpa doktor atau ambil ubat je. Aku cakaplah, nak jumpa doktor. Yelah, dah alang-alang sampai klinik, jumpa jelah doktor. Bayar kut! Kan? Bila aku masuk je dalam klinik, doktor tu pandang aku.

Aku cakaplah, doktor, saya sakit gigi. Doktor tu mudah je jawab, kalau sakit gigi, kena pergi klinik gigi la, kami tak tahu nak buat apa. Ala, aku tau dah jawapan tu, saja je ambil masa nak jumpa doktor. Aku cuma cakap, kalau macam tu bagi saya ubat tahan sakit jelah.

Alang dah ada peluang jumpa doktor kan, aku tanyalah sakit bahagian dada aku ni. Aku sekarang ni kerap sakit dekat sebelah kanan dada aku ni. Kadang-kdang tu, sampai naik kebas. Ha! Jadinya aku tanyalah doktor tu:

"Doktor, saya selalu sakit dada sebelah kanan ni, kenapa ya?"

Korang tau apa yang doktor tu cakap? Dia cakap:

"Saya tak tahu"
Hey! Ko doktor ke apa? Takkan itu je jawapan yang ko boleh bagi aku? Besar biji mata aku pandang dia. Ha? Tak tahu?

Bila dia perasan aku tenung muka dia dengan tempoh masa yang lama, baru dia jawab. Saya tak tahu kalau kamu cuma cakap sakit sebelah kanan. Kamu kena cerita bila sakit, macamana sakit, dah berapa lama sakit.

Owh la doktor, aku taulah nak cerita tu semua. Tapi kamu sebagai doktor, tak bolehlah main cakap tak tahu! Dan kemudiannya senyap untuk tempoh masa yang lama. Kan? Aku ni sebagai penyakit, pun boleh jadi sangsi dengan doktor macam ni.

Betul ke dia ni doktor? Takkan main cakap tak tahu je. Apa salahnya kalau beri jawapan yang membawa kepada banyak cerita daripada pesakit. Kan?

Hish. Gigi dahla sakit, jumpa pulak dengan doktor macam ni. Bertambahlah sakit. Apa la nasib.

Blog reviews : Journey of My Life.



Blog reviews : Journey of My Life. Baiklah, tinggal lagi 4 blog sahaja lagi untuk aku siapkan review. Mungkin harini dan esok siaplah tu kan? Sekali lagi aku nak minta maaf kalau ada di kalangan kalian yang kurang senang dengan review aku ni. Aku pun manusia juga, ada masanya buat salah. Ya.

Baiklah, pagi ini, kita sambung pula dengan blog mykamila dari blog http://ift.tt/1WgOf80. Yang sebenarnya aku masih kurang faham lagi dengan huruf-huruf belakang pada URL. Macam ni, "sg", jadinya dari singapura ke? Uiii, kalau betulla, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy ya. Perasan! Hahaha.


Uish, masuk je dalam blog ni, terus terbaca Doa pergi bekerja. Seikhlasnya, tak pernah pun aku baca doa ini selama hampir 10 tahun aku bekerja! Uish! Baiklah, mohon kebenaran dari tuan blog untuk kongsikan doa itu di blog ceritaejoy ya!

Doa Sebelum Pergi Bekerja


Ok, jadinya, semua dah tahu kan? Lepas ni, sebelum bergerak ke tempat kerja, bolehlah amalkan doa ini ya. InsyaAllah, terhindar daripada segala perkara yang tidak diingini. InsyaAllah.

Baiklah, menggunakan template yang simple pada aku, dengan susunan yang kemas. Banyak juga bermain dengan warna hijau. Ha, banyak bercerita mengenai kursus nikah. Wah, bakal ke jinjang pelamin ke ni? Hehehe. tahniah!

Teringat kisah aku dengan wife dulu. Yelah, majlis perkahwinan ni bukan kecil. Macam-macam kena buat. Itulah, inilah. Penat! Tapikan, ada benarnya juga kata-kata ustaz, perkahwinan ini sebenarnya mudah kalau ianya mengikut cara islam yang betul. Kan?

Ha! Aku suka baca cerita pasal canada tu. Hmm, ingatkan dulu, dapatlah peluang ke sana, tapi hmm, negara jauh-jauh ni, biasalah, bos-bos je yang pergi. InsyaAllah, ada rezeki mewah, sampailah kita ke sana kan? Buat masa sekarang, ikut business trip syarikat jelah. Wehehe. Baiklah! Jom semua! Kita serang blog mykamila di http://ift.tt/1WgOf80. Selain daripada boleh tambah rakan baru, boleh juga berkongsi-kongsi pendapat. Ayuh semua!

Tuesday, 17 November 2015

Blog reviews : Adnan-daughter.

Qaseh ku..

Blog reviews  : Adnan-daughter. Baiklah. Aku rasa aku kenal pemilik blog ni. hehehe. Tapi lupa macamana boleh kenal. Hahahaha. Muda lagi tau owner blog ni, baru 23 tahun. Aku waktu usia macam ni, tak tahu tengah buat apa. Hehehe.

Baiklah, blog dengan template dari ThemeXpose. Aku bukan apa la, kebanyakkan template yang pernah aku gunakan untuk blog ceritaejoy adalah template dari sini. Ha, hebat kan? Susunan dalam blog tak perlulah diperkatakan lagi. Kerana kebanyakkan templatenya adalah berbentuk SEO dan Responsive. Ha.

Blog dengan niche perkongsian, banyak bercerita mengenai kisah dan pengalaman hidup. Ha, walaupun baru berumur 23 tahun, jangan ingat pemilik blog ni tak banyak pengalaman mengenai kehidupan ya!



Seingat aku, pemilik blog ni seorang yang peramah dan tak sombong. Jadinya, kita takkan rasa kekok walaupun baru kenal dengan dia. Hmm, ada review produk kecantikan lah. Rahsia mengekalkan keayuan. Atau tak rahsia mengekalkan kehandsomeman? Kalau ada, boleh jual dengan lelaki yang handsome dan perasan handsome. Wahahaha.

Hmm, apa lagi ye nak cerita pasal blog ni? Seorang yang suka join segmen juga ni. Tak hairanlah rakan-rakan ramai. Ish. Ish. Banyak ilmu yang korang boleh pelajari dengan beliau. Dan apa yang aku boleh katakan, bagi mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia blog, bolehlah dapatkan tips daripada beliau.

Cara nak dapatkan tips? Senang je, kenalah singgah ke blog Adnan-daughter di http://ift.tt/1kDPJIE. Jangan risau, pemilik blog ni tak sombong, cuba tanyakan soalan pada beliau, insyaAllah, mudah di jawabnya olehnya. Hehehehe. Ok-ok, jom kita kesana sekarang! Yeah!

Blog reviews : ciklapunyabelog.

CIKLAPUNYABELOG

Blog reviews : ciklapunyabelog. Baiklah, kita teruskan lagi segmen blog reviews untuk kali ke 15. Fuh! Macam tak percaya, dah 15 blog yang aku review. Harapnya, semua senang hati lah dengan cerita aku. Yelah, takut juga ada yang kurang senang dengan kata-kata yang aku gunakan. Jika ada, harap dimaafkan lah yer. :)

Hey..hey..hey, ini belog, cikla yang punya..Hahahaha..Teringat pulak dekat cerita ahmad albab. Ini harta, ahmad albab yang punya. Wahahahaha. Orait, jom kenal-kenal dulu dengan cikla. Nama dekat blog adalah CikLa Shahril. Berumur 33 tahun dan anak jati selangor. Ha. Sama titlenya dengan aku, part time blogger. Sudah berkahwin dan mempunyai anak. *ini melalui bacaan aku pada blog cikla ya*.




Aku suka dengan header blog ni. Kreatif! Aku suka juga dengan ayat pada banner tu. Kalau diterjemahkan guna google translate, bunyinya lebih kurang macam ni la:


" Aku tidak pernah mampu untuk menjadi sempurna, tapi aku boleh jadi yang terbaik"

Ahha! Terbaik kan? Kalau difikirkan balik, memang benar manusia tidak mampu menjadi terlalu sempurna. Tetapi kita mampu dan boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. Ianya mungkin di dalam bidang kerjaya ataupun blog. Hmm, nampak tak kelebihannya kalau korang rajin singgah dekat blog rakan-rakan blogger yang lain?

Susunan di dalam blog ini juga boleh dikatakan kemas dan memudahkan pembaca mencari apa yang mereka inginkan di blog ini. Ahha! Terbaca pasal Jeruk Pak Ali. Jangan tak tahu ya, jeruk ini dikatakan Jeruk Paling Sedap Di Penang. Ha. Jadinya, kalau korang jalan-jalan ke penang, jangan lupa beli jeruk ni ya! hehehe.

Ok. bahagian awal blog ini banyak menceritakan pasal makanan je. Perut aku ni belum terisi ni. Hadoi. Dapat makan pepahat pun ok ni. ha! Pernah dengar pasal pepahat? Kalau korang nak tahu apa ke bendanya tu, korang kena singgah ke blog cikla di http://ift.tt/1WgOhg9. Sungguh tak rugi kalau ke sana ya! :)

Monday, 16 November 2015

Blog reviews : Fyqah Ismail

Fyqah Ismail

Blog reviews : Fyqah Ismail. Hmm, emosi aku terganggu dalam sehari dua ni. Jadinya, tak boleh nak betul-betul fokus dekat blog. Tapi, bila fikir balik, masa yang aku akan ambil untuk siapkan blog reviews akan jadi lama, kenalah aku teruskan juga dan paksa diri ini untuk siapkan juga. Hari ini aku nak cerita pula pasal blog ceritera si gadis kampung.



Blog yang comel dan simple. Ada background bunga-bunga dekat belakang. Dan tak lupa juga animation gadis bersama gula-gula di bahagian kanan blog. Hehehe. Nampak comel. Aku suka dengan ayat ini:


"Bila pengorbanan kita tidak dihargai, jangan bersedih. Ingat semua benda kita buat kerana Allah bukan kerana org lain :) "

Sungguh memberi makna ayat-ayat ini pada aku. 1 yang aku suka bila aku blogwalking adalah, bilamana aku terjumpa dan terbaca dengan ayat-ayat yang hebat seperti di atas! Betul apa yang fyqah cakap, setiap apa yang kita lakukan di atas bumi ini, hanyalah untuk Allah dan bukan kerana orang lain. Faham dan cuba selami ayat ini betul-betul ya!

Hmm, kalau tengok pada blog ni, macam dah lama tak update je? Last post adalah pada bulan November 2014. Uish, lama kan? Tapi kena faham juga, Pemilik blog ini adalah pelajar sepenuh masa, jadinya, pasti sibuk dengan pengajiannya. Kan? Positive thinking. Hehehehe.

Aku cuba nak cari, apakah niche utama blog ini. Bila aku cuba nak belek-belek dekat blog archive, aku kurang nampak. Adoi! Minta maaf pada pemilik blog, warna yang kamu gunakan telah menyakitkan mata saya. Macam terlalu kabur. Kalau di "pekat"kan sedikit warna itu, rasanya lebih ok.

Tapi kalau baca pada last post beliau, macam cerita mengenai novel. Tapi aku kurang pasti, samada ianya adalah novel daripada penulis lain, ataupun ianya adalah idea asal pemilik blog. Jangan tak tahu ya, ada penulis blog yang mampu menghasilkan novel. Hebat kan?

Oklah, jom semua, kita ke blog Fyqah Ismail dekat http://ift.tt/1HRzcuP. Boleh tambah kenalan dan bertukar-tukar pendapat. Tak rugi tau. hehehe.

Mereka akan lebih bersemangat kalau..


Mereka akan lebih bersemangat kalau..Hmm, nampaknya keluhan dalam diri aku ni masih tak habis lagi. Kiranya ini adalah sambungan daripada ceritaejoy semalam. Aku dok fikir, apa yang membuatkan seseorang itu lebih bersemangat di dalam melakukan sesuatu tugasan.

Semalaman juga aku berfikir. Alangkah baiknya kalau masa tu aku gunakan untuk berfikir bagaimana caranya untuk aku menjadi lebih berkembang. Kan?

Akhirnya, pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Dengan cuaca yang sejuk, ditambah lagi dengan gerimis mengundang. Owhh..

Aku dapat jawapannya. Mereka akan lebih bersemangat kalau sesuatu perkara itu ada imbuhan atau habuan di akhirnya.

Contohnya, mereka yang aktif bersukan. Ambil contoh, jika mereka menang di dalam sesuatu pertandingan, mereka akan memperolehi RM100k setiap orang. Jadinya, mereka akan bermain dengan bersungguh-sungguh. Bukan untuk menang, tetapi untuk memperolehi hadiah tersebut.

Sama halnya dengan ceritaejoy semalam. Sebelum ni, takda siapa pun yang bersungguh-sungguh nak buat kerja. Aku jalan sorang je.

Tapi lepas mereka semua ni dengar ada habuan yang menanti, dah! Semua orang jadi rajin, semua orang mula menunjukkan komitmen yang tak berbelah bagi. Dari pagi bawa ke malam, tak henti-henti, call orang sana, call orang sini.

Alangkah bagusnya kalau mereka semua ni, dari dulu lagi dah bantu aku. Bukannya bila tau ada habuan menanti, baru nak buat kerja.

Mereka ni pulak bukan orang biasa-biasa oi. Ada pangkat.

Dah nama pun ada pangkat, mestilah ada kuasa kan?

Bila sebut ada kuasa, mesti ada perasaan tak tentu arah dalam diri mereka ni.

Perasaan sombong! Dan angkuh!

Yang kononnya setiap keputusan mereka itu adalah betul dan yang terbaik untuk syarikat.

Dan akhirnya, siapa yang mengerakkan syarikat??

Si macai!

Blog reviews : Ekjozbuluh.



Blog reviews : Ekjozbuluh. Hehehe, bila aku sampai je kat blog ni, aku teringatkan filem p ramlee. Lupa filem mana, tapi ingat babak filem tu. Lebih kurang macam ni la ayat dia, "owh, taknak bagi bunyi pon bolehhh" hahahahha. Hebat sungguh filem-filem yang dihasilkan bintang lagenda kita, hingga ke hari ini ianya masih di tonton. Hebat!

Ok. Dengan tagline "merempit tiada bunyi", blog ini berkisarkan mengenai kehidupan penulis nya dan juga berkisarkan anak-anaknya. Kalau tengok dengan header blog, aku kurang pasti samada ianya sememangnya begitu atau blog under construction. Secara keseluruhannya, blog ini cantik dan kemas. Tak pening kepala kita kalau masuk dalam blog ni. :)



Aku mulanya kurang pasti dengan cerita-cerita yang dikongsikan penulis di blog ekzosbuluh. Ceritanya banyak mengenai anaknya yang kerap di masukkan ke hospital. Itu buatkan aku tertanya-tanya, apakah kisah disebaliknya. Selepas aku baca 2-3 entry yang dikongsikan, baru aku tahu, adik Izzsyraq Azraq menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (Sindrom Usus Pendek) Survivor.

Aku sebenarnya kurang pasti penyakit apakah itu. Jadinya aku kena tanya pakcik google dulu. Ok, aku dah baca entry khas mengenai hal ini, Dan aku tak mampu nak kongsikan dekat sini. Sebabnya, Allahurabbi. Aku tak mampu nak cerita. Jadinya, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai hal ini, korang boleh sambung baca di : Kisah adik Izz. :"(

Aku minta maaf. Aku takleh nak cerita banyak lagi pasal blog ekjozbuluh ni. Aku doakan kamu di kurniakan semangat yang kuat dan semoga Allah memberi keajaiban untuk adik izz. InsyaAllah. Amin. Amin. Amin. Untuk korang semua, jom kita ke blog ekzosbuluh di http://ift.tt/1WgOf7Y dan mari juga kita beramai-ramai mendoakan adik izz semoga cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain. InsyaAllah.

Korang ingat ini pergi jalan-jalan ke??


Aku tak tahu nak kemana arahnya rasa hati aku sekarang ni. Yang sebenarnya, benda ni dah lama dah berlaku, dan dekat mana-mana tempat kerja pun ada benda ni.

Cerita aku mungkin ada persamaan dengan cerita blogger atau orang lain. Tapi aku tetap juga nak cerita dekat blog ceritaejoy ni. Yelah, dekat sini jelah aku boleh luahkan segala perasaan dan kata-kata aku.



Aku kerja dekat department yang boleh dikatakan banyak ke luar negara. Bila sebut luar negara, mesti ramai yang nak pergi kan? Tapi sekadar nak pergi jelah. Kalau nak di harapkan duit sendiri, memang tak pastilah bila nak keluar negara, betul tak?

Ceritanya, Metaliti bos-bos dekat tempat kerja aku ni, Tahla. Hampeh! Korang ingat ini pergi jalan-jalan ke?? Ini pasal kerja la! No 1 kerja, no 2, untuk tahu apa yang perlu buat, jalan-jalan tu tah no berapa.

Tapi diarang ni, siap boleh main set-set, ok kali ni kau pergi, nanti dia pulak pergi. Kalau korang pergi, lepas tu time balik, korang buat kerja takpe! Ini kau orang serahkan semua pada orang yang buat kerja tu, lepas tu dah.

Orang yang buat kerja ni, hapa pun tak tahu, dan kesudahannya kena cari sendiri apa yang dia nak. Yang korang, bos-bos, seronok dapat berjalan. hey! Apakah itu? Daripada dulu aku tension pasal benda ni.

Biasalah ayat kan, "diarang kan bos". Kalau ayat inilah dok pakai dari zaman penjajah sampai sekarang, sampai ke sudahlah takkan berubah. Macam gitu jelah.

Macai-macai yang dok susah buat kerja, yang korang seronok berjalan. Yang peliknya, bos dekat atas bos-bos ni tak nampak ke? Mustahillah dia tak tahu sapa yang buat kerja. Ke dia pun sama jugak? Arghh! Tensionlah aku dengan kau orang ni!

Aku haraplah diarang baca blog aku ni. Bukan aku taknak cakap depan-depan, cuma masa je belum sampai lagi. Aku memang tengah kumpul macam-macam benda. Cukup masa, memang aku huru harakan semua benda. Huh!

Blog reviews : Masitah samsudin.



Blog reviews : Masitah samsudin. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah, ini adalah peserta ke 12 yang menyertai segmen blog reviews yang aku anjurkan. Ini juga bermakna, aku dah review 12 blog! Ianya mungkin satu jumlah yang kecil pada sesetengah blogger yang lain, tetapi jumlah yang besar kepada aku. Kerana apa? Kerana aku masih lagi blogger picisan yang belum benar-benar di kenali. Tapi itu bukanlah penghalang untuk aku terus menulis dan buat segmen seperti ini kan? Hehehe.

Baiklah. Blog http://ift.tt/1LXmbME. Siapa Masitah samsudin ni? Jom kita kenali dengan lebih lanjut mengenai beliau. Orait, bila korang masuk je ke dalam blog ini, korang pasti akan terbaca ayat ini : Daripada pembaca menjadi penulis. Ahha! Ini bermakna, beliau dahulunya pasti seorang yang suka baca tulisan rakan-rakan blogger yang lain. Dan daripada situ, wujudlah 1 perasaan baru, yang mana beliau juga menginginkan 1 ruangan untuk menulis. Sama macam aku..hehehe.



 Menggunakan template "standard" daripada blogspot. Susunan di dalam blog ini juga boleh dikatakan kemas dengan berlatarbelakangkan air kopi? Ye ke air kopi tu? Aku main tembak je. Hehe. Orait, seorang yang suka mengembara rasanya pemilik blog ini dan ulps, pencinta novel? Hehehe, standardlah kan orang perempuan.

Ha, ada review pasal polis evo. Ok lah, macam ni, aku tengok movie ni sekali je, tapi wife aku tengok citer ni berkali-kali! Tak tahu kenapa, katanya lawak! Yeker? Aku rasa biasa je. Itu aku lah. Mungkin sebab wife aku suka tengok zizan, jadinya, apa sahaja filem atau cerita yang melibatkan zizan, mesti dia suka. Aku? Melayankan ajelah wife aku tu. hish.

Oklah, sebenarnya, aku tercari-cari juga, pemilik blog ni berasal dari mana. Sebabnya aku ada terbaca beberapa ayat beliau yang menggunakan bahasa utara. Tapi itu aku tak pastilah. Apa pun, aku dah jadi friend dengan Masitah samsudin. Jadinya, aku nak ler jugak ajak korang ke blog beliau di http://ift.tt/1LXmbME. Jangan risau, beliau tak sombong orangnya. Selain daripada boleh berkenalan dengan rakan blogger yang baru, boleh juga kita bertukar pendapat. Kan? Jom-jom.

Dah Memang Kita miskin..


Dah Memang Kita miskin..Hati aku, nak kata terusik dengan ayat tu, tak jugak. Nak marah? Untuk apa? Kenapa perlu marah bila orang dok cakap kita ni miskin. Mesti ada sebab kenapa mereka cakap macam tu. Jangan terus nak marah je, tapi cuba tengok balik diri, keluarga dan kewangan.

Wife aku, bila aku cerita dekat dia, orang cakap aku ni miskin, terus dia marah. Aku tanya balik dekat dia, aku tak marah pun, tapi kenapa dia nak marah. Katanya, dia sakit hati, kata dia lagi, apa orang yang cakap tu kaya sangat ke? Banyak sangat ke duit dia? Aku cakap, ya! Memang mereka kaya, sebab itu mereka kata orang lain miskin.

Aku bukan apa. Aku tengok balik diri aku. Apa yang aku ada. Aku cuma ada superbike ceritaejoy je. Itu sahaja yang aku ada *tak termasuk isteri dan anak-anak ya* Sebabnya, itu sahaja je yang dah habis bayar.



Kereta? masih berhutang lagi dengan bank. Bila sebut hutang je, secara automatik harta tu bukan milik kita, tapi milik bank. 

Rumah? Aku minta maaf cakap, aku memang dah beli rumah sendiri. Harga pun standard untuk orang yang macam aku ni. Rm180k-Rm250k. Wife aku cakap, orang yang sibuk dok cakap aku ni miskin tu pun tak beli rumah lagi, duk rumah sewa.

Memang betul, itu pada fikiran wife aku, tapi tak pada aku. Sebabnya? Sama macam kes kereta tadi, selagi mana kita perlu bayar pada pihak bank, itu bermakna, harta yang kita ada sekarang, bukan milik kita.

Katakanlah jadi apa-apa dekat aku, yang mana mengakibatkan aku tidak mampu lagi menjana income. Apa akan jadi dengan harta-harta ni? Cuba jawab..

Betul! Pihak bank akan ambil balik semua harta tu dan mereka bukan sekadar ambil sahaja, silap-silap mereka bagi "title" lagi dekat kita.

Sebab tu aku tak marah bila orang cakap aku ni miskin. Bukan aku nak cakap apa, orang kita, ya orang kita. gaji baru RM3k, dah mula sombong dah. Dah angkuh sangat dah.

Tu, depa tu, income bulanan puluh ribu, tapi masih kerja tungkus lumus. Puluh ribu tau! orang kita, dapat 3k sebulan, dah rasa mewah sangat dah. Dah rasa senang sangat dah.

Aku selagi mana, belum cukup simpanan belanja selama 3 tahun, aku akan rasa diri aku ni miskin. Selagi mana, aku masih perlu membayar pada pihak bank, itu bermakna, aku masih belum mempunyai apa-apa harta.

Biarlah orang nak cakap apa, asalkan kita tahu dekat mana kedudukan diri kita dan kewangan kita. Yang sebenarnya, aku suka juga dengan mereka ni, sebabnya, mereka memberi aku lebih semangat untuk menjana pendapatan aku.

Terima kasih kawan-kawan semua!

Sunday, 15 November 2015

Blog reviews : Shahida Dzulkafli.

Kasihku Amani

Blog reviews : Shahida Dzulkafli. Baiklah, ini adalah blog berkisarkan catatan seorang ibu, isteri dan anak. Ha, mendalam maksudnya tu tau. Tapikan, ada juga berkisarkan mengenai makanan. Ha! Yang itu aku suka, pasal makanan. Hahahha, orait, jom kita tengok lagi, apa yang menariknya blog http://ift.tt/1WgOf7W ini.

Baiklah, jika di tanya secara ikhlasnya pada aku, aku rasa susunan di dalam blog ini ada sedikit yang perlu di ubah. Terutamanya pada bahagian bawah blog. Itu pada aku, tapi aku pasti, pemilik blog mempunyai sebab yang kukuh dengan setiap susunan di dalam blog. Banyak bermain dengan warna ungu. Ahha, teringat anggur. Sedap kalau dapat makan sejuk-sejuk sambil tengok movie. Hehehe.



Ahha! Blogger utara! Hai, kita sama (walaupun aku bukan utara sangat) hahahaha. Banyak juga cerita pasal novel dan drama ya? Ahha! Ada cerita pasal jerebu. Alhamdulillah, sekarang ni malaysia dah takda jerebu. Kalau tidak, nak keluar rumah pun takut. Kesian dekat anak-anak terkurung je dalam rumah.

Ha, aku terbaca 1 petua menarik dekat blog ni. Petua bersihkan udara di dalam rumah. Sungguh tak pernah pun aku terfikir sebelum ni. Caranya pun mudah. Ambil sehelai kain tuala basah dan letakkan di dalam kipas yang berpusing. Katanya, kipas yang berpusing itu akan menarik habuk dan debu yang ada di dalam rumah dan akhirnya akan menyebabkan ianya terperangkap di kain tuala tersebut. Ha, mudah kan?

Yang sebenarnya, banyak lagi yang korang boleh dapat kalau berkunjung ke blog Shahida Dzulkafli ni. Ha, boleh juga menambah kenalan blogger yang bertukar pendapat. Confirm pemillik blog ini bukanlah orang yang sombong. Kan? Jom, kita kesana di http://ift.tt/1WgOf7W.

Saturday, 14 November 2015

Blog reviews : Jombercontest.

Jom Bercontest

Blog reviews : Jombercontest. Ok, ini adalah blog kedua oleh Hani Fadhlina Abdul Rahman. Blog ini diwujudkan khas untuk contest sahaja. Yelah, nama pun blog jom bercontest kan? Hehehe. Ahha, pemilik blog sememangnya suka dengan warna hijau ya. Sebabnya, blog ini juga banyak menggunakan warna hijau.

Ahha. Contestkan? Salah satu cabang buat duit bagi blogger. hehehhe. Yelah, kalau jenis hadiahnya adalah wang, kena pula kita menang, untunglah kan? Hehehe. Entry terbaru Giveaway Simple by cik akak & sponser. Aku pun tak sempat nak join. hehehehe. Bukan tak suka nak join, tapi masa aku sekarang sedikit terhad pada blog. Jadinya, aku perlu curi-curi masa aku untuk jengak blog ceritaejoy ni.



Hmm, yang sebenarnya, bagus juga tau blog seperti ini. Sebab apa aku cakap bagus? Sebabnya, dalam 1 blog, korang boleh join macam-macam segmen atau giveaway. Berbeza kalau korang perlu pergi ke satu-satu blog untuk join contest. Ha, korang nampak tak? Semuanya di gabungkan menjadi 1. Hebat!

Oleh yang demikian, aku ingin menyeru kepada semua, ayuh! Kita singgah ramai-ramai dan bikin havoc dekat blog Jombercontest ni di http://ift.tt/1PHYNHT/. Aku dah pun jadi kawan, sebabnya, senang nanti kalau aku nak join contest rakan-rakan blogger yang lain. hehehe. Korang bila lagi? :)

Blog reviews : Hani Fadhlina Abdul Rahman.

Kisah Hidup Ku ...

Blog reviews : Hani Fadhlina Abdul Rahman. Baiklah, aku nak teruskan lagi segmen blog review aku. Blog kali ini adalah blog Kisah hidupku. Ahha, tengok pada nama blog, dah tentu banyak cerita yang di kongsikan di dalam blog ini adalah mengenai kisah hidup pemilik blog. Tapi nanti dulu, haruslah kita teliti betul-betul apa yang ada di dalam blog ini, ye tak?

Baiklah, banyak bermain dengan warna hijau. Bagi aku, blog yang agak simple. Tidak seperti banyak blog wanita yang lain, yang sedikit sarat. Apa yang menarik pada mata aku adalah, apabila kita masuk sahaja ke dalam blog kisah hidupku ini, kita akan terbaca "doa" pada bahagian banner nya. Hmm, doa mengenai seorang ibu dan janjinya kepada yang maha pencipta.



Salah seorang daripada GMBM. Ahha, ramai juga dalam kalangan blogger yang aku kenal datang dari group ini ya! Hebat juga group ini. hehehehe. Tapi hanya untuk mama-mama sahaja ya. Yang lelaki boleh ke kalau nak join? Hahahaha. Hmm, tak banyak yang boleh aku kongsikan mengenai blog ini, kerana ianya sedikit simple berbanding blog-blog yang lain.

Ok. Aku terbaca 1 hebahan. Sebenarnya, ada juga aku dengar dari mulut kawan-kawan aku. Ala, mengenai jualan murah yang dilakukan 7 eleven. Tapi aku tak berkesempatan pun nak pergi beli. Hahahaha. Tapi adik ipar aku, fuh! Layak bawak van la pergi sana. Hish! Oklah, macam biasa, jom kita ramai-ramai ke blog Hani Fadhlina Abdul Rahman di http://ift.tt/1PHX0T9. Orait? hehehe.

Thursday, 12 November 2015

Kalau dah nama AJAL.


Allahurabbi. Waktu baru je masuk rehat ni, heboh diperkatakan kawan-kawan aku, mengenai 1 kejadian bunuh diri di melaka. Lokasi tersebut berlaku di sebuah hotel di antara yang paling terkenal di melaka. Mulanya, aku cuma dengar-dengar kosong je, sebabnya, mengikut cerita rakan aku, memang banyak kejadian bunuh diri dekat sana. Tapi lepas dengar, "mangsa" lain yang maut merupakan anak kepada seorang majikan di sini, terus tumpuan aku beralih arah kepada, perlu ambil tahu!

Ceritanya macam ni, ada cubaan bunuh diri di hotel tersebut. Ketika kejadian, ada seorang lelaki sedang meletakkan keretanya di ruang parking hotel tersebut. Belum sempat lelaki ini keluar dari keretanya, orang yang cuba nak bunuh diri tu, jatuh betul-betul dekat atas bumbung bahagian pemandu.

Di atas impak yang besar, pemandu tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala, orang yang cuba nak bunuh diri ni, cedera parah! Ish! Inilah orang cakap kan, kalau dah nama ajal, macam-macam cara dia sampai. Kalau di fikir logik, bukan ada apa-apa salah pun pemandu kereta tersebut, tapi Allah dah tetapkan ajal dia dah sampai, maka barang seminit dua pun tak boleh lari.

Al-fatihah kepada keluarga mangsa. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Setiap kejadian yang dijadikan Allah, pasti ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya.

Blog reviews : Mommy's Diary.

Mommy's Diary of Life

Blog reviews : Mommy's Diary. Ok. Aku cuba untuk buat 3 blog review 1 hari. Ini memandangkan masa aku yang tidak menentu. Takut kalau lama sangat, orang pun boleh jadi marah, kan? Risau pula jadinya. Oklah, untuk blog yang ketiga, adalah blog mommy's diary atau lebih tepatnya http://ift.tt/1gZSIJ6.

Hmm, suka aku tengok banner blog ni. Nampak "keakraban" di dalam hubungan kekeluargaan. Blog dengan tema warna kuning ini banyak berkongsikan cerita kehidupan pemiliknya, juga mengenai kesihatan, makanan, kecantikan dan parenting. Biasa juga aku lihat template ini. Kemas dan tersusun. Cantik!


Apa yang menariknya adalah, ayat ini "otai minat hello kitty". Ha! Maksudnya apa ya? Mungkin pemilik blog ini nak beritahu, beliau adalah peminat kipas susah mati hello kitty. Kan? Hahahaha. Comel kan kartun tu. Memang la ramai yang suka. Kan?

Jom menelusuri blog mommy. Hmm, YB Shehan? Erks, yang berhormat ke? Erks. Takut aku bila aku lihat 2 huruf ni. Yelah, bila kita sebut YB je, dah tentulah ianya membawa maksud wakil rakyat kan? Mungkin mommy boleh beri aku sedikit penerangan mengenai hal ini. Hehehehe.

Orait, dalam ruangan popular post, banyak berkongsikan mengenai kesihatan anak-anak. Wah! bagus untuk aku ni. Antaranya adalah, ulser pada mulut bayi, angin pasang pada anak-anak, pemakanan anak-anak pada usia 1 hingga 6 tahun dan macam-macam lagi. Nampaknya, tak rugilah kalau kita datang ke blog ini. :)

Ish, bila aku selak dan baca entry yang dikongsikan dekat blog http://ift.tt/1gZSIJ6, makin banyak yang ingin aku baca. Sungguh banyak ilmu yang dikongsikan oleh mommy. Macam yang aku cakap, tak rugi kalau korang datang ke blog ini. Pasti banyak ilmu yang korang boleh dapat. Jom kita ramai-ramai pakat singgah ke blog mommy ya! Jom2!

Blog reviews : Bondezaidalifah.

BondeZaidalifahDotCom

Blog reviews : Bondezaidalifah. Baiklah, blog seterusnya adalah blog bonde. Ahha! Nama yang tidak asing lagi, sebabnya, aku selalu nampak nama ni. hehehhe. Blog yang banyak bercerita mengenai kehidupan, keibubapaan, novel, drama dan travelling! Ahha, suka melancong tau, pasti ada banyak tips-tips melancong yang dikongsikan.

Aku suka dengan susunan dalam blog bonde ni. Kemas dan teratur. Warna yang digunakan juga tidak menyakitkan mata jika di tenung lama-lama. Jadinya, pembaca akan kekal lama di blog dan pasti akan kembali ke blog kita. Tapi dari pandangan kasar mata aku ni, blog bondezaidalifah ini masih belum siap sepenuhnya lagi. Orang kata masih dalam renovation lagi. Betul tak bonde?



Hey hey! Aku nampak iklan tempahan rumah kucing kesayangan. Ok, sekarang aku tak suka kucing! Dulu aku suka! Aku pernah bela seekor kucing bengal. Ahha! Korang percaya tak? Tolonglah percaya. Hehe. Kerap juga aku ulang alik ke veterinar dulu. Tapi selepas anak sulung aku lahir, aku terpaksa hentikan minat membela kucing aku tu. Dan selepas bertahun lamanya, minat aku kepada kucing dah berkurang. Hmm.

Ok, apa lagi yang menarik dekat blog bonde ni. Hmm, jap aku selongkar. Tengok-tengok apa yang menarik. Hmm, Hmm. Ha! dekat popular post! Ada entry mengenai sambal petai ikan bilis. Wah! Sedapnya ikan bilis. Sedapnya ikan bilis. Petai? Wah tak sedapnya. Tak sedapnya. Hahahaha. Maaf semua. Aku anti petai. Dan oleh sebab aku tak suka bau yang bakal terhasil, aku tak izinkan wife aku makan petai. Wahahaha. Sungguh aku tak suka petai. Ayaks!

Ok. Apa lagi? Aku suka tengok trend entry post dekat blog bonde. Kalau korang tengok, entry yang bonde post setiap hari dalam purata 1 hingga 5 post sehari. Sama macam apa yang dilakukan oleh kebanyakan top blogger malaysia. Aku tak pasti, samada bonde memang menghadkan ceritanya atau bonde tidak memiliki masa yang banyak untuk update post.

Oklah, rasanya cukup setakat ini. Macam biasalah, aku nak ajak ramai-ramai ke blog bonde di http://ift.tt/1PcMRhn. Jangan risau, bonde tak sombong orangnya tau. tengok jelah banner bonde, senyum je. hehehe. Ok2, jom pakat ramai-ramai kita ke blog bondezaidalifah ya!

Wednesday, 11 November 2015

Blog reviews : Cahaya permata.

Cahaya Permata

Blog reviews : Cahaya permata. Fuh! lama sungguh tertangguh segmen blog review aku ni. Banyak lagi blog yang perlu aku review. Aku minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang terpilih. Di harap anda semua faham dengan keadaan aku sekarang, Yelah, aku bukanlah blogger sepenuh masa. Jadinya, masa aku sangat terhad pada blog. Baik! Cukup setakat itu, ayuh kita teruskan dengan blog seterusnya : http://ift.tt/1LXmdUX.

Pemilik blog ini bernama Nuralja. Mengikut apa yang tertulis pada blognya, gadis ini masih seorang pelajar di PSAS. Ok, apa tu? Al maklumlah, aku ni belajar takat sekolah menengah je, manalah tahu singkatan-singkatan ni, terpaksalah aku tanya dengan pakcik google. Hmm. Ahha! Hehehe, pelajar politeknik rupanya. Adoi! Maafkan saya ye. Ok, PSAS adalah singkatan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah. Owh, baru tahu. hehehehe. Hmm, manis orangnya Nuralja ni, ulps!


Ok, kita pergi pula kepada template blog. Hmm, Kenapa cahaya permata? Untuk itu aku tiada kepastian, kenalah tanya pada empunya diri ya. Banyak bermain dengan warna pink dan biru. Ahha, ada iklan produk kecantikan pada bahagian kiri blog. Ok, Nuralja ada menawarkan perkhidmatan Edit Full/ Header / Banner. Jadinya, pada mereka yang inginkan header dan banner yang cantik, bolehlah buat tempahan di sini ya!

Ok, secara rawaknya, bila aku terjah sana sini dekat blog cahayapermata ni, daripada kesimpulan awal yang boleh aku simpulkan adalah, pemilik blog ni seorang kaki wayang. Sebabnya, ada banyak review mengenai movie terbaru. Ahha! Aku dulu pun suka tengok wayang, pantang ada cerita baru, tapi lepas dah berkeluarga ni, anak pun dah ramai, dah jadi kurang dah aktiviti tu. Hmm, kena tunggu mereka besarlah, baru boleh aktif semula. hehehe.

 Orait! Rasanya setakat itulah cerita aku mengenai blog cahayapermata ini. Macam yang aku ada cakapkan tadi, kalau korang ingin mendapatkan khidmat Edit Full/ Header / Banner, bolehlah datang ke blog http://ift.tt/1LXmdUX. Pasti harga yang terbaik menanti anda. Ok. hehehhe. Jom-jom, kita terjah ramai-ramai ke blog Nuralja.

I'm back!


Yeah! Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya! hehehe! Rindu aku tak? Wahaha. kot-kot la kalau ada yang rindu. Hmm, lama tak jenguk blog ceritaejoy. Yelah, aku jer yang menghiruk-pikukkan blog aku ni, jadinya, bila kita senyap, blog pun akan jadi senyap la kan? hehehe.

Baik! Aku nak ucapkan happy deepavali kepada penganut agama hindu dan kepada rakan-rakan india aku. Hmm, inilah kelebihan hidup di malaysia. Kita hidup berbilang kaum, jadinya, pelbagai perayaan yang boleh kita raikan. Cuti pun banyak. Bolehlah pergi melancong. hehehe.

Juga nak kasitau, sekarang ni musim hujan. Baru-baru ni, ada kes Tanah Runtuh Cameron Highland. Semalam, kes Tanah Runtuh Di Malaysia berlaku lagi di jalan genting sepah. Jadinya, kepada pemandu yang kerap berada di jalan raya, sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling anda ya! Terutamanya yang kerap menggunakan laluan berbukit. Sentiasa peka dengan amaran pihak berkuasa.


Hmm. Yang sebenarnya, penat aku masih tak habis lagi. Sebabnya, kerja aku masih belum sempurna. orang kata, ini baru "stage pertama". Ada banyak lagi "stage" sebelum aku boleh cakap, kerja aku dah siap. Macam yang pernah aku cakap sebelum ni, bukan mudah nak penuhi permintaan orang. Macam-macam yang kita kena buat. Bila kita buat A, ada orang minta B. Bila kita buat B, ada pula yang minta C. Jadinya, 

Orait! Sementara aku ada kesempatan menjengak dan bertanya khabar kepada rakan-rakan blogger malaysia dan dunia keseluruhannya, Aku ada task yang perlu aku buat, antaranya adalah:

1. Siapkan kerja "review blog" rakan-rakan yang dah sertai segmen yang aku buat. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang join.

2. Blogwalking. Owh! Rindu aku dengan rakan-rakan blogger yang lain.

3. Join segmen rakan-rakan lain. Ini antara yang aku paling suka. Selain ada harapan menang hadiah, boleh juga tambah rakan-rakan baru. Hmm, kat sini aku nak cakap sikit la, bukan nak marah, cuma nak luahkan sikit je.

Ada rakan-rakan blogger ni, mereka minta kita untuk jadi rakan mereka. Ala, kalau pada aku, benda biasa je, tak kena bayar pun. Tapi, ada dari mereka-mereka ini, tak pula melakukan perkara yang sama. Hmm, aku tak pasti mengapa dan kenapa. Mungkin mereka merasakan diri mereka berada di dalam kelas tersendiri, dan oleh yang demikian, hanya blogger-blogger tertentu sahaja yang mereka add.

Kata orang kedah, biaq pi kat depa lah. Nak sombong ka, apa ka. Yang penting kita jangan buat perkara yang sama. Kan? orait! Puas dah dapat cerita dan jenguk blog ceritaejoy ni. Semoga aku ada kesempatan untuk menyiapkan task-task yang aku sebutkan tadi. InsyaAllah. See ya!

Wednesday, 4 November 2015

Sungguh aku sibuk!


Minggu ni, sungguh aku sibuk! Ianya semata-mata ingin memenuhi permintaan rakyat malaysia yang inginkan "lebih kuasa". Hmm, Yang sebenarnya, aku memang akan sibuk setiap 2 tahun sekali. Ha! korang nampak tak aku cakap dekat situ, aku akan sibuk setiap 2 tahun sekali. Ini bermakna, sekarang aku sibuk, kemudian aku akan rilek, dan 2 tahun dari sekarang, aku akan sibuk semula! Hahahaha, best tak? 

Yang sebenarnya, tak best pun pada aku. Sebab apa aku cakap macam ni? Ahha, itu biarlah aku sendiri yang tahu ye. Jadinya, aku terpaksa tangguhkan dulu segmen review blog yang aku jalankan tu. 2 minggu ni aku betul-betul sibuk. Tapi aku akan usahakan juga untuk buat review tu ya! InsyaAllah. Jika aku ada kesempatan untuk menulis.


Hmm, ni aku nak cakap sikit. Aku bukanlah nak tujukan ayat-ayat aku ni pada sesiapa ya. Aku bercakap secara umum ye. Orang kita ni, maksudnya orang malaysia la *tak semua, tapi hampir kebanyakan*, mereka nak sesuatu benda yang berkualiti, yang hebat dan bertaraf antarabangsa, tetapi dengan harga yang murah! Ha? Nak benda hebat, tapi harga murah?? Boleh dapat ke?

Yang sebenarnya, boleh! Sebab apa aku cakap macam tu, sebabnya aku dah pernah nampak dan alami benda tu. Owh, nak yang murah ye, boleh! Kita boleh kasi, tapi item-item dalaman juga mestilah murah ya! Sebab apa? Sebab kita nak kurangkan kos! Jadi, kita kena beli benda murah untuk jual dengan harga yang murah.

Macam yang aku cakap tadi, orang kita tak tengok benda-benda tu, yang penting produk tu jenama yang hebat dan lagi bagus jenama antarabangsa. Jadinya mereka pun pakatlah pakai ramai-ramai. Aku tak cakap benda tu bagus, tapi berkemungkinan "kualiti" produk tu tak sebaik produk yang mahal tadi. Kena simpan dalam minda kita semua, kenapa sesuatu produk tu mahal? Ianya semestilah datang bersama kualiti yang terbaik! 

Oklah, aku harap korang fahamlah apa yang aku cuba sampaikan ni ya. Benda simple je. Tapi apa boleh buat, dah memang banyak daripada orang kita macam tu. Makan nak sedap, standard 5 bintang, tapi harga nak harga warung, memang tak dapatlah kan? Hish! Cukuplah aku membebel sorang-sorang dekat blog ceritaejoy ni, aku sebenarnya cuma nak kasitau yang sungguh aku sibuk dalam seminggu dua ni, ya! Kalau korang rindu dengan aku, tataplah blog kecil aku ni. Hahahahaha.

Monday, 2 November 2015

kamera dslr terbaik 2015 (untuk blogger).


Kamera dslr terbaik 2015 (untuk blogger). Fuh. Kalau ditanya pada mana-mana blogger khususnya blogger malaysia, pasti keseluruhan jawapannya adalah ya! Yelah, siapa yang tak nak kamera dslr kan? Menjadi impian pada semua orang termasuklah aku. Bila bercerita mengenai blog, hampir kebanyakkan pembaca lebih menggemari blog bergambar berbanding blog yang banyak menulis.

Pernah dengar ayat ini: "biarlah gambar berbicara". Ahha! Dengan gambar sahaja, kita mampu berkongsi pelbagai perkara, pelbagai rasa. Hmm, aku dah intai beberapa kamera dslr, semoga ada rezeki hujung tahun ni, untuk sambar 1. Yelah, kita bila bercerita dekat blog, mesti ada gambar untuk support kita punya entry kan? Tapi apa jadi bila kita takda gambar? Ha! Betul! Kita akan ambil gambar dekat google dan masukkan dalam blog kita.

Bila kita buat macam tu, entry kita dah macam tak original la kan? Sebabnya, kita ambil hasil karya orang lain dan masukkan dalam cerita kita. Hmm. Aku akan habiskan banyak masa aku dekat blog yang bercerita sambil kaitkan dengan gambar. Dan sudah tentu, gambar-gambar yang superb cun menjadi pilihan.

Bila bercerita blog-blog yang banyak gambar ni, Blog Masakan Malaysia la yang paling tinggi undiannya. Yelah, blog masakan kan, mestilah kongsi gambar, baru ada kick. hehehe. Ha! Lagi 1, Beauty Blogs! Confirm banyak gambar-gambar yang cantik. Kan? Bukanlah aku cakap, aku ni suka produk kecantikan, tapi aku suka gambar yang terhasil. Aku suka tengok gambar-gambar yang punya "value" nya yang tersendiri.

Hmm, yang mana satu kamera dslr terbaik 2015 (untuk blogger)? Canon atau nikon? Budget aku bawah RM1500. Agak-agak boleh dapat tak? Atau rakan-rakan blogger ada cadangan untuk aku? Dengan budget yang aku nyatakan tu? 

Ahha! Sebelum aku terlupa, tadi aku ada singgah 1 blog ni, dia ada kongsikan Teknik hasilkan gambar yang cantik walaupun bukan dengan kamera yang mahal! Ahha! Pakai handphone boleh ke? Yang sebenarnya, kreativiti dan bakat jurugambar itu yang penting. Kan? 
Powered by Jasper Roberts Consulting - Widget