Pages

komli

Wednesday, 30 November 2016

Putera Mahkota Thailand (Maha Vajiralongkorn) kembali dari luar negara untuk menjadi King Rama X

Nilai matawang ringgit malaysia hari ini

Gambar Jambatan di KL Eco City Runtuh!

Gambar Jambatan di KL Eco City Runtuh

Jambatan di KL Eco City Runtuh! | KUALA LUMPUR: Tiga pekerja binaan dilaporkan kritikal manakala seorang cedera selepas binaan konkrit setinggi bangunan dua tingkat runtuh di tapak pembinaan KL Eco City, berhampiran Kampung Haji Abdullah Hukum, di sini, petang ini. Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.33 petang dan mengerahkan 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian. "Difahamkan, binaan itu runtuh dan menghempap pekerja. Berdasarkan maklumat awal, terdapat lima atau enam mangsa. "Tapi setakat ini tiga disahkan kritikal dan seorang cedera," katanya di sini, sebentar tadi. Katanya, operasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian dan maklumat penuh akan menyusul kemudian.


Sumber : http://ift.tt/2fBX4dO

Gambar Jambatan di KL Eco City Runtuh

Gambar Jambatan di KL Eco City Runtuh

Gambar Jambatan di KL Eco City Runtuh

Thursday, 24 November 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah | Seterusnya adalah Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah. Mudah dan senang. Nak join hanya klik pada banner di atas ya!

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy | Orait, jom join segmen dari shuhaida kabdy ni. klik pada banner di atas ya!

Banyaknya lalat!

Saturday, 19 November 2016

Gaya Atuk-Atuk di luar negara.

gorgeous old man

Gaya Atuk-Atuk di luar negara | Hujung minggu macam ni, memang seronok jalan-jalan ke blog rakan-rakan. Aku suka dengan 1 blog ni, yang banyak kongsikan info-info dan gambar-gambar yang menarik. Ada 1 artikel yang benar-benar menarik perhatian aku. Ianya mengenai gaya atuk-atuk yang kini trending dekat luar negara sana. Wah! Mereka ni sebenarnya model tau. Model yang dah berumur! Ahha! Percaya tak? Yang sebenarnya, dekat malaysia pun ramai yang macam ni, tak perlulah aku sebutkan nama ya, cuma aku lebih tertarik dengan perkongsian gambar-gambar dalam blog tu.


Bila tengok gambar yang dikongsikan, aku terfikir, siapa cakap walaupun dah berusia kita tak mampu nak bergaya? Yelah, dekat sini, orang cakap, dalam usia macam tu, tak payahlah nak bergaya sangat. Dah buang tebiat namanya. kan? Apa pun terpulang pada individu ya. Pada aku, aku suka jenis yang sentiasa nampak kemas atau mungkin stylo? Walaupun dalam usia emas.

Orait. Jom kita tengok atuk-atuk yang masih bergaya ni. Mana tahu kalau-kalau ada orang kita yang nak jadi model walaupun dah berusia 50 tahun. hehe.

Anthony Varrecchia (Umur 53 tahun)

gorgeous old man

Eric Rutherford.

gorgeous old man

Philippe Dumas (Umur 60 tahun)

gorgeous old man

Garrett Swann (Umur 47 tahun)

gorgeous old man

Ron Jack Foley

gorgeous old man

Günther Krabbenhöft (Umur 70 tahun)

gorgeous old man

Anton Nilsson (Umur 53 tahun)

gorgeous old man

Andre Van Noord (Umur 51 tahun)

gorgeous old man

Irvin Randle (Umur 54 tahun)

gorgeous old man

Andreas Von Tempelhoff

gorgeous old man

Ben Desombre

gorgeous old man

Mister Alborghetti

gorgeous old man

Gianluca Vacchi (Umur 49 tahun)

gorgeous old man

Fransisco Cipriano

gorgeous old man

Angelo Gallamini (Umur 52 tahun)

gorgeous old man

T. Michael (Umur 50 tahun)

gorgeous old man

Nick Wooster (Umur 56 tahun)

gorgeous old man

Wak doyok (Umur 34 tahun)

gorgeous old man

Oklah. Ini beberapa senarai atau Gaya Atuk-Atuk di luar negara yang dapat aku kongsikan. Sebenarnya ramai lagi cuma aku saja je malas nak masukkan semua. Tapi part yang last tu, bukan orang luar negara ya! Cuma gaya dia macam model-model luar negara tu. hehe. Apa cerita wak doyok sekarang ni ek? Lama nyepi?

Friday, 18 November 2016

Masa depan anak-anak gelap kerana gagal UPSR?

Masa depan anak-anak gelap kerana gagal UPSR

Masa depan anak-anak gelap kerana gagal UPSR? | Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan baru-baru ini. Seronok tengok ramai ibubapa yang update result UPSR anak-anak mereka. Tak kurang juga yang menyatakan kesedihan mereka berikutan keputusan yang kurang memberansangkan. Adik bongsu aku adalah salah seorang daripada mereka yang tidak memperolehi keputusan yang baik. Agak kecewa adik kelima aku bila dia sampaikan keputusan itu pada aku.

Oklah. aku memang tidak tinggal bersama keluarga. Keluarga aku semuanya di kedah sana. Aku memilih untuk tinggal di melaka dan sudahpun berumah tangga. Agak jarang juga sebenarnya aku balik ke kedah sana, namun bukanlah terputus hubungan. Ada sahaja berita dari adik-adik aku, termasuklah berita pasal keputusan UPSR ni.

Tak mahulah aku beritahu berapa keputusan adik bongsu aku ni. Apa yang aku boleh cakap, keputusannya memang sangat teruk! Tapi taklah aku marah. Nak marah buat apa kan? Dah memang itu keputusan dia. Bila aku dengar adik aku cakap keputusan adik bongsu aku ni, aku senyum jelah. Kenapa aku senyum?

Sebab ada seseorang yang pernah cakap dengan aku. Dan aku sangat setuju mengenainya. Tidak semua yang diajarkan di sekolah itu akan digunakan bila mereka dah masuk ke alam pekerjaan. Bukanlah aku nak kata sekolah itu tidak bagus. Bukan ya. Aku sangat hormati semua guru-guru kerana pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita ni sangat besar.

Baiklah. Berbalik semula pada cerita tadi. Kenapa aku setuju bila orang cakap tidak semua yang kita belajar dekat sekolah akan kita gunakan bila kita masuk ke alam pekerjaan. Sebabnya mudah, aku tak pernah belajar pasal buat duit online waktu aku sekolah dulu. Aku tak pernah belajar mengenai boleh buat duit dengan blog waktu aku sekolah dulu. Dan kini, aku sedang mempelajarinya.

Sekali lagi, aku tidak kata pendidikan di sekolah itu semuanya tidak bagus.

Apa yang aku pelajari sewaktu di sekolah dulu adalah, kita perlu belajar rajin-rajin supaya bila kita besar kita akan dapat masuk universiti. Bila kita keluar universiti, kita akan dapat kerja yang bagus. Bila kita ada kerja yang bagus, boleh beli semua yang kita nak. Itu yang aku pelajari.

Tapi bila aku sudahpun berada di dalam alam pekerjaan. Aku nampak sesuatu. Siapa cakap kena ada kelulusan yang tinggi baru boleh berjaya? Siapa yang cakap, kena ada kelulusan dari universiti baru boleh dapat pendapatan 5 angka sebulan?

Ilmu-ilmu ini yang aku tidak belajar waktu dekat sekolah. Ilmu ini hanya aku pelajari bila mana aku masuk dalam dunia aku sekarang. Sewaktu sekolah dulu, tak ada langsung orang yang cakap dengan aku:


"Biar duit yang bekerja untuk kita. Dan jangan sesekali bekerja untuk duit"

Ilmu ini yang aku tak dapat waktu aku dibangku persekolahan dulu. Ilmu ini pada aku sangat mahal. Sebab apa? Sebabnya, budak-budak sekolah zaman sekarang pun dah buat! Mereka tidur pun, ada duit yang sedang bekerja untuk mereka.

Mungkin ada yang akan cakap, dulu bukan macam sekarang. Dulu bukan zaman IT. Jadi janganlah salahkan sekolah sebab tak belajar semua benda ni. Ya! Aku akui mengenai perkara tu. Tapi, apa yang aku boleh cakap, kesemua rakan-rakan yang aku kenal sekarang *yang dah memang terbukti pendapatan mereka sekarang cecah 5 angka sebulan hanya dengan buat duit online* rata-ratanya bermula pada tahun 1995.

Kalau tengok pada tarikh tu, aku masih sekolah rendah. Rasanya ramai juga yang masih sekolah rendah waktu itu. Ya! Dan mereka sudahpun buat duit online. Jadi apa kaitan dengan kisah UPSR aku ni?

Kaitannya adalah, jangan "menghukum" anak-anak yang keputusannya tak bagus tu. Kadang, ada daripada mereka tidak bagus dalam pelajaran. Apa kata, fokus pula pada kemahiran. Dan ingat, Ajar mereka supaya tidak bekerja untuk wang.

Jangan pupukkan dalam minda mereka, untuk berjaya kena ada kelulusan yang tinggi. Tapi selalulah ajar mereka nilai-nilai murni. Ajar mereka erti kehidupan yang sebenar. Hidup ini mudah kalau kita jadikan dia mudah. Tapi kalau kita asyik cakap *dalam erti kata lainnya, doa anak yang bukan-bukan" Memang tak kemanalah mereka tu.

Masa mereka masih panjang. Masih banyak masa yang kita ada untuk kenal potensi anak-anak kita. Sekali lagi, ini adalah pendapat aku semata-mata. Mungkin kita punya pendapat yang berbeza. Terpulang kepada kefahaman individu ya.

Untuk lebih memahami, Cuba baca ni : UPSR Bukan Penentu Masa Depan Dan Ini 6 Sebab Kenapa Ia Tak Penting

Tuesday, 15 November 2016

Lokasi percutian resort atas air terbaik

Lokasi percutian resort atas air terbaik

Lokasi percutian resort atas air terbaik | Bila masuk hujung tahun, ramai yang mula merancang percutian bersempena cuti sekolah yang panjang. Inilah waktu yang sesuai untuk melancong bersama orang tersayang dan anak-anak. Di antara lokasi percutian yang sering menjadi pilihan ramai adalah resort di atas air atupun banglo atas air. Percutian dengan kecantikan laut sangat menenangkan! Kali ini aku nak kongsikan 5 Lokasi percutian resort atas air terbaik seluruh dunia.


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Baros, Maldives.

Pulau Maldives sememang tidak asing lagi bagi rakyat malaysia. Dengan laut dan percutian yang indah, maka tidak mustahillah Maldives menjadi impian ramai orang. Deretan 30 villa atas air, ruang bilik yang luas, serta ruang berjemur peribadi menjadikan Baros, Maldives menjadi lokasi wajib kunjung buat mereka yang sukakan percutian resort atas air ini. Selain itu, meja makan di resort ini akan membuatkan anda seolah-olah sedang menikmati makanan yang lazat secara exclusive di tengah-tengah lautan!


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Four Seasons Resort Bora Bora, Tahiti.

Resort atas air ini terletak di French Polynesia dan 7 km dari Bora Bora Yacht Club. Lokasi percutian ini selain daripada menawarkan keindahan pantai serta facilities yang hebat, ia juga menawarkan pemandangan gunung yang sangat cantik!


Lokasi percutian resort atas air terbaik

St George’s Caye Resort, Belize.

Jika anda inginkan percutian bajet tetapi mahukan pengalaman suite atas air, St George’s Caye Resort, Belize adalah pilihan yang terbaik. “Six thatched-roof cabanas” di bina di atas tiang di Laut Caribbean dilengkapi secara ringkas dengan mosquito-net draped bed. Ianya termasuk juga bilik mandi peribadi, buaian di anjung dan macam-macam lagi. 


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Pulau pangkor, malaysia.

Nah! Malaysia juga memiliki percutian resort atas air terbaik dunia. Dikelilingi hutan hujan dan pantai berpasir yang bersih di sebuah pulau persendirian di luar pantai barat Malaysia, pulau pangkor adalah pilihan terbaik buat mereka yang inginkan percutian atas air ini. Setiap villa atas laut disini mempunyai katil bersaiz king, balkoni dan tab mandi yang besar dengan pemandangan laut. Dua kolam, dan dek yoga atau anda boleh mendapatkan rawatan di Spa Village?


Lokasi percutian resort atas air terbaik

Amanpuri, Thailand.

Amanpuri, Thailand adalah resort mewah pertama yang dibuka dan masih yang terbaik sehingga hari ini. Berhadapan Pantai Pansea, ia merupakan sesuatu percutian idaman dan syurga buat pencinta alam semula jadi!

Mood blogging ke laut

Powered by Jasper Roberts Consulting - Widget