Aku ni macam lelaki normal yang lain juga. Suka kat orang perempuan. Nak kekasih atau bini lawa. Orang perempuan selalu tanya, kenapa lelaki nak dekat perempuan yang cantik je. Abis tu, diorang pun kalau nampak benda cantik dan mampu beli, takkan diorang taknak sambar? Normal la tu, manusia. Btul dak?

Aku ni dah banyak kali minat kat perempuan. Tapi perempuan yang aku minat tu tak pernah suka kat aku. Sadis tol. Seingat aku, kali pertama aku cuba menguji kelakianku dengan cara memikat wanita adalah pada umur ku seawal 14 tahun. Aku dah baligh dah pun masa tu. Sebenarnya bukan aku pikat, tapi aku minta tolong kawan aku pikat untuk aku. Pikat tau pikat? Ngorat!!

Tapi, harapkan pagar. Pagar makan padi. Kawan aku yang baru berusia 12 tahun masa tu telah dengan jujurnya memberitahu bahawa dia pula yang jatuh hati dengan budak perempuan yang aku minta tolong dia ngorat tu. Kami sebenarnya bukan jumpa pun budak perempuan tu depan2. Kami call guna public phone. Zaman tu mane ada lagi handphone canggih2. Tiga tiga sekupang pun belum lagi wujud. Memang lama dah woi. Ni bukan citer bebudak baru akil baligh. In fact yang tengah menulis ni pun dah umur 33 tahun. Yang dah kawin, berumahtangga, sedang bercinta atau pernah bercinta disarankan tak payah la baca citer yang best ni. Sebab korang punyer citer sekarang lagi best dari aku.

Berbalik kepada kisah tadi. Actually no phone budak perempuan tu aku dapat daripada kawan aku jugak. Maksud aku kawan yang lain. Tak sangka pulak kawan aku yang lain tu ada kaitan sedara dengan budak perempuan yang aku minat tu. Apa lagi, alang2 dah kenal.. Aku tanya la kot2 dia ada no phone budak tu. RUpanya memang ada. Apa lagi. Aku tak tunggu, terus mintak la. Sejak tu la aku suruh kawan aku tu tolong ngorat......(kawan aku, bukan kawan aku yang lain. Faham? Tak faham sudahhh)


Diringkaskan cerita. Kawan aku tu kerap juga call budak perempuan tu. Kadang2 dalam diam2 dia call tanpa pengetahuan aku. Memang kurang asam sungguh. Satu hari tu, aku suruh dia call budak tu depan aku. Aku suruh dia pass phone kat aku . Budak perempuan tu pun sama juga sundal, dia boleh layan dengan kawan aku tu. Bila kawan aku dah pass phone kat aku, aku pun dengan nervousnya terus bertanya, ni XXX ker?  Tetibe budak tu jawab dengan nada marah. Pada hal kawan aku tu dah pernah sebut nama aku kat dia. Kawan aku tu siap cerita yang aku suka kat dia. Tapi kenapa masa aku tanya dia buat pertama kali, dia terus marah??? Aku keliru. Terus aku letak. BUAT MALU JE....


Kawan aku pun tanya aku,"dia cakap apa?" Aku pun dah tak ingat apa berlaku lepas tu. Yang aku ingat,  lepas tu bersoal jawab dengan kawan aku tu. Last2 aku pun marah dia. Sejak tu, aku tak call dah budak perempuan tu...



Masa form 5 pun aku ada berkenan dengan sorang perempuan jugak. Aku tak pernah tengok perempuan secantik tu. Memang cun gila. Tapi aku cuma boleh memendam rasa je la . Sebab 2 faktor. Pertama kerana aku dengar dia dah ada boyfriend. Yang kedua sebab walaupun sebaya, aku ni pangkat junior ja sebab aku second batch di sekolah yang penuh berprestij pada aku waktu tu. Asrama penuh beb. Asrama penuh. Penuh tak penuh tak tau la. Dah macam sardin. Tapi asrama penuh bantuan kerajaan la. Nak up juga tu. Bf dia first batch. So aku tak berani....


Abis SPM, aku sambung lagi belajar. Minat lagi dengan perempuan. Kali ni memang menjadi. Siap dapat sokongan penuh lagi daripada kawan-kawan. Aku memang tak segan dah sebab semua sama batch. Lagipun aku dengan kawan-kawan kami semua first batch. Masa tu lecturer lambat masuk. Kawan aku bagi idea mengorat dengan cara pergi ke hadapan (sebab budak tu selalu duduk paling depan, budak pandai la katakan) dan menyerahkan sekeping nota kepadanya. Aku pun follow seperti yang dirancangkan sambil diberi semangat oleh kawan-kawan di belakang. Aku cakap XXX, ni ada nota dari bla,bla, bla. Aku dah tak berapa ingat. Lepas tu, tetiba dia tersenuym sambil ketawa. Kawan2 dia pun mula riuh sebab telah dipikat oleh kumbang seperti aku . Lepas tu aku terus blah. Aku tak pasti apa perasaan aku waktu tu. gembira juga la kot sebab dapat reaksi positif macam tu.

Di luar kelas, kawan2 aku dah siap tunggu. Sebenarnya masa tu bukan semua yang nampak, sebahagian saja. Lecturer pun masih belum datang. Jadi kawan aku tu pun cerita la kat kawan aku yang lain apa yang berlaku. Sebab lepas bagi nota tu, kelas jadi hangat seketika. 'Hangat'. Bukan hangat takda air cond. Faham? Tak faham sudahhh...


Tak lama lepas tu, aku tak buat apa2 tindakan susulan. Aku hanya menunggu. Mungkin kerana peluang untuk aku mendekati budak tu kurang. Maksudnya aku kurang berpeluang la nak mengorat dan melakukan rancangan lain. Atau mungkin juga kerana aku tertunggu-tunggu , apa pula yang budak perempuan tu nak buat. Sekali tu, ada perjumpaan kat kampus. Aku tak terlibat. Tapi sorang kawan aku terlibat.